Thursday, March 31, 2011

jom pancing!

dalam meniti hidup ini, gua selalu menasihatkan kawan kawan gua, supaya sentiasa berhati hati.jangan sampai terkena jerat kesilapan sendiri.semenjak due menjak ni, ramai pulak member member gua yang suke menggigit jari sambil buat muke seposen.

ape halnye?

pagi tadi, macam bese gua pacu kuda yamaha crux gua ke sekolah.jali bonceng belakang.agak lewat jugak sampai.

selepas due jam lecture pharmacology, ramai ramai nak cepat cabut balik rumah.padahal ade lagi lab pharma. tengah lenggang lenggang ke lab, gua terserempak dengan makhluk paling besar skali.acai.

selalunye, kalau yang paling besar, mesti la semuanya pon besar kan? gelak besar, sengih besar, senyum pon besar.tapi kali ni, senyum die x besar macam selalu.kecik pulak tu aku tengok si acai ni.macam tibe tibe kurus. makan pil doraemon ke?

"apahal kau ni cai? kecik je aku tengok...." gua cuit.

"iphone aku, masuk sinki......." ".....aku letak atas sinki, tetibe tangan aku tertepis syampo. syampo tu pulak jatuh, menolak iphone ku masuk kedalam sinki yang tersumbat...." balas acai dengan muke seposen....

"macam maen angry bird ke...???" gua menganjing.

acai terus menggenggam penumbok.kalau dilepaskan ke muke aku, mau pecah walau dilapik helmet sekalipon.

"jom la kite pancing balik......"gua cube memujuk....



tett~ hahahahahahahahaha.

gile kau!gua nak beli ipod pon korek tabung tau.itu pon baru ade hajat, belom kesampaian lagi.

tahun lepas, housemate gua basuh henset.kotor katenye.itu lagi klaka.hahaha.boleh pulak mase masukkan kaen kotor dalam mesin basuh, terlupe enset die join skali.geleduk geleduk bunyi.rupenye enset die.

kan aku da nasihat, dalam meniti hidup ini, sentiasa lah berhati hati supaya tidak tergigit jari, jangan menyesal  di kemudian hari!

menyampah lak aku tengok tulisan aku ni.tapi xpe.blog tetap kene upload.walaupon entri kali ini agak macam diari dalam blog budak budak perempuan.

arini lab pharmacology bosan gile.ending die, jadi kelas lukisan.


 macam bese lah, pakngah menjadi mangse bahan aku.sebab die duduk sebelah aku mase dalam lab tadi.
taqi penah tegur aku, apsal kau pegi sekolah x kapur kasut? aku x sempat kapur lah bro, tapi aku sempat buat grafitti sket.hehe;p

gua rase, entri kali sangat bodoh, sangat x berilmu, dan sangat x bermanfaat.hahaha.tapi xpe.janji gua update.

peace bro! ;)





COFFEE-MATE® - Nota Cinta

ini filem pendek yang kau orang mesti tengok.
pak pak ustaz, pak pak doktor.
please silent your mobile please~;p








amacam best x?
video ni da lame.saje gua upload balik.

Wednesday, March 30, 2011

golf gti r

gua obses gile bai dengan kete ni.
macam nak angkat satu pon ade.




























2.0 TSI 270PS


6 Speed auto DSG
6 Speed manual
5.5 secs (0-62 mph)
top speed 155mph
£31,095

nombor 2 juga makhluk Allah

gua cukup x puas hati bila penentuan pemilihan padang pada awal perlawanan match match bola yang besar ditentukan oleh duit syiling.ape simboliknye duit syiling? kan maen jus or osom lagi bagos. batu lawannya air, gunting lawannya kertas, dan burung lawannye batu.macam gua maen bola kat sekolah rendah dulu.

tapi nak ke korang tengok player berstatus bintang maen osom sebelom mula match? tentu x professional bukan? jadi ape lebihnye duit syiling?

