Tuesday, May 24, 2011

ABIM ; BALADA SEBUAH GERAKAN ISLAM



Episod I

I.
Dipenghujung enam puluhan
Awan hitam menyelubungi tanah air
Walau langit mendung, cuacanya panas sekali.

Tragedi keruntuhan umat sedang mencapai puncaknya
Melayu, tuan sah pertiwi ini sedang dikebiri
Kemiskinan, kemunduran dan keterbelakangan, seakan
Memang layak menjadi warisan abadi bangsa
Kekurangajaran terhadap agama sudah pada tahap biadab
Islam, hanya dilihat sebagai tukang masak makanan halal
Orang yang diberi tumpangan dahulu, telah membina istana di halaman rumah
Membuat pemiliknya, rela dalam paksa, kembali jadi hamba
Para penguasa, sedang lena dalam pelukan budaya barat
Akhirnya, bermomentumkan kekalahan pilihan raya ‘69
Telah menyulut api dendam, yang
Memang menanti saat untuk dilampiaskan
Pertiwi lalu dibakar kerusuhan kaum.

II
Apabila krisis melanda umat
Pemuda akan bangkit menentang kemapanan
Penderitaana adalah kilang unggul mengeluarkan idealisma
Sepenanggungan mewujudkan kebersamaan yang padu
Kesengsaraan melahirkan pejuang-pejuang berani mati.

Bumi ini sungguh bertuah
Memiliki putra putri unggul, yang pandai
Menangkap detik-detik strategik dalam sejarah.

Dimotori PKPIM, dibidani Razali Nawawi
Tujuh belas Ogos tujuh puluh Satu
ABIM lahir dalam kancah prahara bangsa
Untuk menjadi juru bicara umat
Untuk menegakan keadilan dan kebenaran
untuk mengekalkan jati diri
untuk mendaulatkan Islam sebagai Cara Hidup

Kehadirannya,
Disambut cibiran penguasa
Dicemuh budak-budak sekular
Dilabel sebagai terjemahan rasa rendah diri Melayu, oleh
Sesetengah cendikiawan didikan barat.

Semuanya itu, tidak membuat mereka patah semangat
Apabila tekad dan semangat pengorbanan telah menyatu
Apabila gong perjuangan telah dicanangkan
Tiada lagi mundur bagi pahlawan
Biar darah terserak
Biar nyawa melayang
Perjuangan mesti diteruskan, hingga titisan darah yang terakhir
Biar mati berputih tulang, daripada hidup berputih mata.

Peristiwa ini, merupakan
Tonggak kebangkitan umat, yang
Layak dicatat dengan tinta emas oleh sejarah tanah air.

III
Di riba Anwar Ibrahim, ia membesar
Imbauannya, menyelusupi relung-relung sanubari umat
Panggilannya, disahuti oleh pelajar di kampus-kampus
Laungannya, bergema dari Bandar hingga ke tengah sawah
Barisannya semakin panjang dan menggerunkan
Semangatnya semakin kental
Keberadaannya, mulai dirasai menyengat kemapanan

Penguasa memang cenderung buta, pekak dan bisu
Jeritan-jeritan penanggungan bangsa yang dipekikan di mana-mana
Tidak sedikitpun menggugah nurani mereka
Akhirnya, ABIM menggerakan umat turun ke jalan-jalan
Badai ini telah menggegarkan tembok-tembok kekuasaan.

Kerisauan dengan kerusi-kerusi empuk akan patah
Membuat penguasa kehilangan kewarasannya, lalu
Anwar, Idris, Ramli dan rakan-rakan ditangkap
Kampus dijaga ketat
Rakyat dimomoki derhaka dan komunis.

Bagi pahlawan
Kematian adalah puncak nikmat sebuah jihad
Penjara, dinikmati sebagai kawah menggembleng kematangan
Penderitaan, ilustrasi memperindah lukisan keikhlasan.