hidup ini umpama dua permukaan duit syiling yang satunye berupa dugaan dan satunya berupa nikmat. bila syiling dilambung, pasti bergetar jantung kita menantikan keputusannya.sama ada muka atau ekor.tidak tahu bukan? adakalanya kite dapat perkara yang menyenangkan dan adakalanya kita mendapat perkara yang agak negatif.

kita selalu berada dalam salah satu dari dua bentuk persoalan ini, samada susah atau senang, sedih atau gembira. kalo lu orang nak tau, gua slalu la kena penangan duit syiling ni.dan gua tau lu orang pon sama.x payah nak mendabik dada.

namun apa ceritanya?hidup umpama lembah dan bukit yang terhampar dihadapan kita, jalan yang naik dan turun.hidup tidak selalu sempurna sehingga kita selalu berada diatas, tidak juga terlalu sempurna sehingga kita terperosok dibawah dapur.

penah tengok 1 litre of tears?



aya mendapat permukaan duit syiling yang agak buruk sikit.untung kita berlafaz syahadah, bawak datang lah ujian besar mana sekalipun, pasti Allah selitkan pahala sekali. kalau pahala tu bukan perkara sam'iyat(ghaib), kesian la syaitan.xde job.cerita duit syiling da lame wujud, cume kita tidak sedar akan peranannya dalam hidup kita.daripada sekecil kecil penentuan padang, kepada sebesar besar perkara macam penentuan syurga atau neraka.

hidup ini sentiasa bersemuka dengan nombor 2.sentiasa keliru memilih sedih atau bahagia.belajar atau kerja. lelaki atau wanita.hatta kepada penentuan akidah.islam, kristian, buddha, hindu,majusi, nasrani. atau agama ayah pin.belom jadi rasul sudah letak jawatan.ciptalah seberapa banyak agama sekalipun, diakhirnya kita tetap pasti akan melambung duit syiling.islam atau kufur?





maka 1+1 itu pasti jawapannya 2.tidak akan menjadi 3.

kalau doraemon ade cipta duit syiling ajaib, da lame gua pegi jepon beli produk tu.masalahnye sume siri doraemon yang gua tengok, mesti nak maen pintu ajaib.laci ajaib.laju laju nak pegi mane bro? cecah 120km/j kompem surat saman sampai rumah.

Dalam al-Quran Allah ada sebut, Dia jadikan sesuatu benda itu berpasangan.jadi logiklah duit syiling itu ada dua muka bukan?



Tuesday, March 29, 2011

selesaikah tanggungjawab kamu diatas muka bumi?

nampaknye gua kena slow kan sket aktiviti memblog ni.exam gua pon nak dekat dah.lagipon member member pon da sound tepek.asek blog je!
hehe.jeles ke xde blog?gua slow starter bro....kasi la gua suke suke dulu....nanti da kering idea, baru lah lu orang bole tengok blog ni berhabuk.hehe.ok?

tapi yang paling penting hadaf gua yang awal awal dulu.gua cakap ape? gua nak jadikan blog ni sebagai medium tarbiah buat diri gua dan masyarakat.tarbiah ni x dikecikkan pada skop agama sahaja. tengok la budak budak yang nak fly ke luar negara, sume kene pegi kursus BTN(Biro Tarbiah Negara).hehe.ape yang disajikan? sokonglah kerajaan! maka itu dikira tarbiah pada sudut patriotik.kan ade tuntutan dalam al-quran, mencintai negara itu perkara yang diaulakan.....

jika dikira 24jam masa yang kita ada diatas muka bumi, kita akan sedar sebenarnye kewajipan yang dipertanggungjawabkan keatas kita lebih banyak dari 24jam yang kita ada, juga lebih banyak daripada 60saat seminit yang kita lalui.

maka, agak agak ready kah kita bila sampai masa Allah bertanya, selesaikah tanggungjawab kamu diatas muka bumi?

cuba kita fikir, berapa masa yang kita turun kelapangan berjumpa dengan masyarakat? ade kita sembang pasal islam? tabligh datang rumah pun kite halau......dorang bukan nak datang raya.nak ajak pegi masjid je pon.