Penahanan satria kebangkitan umat, ternyata
Tidak mampu mengendurkan daya juang
Api bantahan merebak di seluruh penjuru tanah air
Protes mengalir dari seantero dunia,
Penguasa telah terperangkap dalam kesalahan yang fatal
Akhirnya, tanpa syarat
Anwar, Idris, Ramli dan rakan-rakan terpaksa dibebaskan

Episod Dua

I
Menyedari realiti pola kekuasaan tanah air
ABIM menghantar hulubalang,
Mengukuhkan benteng Islam
Fadhil Nor, Nakhae’I dan rakan-rakan
Terjun bertarung di gelanggang demokrasi
Mencabar gergasi kemapanan
Mereka tewas oleh tipu helah yang penuh pengalaman.

Kegagalan bukan sempadan sebuah perjuangan, ia
Sebuah kemenangan yang tertangguh.

II
Seribu Sembilan ratus lapan puluh dua, mencatat
Krisis mengerikan dalam lembaran perjuangannya.

Anwar berijtihad
Tidak satu jalan ke Istambul, lalu ia
Mengalih gelanggang idealismanya.

Badai fitnah menerpa dari segala penjuru
ABIM telah murtad dari perjuangannya
ABIM mengkhianati pengharapan umat
ABIM pahlawan gadungan
ABIM sedang menunggu saat untuk ditalqinkan
ABIM, ABIM, ABIM lalu dipalitkan seribu dosa.

III
Dalam kemelut yang sangat meruncing inilah,
Tampil Sidiq Fadil, mewarisi bahtera oleng.

Ternyata mendepani musuh lebih mudah dari pada
Meyakinkan sahabat yang kehilangan kepercayaan
Meyakinkan penyokong yang tenggelam dalam kekecewaan
Meyakinkan simpatisan yang hanyut oleh kehampaan.

ABIM, bukan milik Anwar Ibrahim
ABIM, wadah perjuangan nurani umat
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Apabila mendepani cabaran
Tarbiyyah gembelengan ABIM
Membuktikan keunggulan kualitinya
Sidiq Fadil, Berjaya menyelamatkan bahtera ABIM, dari pada
Tenggelam diamuk gelombang kehancuran.

IV
Kemunculan Mahathir sebagai Perdana Menteri, yang
Membawa Anwar ke dalam arus perdana
Mulai meniupkan angin segar
Penerapan Nilai-Nilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan
Bersih Cekap dan Amanah
Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa, seakan-akan
Sebahagian kecil jawaban ke atas hasrat umat.

Moto perjuangan lalu dianjak, dari era Menghentak Meja, ke pada
Era Penyertaan Kritis yang Membangun
Semboyan Mengakar dan Merimbun jadi buah bibir
ABIM, berjaya keluar dari kemelut keruntuhannya.

Sungguh aneh dan susah untuk difahami
Sidiq Fadil malah menyerahkan tongkat komando
Kepada Muhammad Nur Manuty, wal hal
Kepimpinannya telah meletakan ABIM di puncak
Karismanya sedang mempesona jamaah, rupanya
Begitulah kecemerlangan tarbiyyah kepimpinan ABIM.

V
Dekad Sembilan puluhan
ABIM mulai menunjukan belangnya di arena antara bangsa
Naluri pejuangnya mendengar rintihan dari beribu batu
Dengan sigap dan tangkas
ABIM terjun ke kancah-kancah pembantaian umat
Berhempas pulas melobi dari forum ke forum
Akhirnya, Mahathir menjadi “Naga Bosnia”.

VI
Di penghujung kurun ke dua puluh ini
Cabaran ternyata semakin menggila dan ganas.

Api materialisma sedang membakar jati diri bangsa, malah tergamak
Menjadikan kepimpinan komoditi perdagangan, maka
Lembaga kepimpinan, telah dianjak menjadi sebuah syarikat
Semuanya akan diukur dengan neraca ringgit dan sen
Bisa dibayangkan, bala apa yang akan menimpa umat.

Pelecehan terhadap agama menerkam dari kota ke desa, maka
Berceceranlah bayi-bayi ditepi longkang dan bendang
Kalau akal sendiri telah dibunuh oleh dadah dan ketagihan
Manusia jenis apa sebenarnya yang menghuni bumi ini.

Demi yang namanya kemajuan dan pertumbuhan ekonomi
Kalangan korporat berpakat dengan sesetengah penguasa
Untuk merompak tanah rakyat,
Untuk memperkosa alam semulajadi, dan bagi mereka
Mendedahkan aurat wanita untuk melariskan perniagaan, halal-halal saja.