namun jika itulah sikap kita bila ada orang bertandang bercerita mengenai islam, maka kita menyumbang kepada apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai kehancuran umat akhir zaman....

maka, gua kira, kukuhlah alasan mengapa gua suke sangat update blog... gua mohon doa daripada rakan rakan supaya diri ini sentiasa diberi idea oleh Allah untuk menyumbang dalam tarbiah masyarakat.

gua x banyak.cume satu jasad je.namun satu batang tubuh ini lah yang akan menghadap Allah menjawab soalan selesaikah tanggungjawab kamu diatas muka bumi?


Tembak babi

jom pegi baitulhasanah!! gua memacu Yamaha Crux gua dibonceng bersama jali. syapiq ikot jalan laen.dengan honda wave.x kesah lah.janji dapat isi perot yang kemaruk isi ni.sampai je, geng geng pantai timur da kembung perot sambil gelak gelak membahan Lu yang baru sampai dari malaysia.

gua: camne flight tadi?

Lu: ok la.tapi mu xkan cayo mendo yang aku nak kabo ni.

gua: ape die?

Lu: pramugari dio hok tuo tuo belako! line line 60an.

gua gelak gelak sambil mengusap rambut Lu yang seakan rebonding.

gua: abes tu, rugi la ni?

Lu: yola, x stim langsung! bawok makane pun slow je......x payah tunduk da bongkok sikit.hahahaha


berseloroh satu meja.hilang macho kiteorang bila ade 2 ustazah lalu.

beransur 30minit, budak budak pantai timur balik rumah.tinggallah gua, jali, muaz dan zarep lepak minum.
takde hujan takde ribut, zarep bukak pasal kawen." dah 3orang budak zaqaziq yang nak kawen!, batch kite bile lagi?"......
 
semua setuju bila kata belom ade duit x bole kawen.yela, nak tanggung anak orang.kau nak bagi makan ape kalau xde duit? bagi makan roti pun pakai duit jugak tau.tapi zaman sekarang ni, ramai orang suggest nikah gantung.nikah tanpa komitmen.tapi halal untuk projek buat anak.

zarep: xpelah, kita usaha la carik kerja yang senang dapat duit....

gua: kerja apa bro? part time mcD pun kene lepas interview dulu.kalau nak masuk MLM memang haram   la.ajak kawan sume nak datang dengar cerite je.sebab upline blanje minum.bile pasal letak duit, sume bagi muke seposen.

zarep: tapi kat kampung aku, senang je nak dapat duit.sekali buat makan riban riban jugak.

gua: makan pun bole dapat duet?

zarep: bodoh, aku cakap bole dapat ribu ribu jugak la.tapi, memang adventure la keje ni. die maen ikot kilo. sekilo rm42.

gua: kerja ape tu?

zarep: tembak babi.

gua: hahahahahaha.kau bia betol?

zarep: btol r.kat kampung aku, cina pakai mercedes tau pegi tembak babi.

gua: fuh, dahsyat! eh, tapi kan, kalo darurat bole makan babi kan?

zarep: bole je.pakcik aku, penah makan.die join ujian komando.kene campak dalam hutan banjaran titiwangsa selame 2minggu.diberi sebilah pisau je.macam macam la die makan.tapi babi la paling senang tangkap.gemuk, payah nak lari

gua: sembelih dulu x?


gua rase la.kalau gua tembak semua babi kat tanah melayu, memang cabut lari  la sume orang cina.xde babi. tapi itu bole consider salah satu cara nak singkirkan cina dari tanah melayu.kn?


Monday, March 28, 2011

sekejap gua jadi budak budak part 1

gua malas cerite panjang.
lu orang tengok sendiri
lokasi? disneyland, paris





















video



gua kasi lu orang gambaran sket macam mane yang dikatakan bercuti di paris itu.hehe.
next entri gua kasi upload cerita okay?

penat.......

Dalam Musnad Imam Ahmad, diceritakan sebuah kisah bahawa sebelum Abu Zar meninggal dunia, isterinya telah menangis disebabkan kemiskinan dan tiadanya wang untuk mengkafankannya. Dalam keadaan isterinya yang menangis, Abu Zar telah berpesan supaya tidak menangis dan supaya bergembira sambil membacakan satu hadis daripada baginda Nabi; “Akan mati salah seorang di kalangan kamu di sebuah padang pasir, dan akan disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.”

Kata Abu Zar, kesemua sahabat yang berada di dalam majlis itu telah pun meninggal di kampung dan di hadapan jemaah kaum muslimin, melainkan hanya dia. Kata Abu Zar, “Sekarang aku di padang pasir berdepan dengan kematian. Aku ini tidak berbohong, dan tidak pula dibohongi.”

Itu kisah Abu Zar. Seorang yang setia menanti janji Rasul kepada Tuhannya. Bergembira pula dengan janji tersebut.

Ironinya, dalam masyarakat hari ini, mereka terlalu cepat penat dalam menanti janji Allah. Terlalu cepat lelah dalam mengikut Sunnah Rasul.

Kita cuba tanyakan kepada diri sendiri, kita berada di takuk yang mana, berada dalam bekas yang mana?

laporan mimpi suku pertama tahun 2011

masuk je bulan mac ni, tiap tiap malam gua asek mimpi laju laju.
bukan sebarang laju tau.dan, gua bercadang nak jadikan mimpi gua tu satu kenyataan.

azam suku kedua tahun 2011 ni, gua nak kurangkan makan nasik......
sebab pada tahun 2013, gua nak cube dapatkan benda ni
 
 
 
 
 
 
 
:
:





:
:






:
:














  itu yang kite panggil 3years planning......hehe;)

Sandiwara Insan

P Ramlee telah berkata supaya jangan mengguna dadu lebih`tiga kali dalam adegan filem Ali Baba Bujang Lapok. Lebih daripada tiga akan berlaku pecah tembelang. Segala kelentong dan temberang akan terdedah. Begitulah jenaka dan seloroh tentang pembohongan Ali Baba dan perompak jalanan.

Ketiga-tiga dato' yang membikin video lucah di hotel warisan kemegahan penjajah Carcosa Seri Negara semacam tidak sedar petua penipuan Ali Baba dan angkatan penyamun tarbusnya. Maka ketiga-tiga dato' menerima pelbagai kecaman dan hamunan hinggalah ke akhir mereka nanti di langit dan di bumi, melalui pesanan ringkas sampai ke alam maya. Mereka dikutuk sebagai bermoral rendah, peniaga korup dan penganjur pertubuhan rasis. Begitulah kebencian orang kepada ahli maksiat.

Iras dan wajah banyak persamaan ibarat pelanduk dua serupa. Muka si Dato' pun menimbulkan serba satu andaian. Mungkin itulah hikmah syariah mensyaratkan kesaksian empat orang adil bukan kecurian percikan DNA, rakaman CCTV atau forensik perubatan.

Tidakkah mereka sedar atau ingat bahawa umat Islam tidak akan menerima berita atau keterangan atau saksi daripada orang fasik. Ini ingatan kitab suci al Qur'an. Orang jahat tidak ada tempat di sanubari orang beriman.

Mereka mengaibkan orang dan terlupa tentang perumpamaan seolah-olah mereka memakan daging saudara mereka sendiri. Betapa buruknya perbuatan.

Mereka menghina orang, keluarganya serta masyarakat dan tidak sedar bahawa manusia ada karamah kemuliaan insan. Rasulullah s.a.w. berpesan pada khutbah perpisahannya menyeru umat memelihara darah dan kehormatan sesama insan.

Mereka ingat dosa yang mereka lakukan itu kecil tetapi lupa betapa besarnya ia di sisi Allah s.w.t. serta pasti menerima balasan.

Marilah kita pesan memesan supaya berpegang teguh kepada iman dan ihsan.