Menyedari, peritnya melecut etos kerja bangsa
Jalan pintas menswastakan segala-galanya ditempuh
Kalau universiti boleh diswastakan, kenapa tidak sekolah rendah
Satu hari nanti, aka ada iklan, dicari ; seorang Perdana Menteri
Kecemerlangan institusi, rupanya hanya layak dimiliki oleh swasta.

Ibu bapa mencampakan anak-anaknya kepada orang gaji
Demi perburuan keseronokan yang dikejar bagai orang kesurupan
Bermati-matian demi anak-anak, hanya helah pemanis bibir, sedangkan
Ibubapanya mereka penjarakan di rumah orang tua, inilah bahana
Wabak ‘keakuan’ yang sangat mencabar akidah dan syariah.

VII
Era centang perenang inilah, yang
Mesti digelumangi Muhammad Nur Manuty
Pertarungan dahsyat sedang berlangsung.

Wahai pelopor, pemimpin dan pendukung kebangkitan, sebenarnya
Mala petaka hari ini jauh lebih dahsyat daripada era tujuh puluhan
Jangan biarkan Muhammad Nur Manuty menghadang badai bersendirian
Marilah kita sekali lagi memukul genderang jihad, kalau
Kita gagal menangani bencana yang bermaharajalela sekarang
Hampir boleh dipastikan, tidak lama lagi pertiwi akan kiamat.

Borneo Menggugat
Seremban, Julai 1996

sejarah ABIM 1971-1996

Sunday, May 22, 2011

mix marriage

sesungguhnya nak mengupdate blog di minggu belajar adalah sangat tidak munasabah.tapi jangan sampai mengecewakan pelanggan kedai kopi!

maka baru baru ini, gua berpeluang sedikit extracurricular activity yang gua rasa agak power lah levelnya.kebetulan pagi 21 mei, gua mendapat satu jemputan daripada member gua ke satu perasmian markaz jemaah ikhwanul muslimin di jabal mukattam, cairo.bagi yang agak blur, ikhwanul mislimin atau IM, adalah antara otai otai jemaah di bumi mesir.diasaakan oleh assyahid imam hasan albanna sekitar tahun 1940-an kalau gua x silap.maka fikrah IM menjadi antara nadi utama pembentukan peribadi rohani dalam jiwa rakyat mesir, sehingga lah ke hari ini.

lebih bersifat underground activities, IM berjaya memenangi jiwa jiwa rakyat mesir dengan penerapan praktikal islam yang dibawanya.maka, tidak hairan lah jika IM di mesir menjadi musuh utama rejim retorik pimpinan anwar sadat dan hosni mubarak. sedikit review mengenai IM.

sambung dengan cerita asal, pagi itu gua ke hotel safir dahulu, untuk menjemput seorang tetamu dari malaysia, prof. dr. redzuan othman, dekan fakulti sains politik, universiti malaya(kalau x silap.hehe). sangat humble orangnya.sebenarnya jemputan ke perasmian markas IM adalah secara kebetulan. prof dr redzuan bertembung dengan ketua perhubungan PAS pusat dan ADUN batu buruk terengganu, YB Azman di airport cairo dalam rangka lawatan beliau menggantikan Dato' Seri Hadi Awang ke perasmian tersebut.

maka prof dr redzuan dengan mengada menyendeng, meminta untuk turut serta dalam majlis perasmian tersebut.maka terjadilah cerita gua ikot sekali.hehe.sebab gua menguruskan sedikit kelengkapan logistik prof dr redzuan semasa keberadaan beliau di mesir.

setelah mengetahui lokasi YB azman, kami terus suite yang didiami oleh yb azman.dijemput masuk, dan dihidangkan teh.secara kebetulan, suite yang didiami yb azman turut didiami oleh 2 orang perwakilan dari australia, dr munawwar, seorang ortodentist dan anaknya, sdr. muntaza.