Dengan cahaya iman kita tidak akan terpedaya dengan sandiwara insan


                                                 teruskan berjuang dato' seri!

selain hormat ibubapa, kita perlu hormat siapa??

sejak dua dua tiga hari ni rutin harian gua da jadi laen macam.bukan sikit sikit punya laen macam.keluar rumah waktu dhuha, balik kuliah sambil ade background azan asar.kalau kembali ke 2-3bulan yg lepas, solat zohor gua layan belakang imam je.yela, nak cakap balik awal punye pasal kan.

balik kuliah, mesti carik port utk melepak.yeah, kali ni kami pilih WELATAIN.


apsal ade blackberry si jali kat situ? oh lupa, jali slalu sebut "innamal a'malu bin niaaatt...." kan jali kn?;p
 kalo bukan niat nak show off, ape lagi.haha.

gua sebenarnye da makan.mase budak2 ni buat group discussion kat lab pharmacology, gua curik curik lari pegi cafe.x ajak budak budak ni.maklumlah semuanya hati kaca kalah perempuan.tapi da namanya aku, makan 10kali pn x kenyang.jadi gua terus gagah makan dengan mangkuk mangkuk ni.....

                                          anas jali baem dan mun

masing masing bakal dokter.tapi perangai macam nak dapat penyepak sorang sorang.
cerita gua hari hari macam ni.pergi balik kuliah, kene tipu dengan arab sket, maen selit selit naek moto, pacu laju laju sebab tiap tiap hari mesti lambat punye pegi kelas, dan x lupa makan daging dengan geng Pakngah masa selang lec.

tengah makan, muncul pulak hardy pundek dengan wan perlis.

gua: woi, x pegi kuliah!

hardy: pegi beli motor pakngah.....  (sambil meluru kearah gua dan pow chicken spicy yang gua baru makan suku)

gua: mane pakngah nye?

hardy: ntah, sesat agaknye.da dapat motor baru.

gua: motor ape die beli?

hardy: Bajaj Platina.makan 5k jugak r.

gua: amboi orang tua ni, kemaen lagi.apsal x bli motor murah je?

hardy: ntah die, xde electric starter la, xde cover meter la,  kerusi x empuk la......

gua: ouh, lupe....orang tua x bole bwk manual. (nada slow)

p/s: pakngah dlm cerita gua ni berumur 20tahun.memakai nama fazlur ridzwan.purata umur batch gua 22thn.jadi fazlur lah yang paling tua kan?;p






































Sunday, March 27, 2011

melayu mudah lupa.mamak ingat sikit sikit

tiap kali aku rase futur(lemah semangat) je, mesti youtube jugak yg aku carik.
untuk kasi refresh sket minda ini.

sami yusuf meyumbangkan sebahagian kutipan jualan album beliau utk misi misi kemanusiaan.
nice one bro;)!


ini alasan aku.

salam.
alangkah indah kalau semua makhluk x kira agama berselisah muka dgn ucapan salam.
malam semakin pekat, tapi otak aku yg x pekat2 dgn ilmu ni.pening dibuatnya, nak stadi ke x?
pharmaco, microb, parasitology.nak jadi doc ade harganye.kalo x nanti salah inject.....kate orang kampung mak aku.

itu sume karut karut kepale otak aku yg terlintas kejap kejap.namun tuntasnya untuk entri kali ini, aku nak ceritakan mengenai apa alasan aku nak buat blog? nak saing hanis zalikha ke? or nak rebut mahkota top blog bagi tahun 2011? baru masuk 2nd entri, angan2 da macam mat jenin.

memangnya masyarakat hari ini hidup didalam kotak kotak yg mereka bina.aku takrifkan kotak ini sebagai perkauman, kelas dan darjat.maka dari kotak ini lah masyarakat kita membentuk identiti.ahli politik dgn kotak mulutnya.businessman dgn kotak marketingnya.mat rempit dgn kotak motornya.namun, ini yg sering melintas dibibir orang ramai.ada kotak yg sering dipinggirkan dan disalahkan tiap kali ade isu hangat dan hangit.