menariknya sungguh pertemuan kami semua.gua sebagai duta abim mesir, prof dr redzuan dari UM, yb azman dari PAS dan seorang MP.perbualan kami seputar pengalaman masing masing yang dialami.dr munawwar yang berasal dari turkey, berkahwin dengan warga england.bapa dr munawwar seorang warga pakistan.bapa wife die pulak orang macedonia.maka dapatlah sdr. muntaza.hensem gle beb mamat ni.gua x tipu.haha.

maka apa ceritanya?


di australia, dr munawwar giat menjalankan mobile dental clinic.sasarannya ialah warga tua yang dipinggirkan.menurut beliau, english people are soo cool. sudah menjadi adat dalam rakyat mereka, anak anak yang mencecah umur 16tahun akan dihalau dari rumah.perlu mencari kerja sendiri. jika masih mahu tinggal dengan ibubapa, perlu membayar sewa, duit makan dan sebagainya.tidak hairanlah warga tua dibuang bukan?

perkara ini bukan berlaku di australia sahaja.malah di semua negara yang majoritinya orang kafir.

maka gua tujukan satu soalan. bagaimana dengan "nampak islam di eropah, tapi x jumpa orang islam disana?"

sambil senyum beliau menjawab "mungkin mereka menang dari sudut pengurusan, teratur, seperti yang diajar islam.tapi lihat dari pengurusan diri, mereka jauh kebelakang dari umat islam"

mereka basuh berak pon guna tisu.jauh dari bersih pada perspektif islam.iya, boleh istinjak guna tisu tapi kalau ada air, mengapa mengelak?

gua agak setuju dengan statement dr munawwar ni.sebab gua pernah sampai ke negara italy, france dan spain.memang, mereka sangat teratur. agak gentleman, kereta atau motosikal akan berhenti secara tiba tiba jika ada pejalan kaki melintas jalan.tanpa perlu lampu trafik merah.

namun, individunya kotor, minum arak merata rata, malah hisap dadah di tempat terbuka.

"there are very common with ecstasy.VERY COMMON' sambung sdr muntaza.


gua cukup suka dengan muntaza ni.die dah ade degree biomedic.dan sekarang di tahun kedua pergigian, universiti of griffith australia.umur baru 24. gempak beb! mane x nye, baka baek kot.bapak die, dr munawwar ade 5 ijazah.dan, paling menarik, ijazahnya yang kelima adalah pergigian. dah ade 4 ijazah baru tau ape hala tuju! gila gempak kot! hahaha.sekarang, dr munawar run clinic sebagai pakar ortodentist dengan bayaran aus140 hanya untuk konsult. treatment harga laen beb! parak poket! hahahaha....

tambah beliau, charge sebegitu terpaksa....sebab cukai di australia, minimum 40%.mane nak untung beb kalau charge sekitar aus40 je.

sangat berbeza dengan kadar bayaran rawatan di malaysia. scaling gigi rm80, cabut gigi rm60, consult doktor rm40.

agak agak pasang braces dekat australia berapa kena charge? ade makan puloh puloh riban x? hahaha....

pemikiran menekan rakyat seperti mengenakan cukai yang tinggi, memang telah lama diamalkan. lihat sahaja tempiasnya di malaysia.kita dijajah britain.mujur cukai x setinggi di negara mereka. namun adat kita yang membanggakan BUMIPUTERA sedikit menjadikan bangsa melayu mundur, dependant kepada subsidi dan perlembagaan. survival bangsa melayu juga tidak sehebat kaum cina dan india. lihat sekarang, yang diatas itu majoritinya cina dan india.

kursus bidang kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan dipelopori cina dan india. nak tengok banyak melayu pergi UiTM.itu pon sebab dasar BUMIPUTERA dalam perlembagaan.melayu didahulukan di UiTM.