itu aku namakan kotak generasi.dan anak muda lah yg sering diasingkn dr kotak generasi ini.anak muda dinafikan hak mereka untuk berekspresi dan menikmati hidup.anak muda akan disalahkan atas dosa dosa yang puncanya belum tentu dtg dari mereka.selalu jd mangka hukuman.

apa contohnya?
1.asal ade bayi dibuang, org mesti suspek remaja.mane tau nenek yg tibe2 subur, then buang bayi.sape tau?
2.AUKU di IPTA.
3.suara suara budak muda macam aku yg bising di blog2.semurai murai mulut pn plg power lepas sket jadi model mcm hanis zalikha.
4.yg aku terlepas pandang.

gebang gebang penulisan hari ini celupar mengatakn anak muda perosak bangsa.aku disini mengatakan yg muda itu pembentuk bangsa.lihat saja sejarah tamadun dunia yang hebat hebat.ade ke yg menggunakan tongkat melebarkan tanah jajahan?

siapa yang jatuhkan Mubarak?Syabab Facebook.......siapa yang menconteng arang dimuka Ben Ali? anak muda jalan Tunisia......dan siapa yang diramal bakal meludah muka Muammar gadaffi? pemuda Tripoli...ya, pemuda Tripoli...


tamadun hidup seiring dgn usia pemuda.berani mencabar autoriti.semuanya dgn kebijaksanaan pemuda.malah rasulullah s.a.w. sendiri menyampaikn kalam Allah diusia muda.lihat, Allah memilih yg muda!

maka, cabang apa yang menjadi pilihan budak muda untuk berekspresi? fesbuk lah....twitter...xpun blog.mcm yg aku cube nk buat ni....

Dan, apa cerita orang tua?ikut nama blog lah.dekat kedai kopi. itu yang kampung.yang power sket jadi taik kat admin admin kerajaan.syarikat syarikat GLC(government listed company), persatuan persatuan sosial dengan majoritinya memegang kerusi MT(majlis tertinggi).kenapa x bagi pemuda try post korang tu......

senang je alasan.x cukup pengalaman.kurang ilmunya.....

ilmu itukan sifatnya tidak statik.....perlu diuji melalui peredaran zaman.ilmu tanpa diuji hanyalah mitos.anak muda seharusnya beriman dgn hal ini!

maka para anak muda sekalian, singkatkn kainmu mcm mamak kat maple, kuatkn kekuda mu lagi power dari jockey, nyalakan semula api muda yang selama ini terpadam! hidupkan dgn jiwa dan cinta sebagai anak muda.talkinkan saja si tua bangka! (pak jabit dlm hantu kak limah.....hehe)



cerita ptg ahad


assalamualaikum semua ;)
gua mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim.ok, skrg aku rse skema gle ayt aku.sbb ni 1st time aku nk tulis blog.slps terbakar dgn rakyat 1Malaysia yg majoriti nye ade blog.

maka dgn itu aku pn mengikut arus ini.

hening ptg ahad ni, ramai plak yg menyemak kt bilik aku smbl bahan2 aku nk bt blog.
sedikit taaruf ok? ;)

mohd faiz bin mohd yusop.21thn.lelaki.masih menuntut di kuliah perubatan dan pembedahan (MBBcH) di university alazhar, kaherah.itu jelah yg korg perlu tau kot.

aku teringin nk buat kenduri doa selamat dan majlis kesyukuran sempena lahirnya blog aku ni.biaselah adat bangsa keturunan aku.
supaya kalau kalau aku merepek x tentu hala, tentera Pak Najib x teropong aku.(aik, br 1st post da offensive?;p)
tp yg plg penting skali.....
supaya blog ini menjadi medium tarbiah utk aku dan masyarakat.

                           ini bro Fahmi yg ajar aku buat blog.

maka itulah sedikit sebanyak format karangan SPM yg still aku ingt.
moga2 blog ini terus hidup seumur dgn pembaca sekalian.
peace bro! ;)