10 orang terkaya di malaysia major nya cina. sorang je melayu.syed bukhari di tangga ke SEMBILAN.

tanah paling tinggi dalam semenanjung(genting) pon milik cina.mendiang Lim Goh Tong.

tolakan dan pinggiran menjadi bangsa minoriti memang telah mematangkan kaum cina dan india. hakikatnya bangsa melayu memang tak boleh bersaing!

berbalik kepada cerita dr munawwar tadi, gua mendapat satu kesimpulan dari pertemuan gua dengan dr munawwar.multiple races marriage memang berjaya melahirkan baka yang baik dan mampu berdaya saing. dr munawwar perlu menjadikan dirinya sesuai hidup di negara desakan hidup yang tinggi seperti australia.maka beliau belajar sehabis mungkin.hinggalah dapat 5 ijazah, baru jadi doktor.kahwin pulak dengan orang england, maka meratalah network dr munawwar ni.katanya, kalau  hari raya, memang superb lah gathering family die. multiple races beb.

gua terfikir sesuatu, jika hendak ubah mentaliti umat melayu, perlukan perubahan drastik! mungkinkah dengan perkahwinan campur? keluar dari bumi malaysia! bumi yang kotor dengan pemikiran politik, bergantung subsidi dan bermacam lagi.

so, ada chances x gua nak kawen minah arab? hehe.....baka nabi kot;)


dari kiri: pak arab, muntaza, dan pak kadok kedaikopi

Sunday, May 15, 2011

1 BELIA, 1 NGO : posisi kaum intelektual di malaysia


Pengenalan


The celebration of Hari Belia Negara (National Youth Day) is to honour the youth of the country as they have contributed greatly to the country and government.  They should not be viewed as a burden but rather they can be a precious asset to the nation as they are the determinants of the durability and strength of social, political and economic in the future.
As many as 11.9 million youth to be restored to the national development process by placing them in the mainstream of national responsibility that should be supported by all government agencies, private sector and NGO’s. They need to be educated, to be heard and appreciated by the various movements and excellent programs.
The concept of 1 Belia 1 Malaysia has been able to demonstrate their potential and they constantly need to be intensified. The success of National Youth Day 2010 was the best turning point towards bringing young blood to healthy and beneficial activities. The participation of youth in youth organizations continue to increase as a result of a surge of motivation for the Hari Belia Negara 2010 (2010 National Youth Day) should be maintained.
sumber:haribelianegara.org.my

hal apakah yang menggerakkan masyarakat? soal apa pula yang menyebabkan mereka bertempur di jalan masjid jamek dan lorong lorong maut di Gaza? apakah yang diperjuangkan? apakah yang membentuk fikiran dan kepercayaan yang menjelmakan tindakan tindakan sedemikian?bagaimana pula kepercayaan yang serupa meresap masuk dalam jiwa mereka yang lain lalu membentuk gerakan massa yang mampu melanggar apa saja kekuatan yang melintanginya?
pada pokoknya pengertian intelektual yang ideal ialah mereka yang terpelajar, berwatak, serta memiliki pemikiran gagasan sosiopolitik.mereka melihat masalah kemasyarakatan dari segala aspek,  dan menghubungkannya dengan aspek yang laen.
intelektual harus dibezakan dengan saintis.juga ilmuan.ilmuan hanya memusatkan diri pada satu bidang ilmu sahaja( ahli atom, ahli ekonomi, ahli linguistik dan sebagainya).mereka kurang menghubungkan aspek kemahiran mereka dengan rangka kemajuan masyarakat.maka, pegangan umum intelektual adalah aspek kemanusiaan.
kalau mengikut bahasa kampung orang melayu, intelektual adalah berjaya membezakan yang baik dan yang buruk.
"nak, terserah pada kau lah....mak tau kau dah besar, tau bezakan baek dan buruk...."
maka, itu KITA lah, bukan?
Ahmad Wahib dalam bukunya 'pergolakan pemikiran islam' menjelaskan kaum intelektual itu mempunyai ciri:

1.mereka pelopor atau pencipta
2.mereka memiliki pola berfikir yang tidak sama dengan pola fikir masyarakatnya, menjadikan mereka mampu menarik masyarakatnya kearah kemajuan.
3.mereka responsif, ekspresif dan formulatif
4.mereka kreatif, bukan reaktif
5.mereka bebas-aktif
6.mereka jujur dan berani
7.mereka tidak mencari simpati.
apa contohnya di malaysia? mat rempit korek blok, menjadikan 125cc kepada 250cc.kreatif bukan? mat kayuh pakai kepala RXZ dikepala basikal, lalu mengexpose diri mereka dalam kumpulan yang ramai di malam kemerdekaan.pelopor bukan? geng skinhead mencari makanan dalam tong sampah di belakang restoran mcD bukit bintang.bebas aktif bukan?
jadi apa solusinya untuk masalah ini?
mereka perlu dipandu! mereka punyai magnet dalam badan.mudah ditarik oleh kemajuan budaya. maka perlu ada satu daya penarik yang baik dalam mencantikkan bakat bakat kaum intelektual di malaysia ini.
mungkin geng mat kayuh tadi boleh buat satu 'Kayuhan Amal" untuk mengumpul dana lalu disumbangkan kepada penderitaan umat islam palestin?
atau, boleh gunakan kemahiran mat skinhead mengucar kacirkan sampah, untuk mengasingkan botol plastik dalam tong merah, kertas dalam tong hijau, dan botol kaca dalam tong biru?
kita kreatif, kita inovatif! maka gunakan saluran yang betol!
tiada gunanya kita bergerak sendiri, mana nak pergi sumbangan tenaga kita? 
libatkan diri dalam jemaah, isi rohani dalam usrah, terjemahkan kesatuan kita untuk kebaikan ummah, kerana destinasi terakhir kita adalah berjumpa Allah!








ha, pilih, jangan x pilih....... sori bro, kalo wa x sebut lu orang punya jemaah.byk lagi saluran iklan kn?hehe;p

Saturday, May 14, 2011

semangat intifada!




:
:
:
:
:
:
:


dalam sibuk sibuk nak buat preparation ke final exam,
sibuk lagi kawan kawan gua nak pegi intifada ke-3 di medan tahrir.
maka, dengan semangat ingin tahu, bercampur perasaan tak tahu,
gua pandu hati ke medan tahrir.

cerita ke medan tahrir agam suram, muram sambutannya berbanding bermain boling di IBC( international bowling centre cairo), ataupon pergi menonton wayang bersama mati ijo di city star cairo.
bangun pagi dengan semangat, terus gua text zarep "jam berapa ke medan tahrir......?"

biasanya, zarep yang ku kenal x reti reply mesej.tapi gua cuba juga.semangat intifada.

zarep reply dengan call "kau nak pegi siap cepat, bas 926 x banyak arini, silap silap kena sekat odw ke tahrir nanti"

"kumpul dimana?" gua sahut.

trip kali ini gua rasa memang adventure gila.x naek motor habaq hang.macam nak pegi perang!
baru 2 minit tunggu bus, dah jenguk keluar kepala, "mana bus ni!"
almaklum, 8bulan x naek bus.layan rempit je.haha.



sampai di ramses(macam KL Sentral), kami decide untuk naek train ke stesen sadat, betul betul bawah medan tahrir.egypt ni bole tahan maju subway die, da siap bole buat buku pasal kehidupan di alam subway. x nampak dunia, hanya bising bising roda keretapi.

keluar pintu stesen, terus gua nampak mende ni....






semangat gila habaq hang! budak ni gua rase umur lingkungan 6-7tahun, sedang bagi ceramah umum mengenai kesedaran perjuangan palestin. kalau gua, ketaq lutut woo nak cakap macam tu!

pusing punya pusing, gua tekad nak tahu apa cerita sebenar perhimpunan hari ini.
sambil sambil  shoot gambar, dapat jugak gua sembang sikit dengan budak arab yang tiba tiba salam dengan gua.

katanya....

sebenarnye, hari ini adalah hari pertama perhimpunan intifada ke-3, dengan misi mengumpulkan seberapa ramai aktivis untuk memecahkan sekatan israel keatas penduduk palestin.
misi pengumpulan tiga hari ini akan berakhir dengan berpuluh puluh bus percuma yang akan membawa aktivis aktivis ke sempadan Rafah di palestin.

disitu, aktivis akan cuba memecahkan tembok penghalang ke palestin agar bantuan dapat disalurkan. bagi gua, cerita intifada kali ini sangat menarik minat gua untuk menyertainya.lebih efisien dari kempen kempen kesedaran perjuangan umat palestin yang dijalankan secara berseminar atau dalam bentuk yang laen. drastiknya kali ini, mereka berhimpun, dan terus ke sempadan Rafah. menunjukkan action speaks louder than words!


sepanjang kempen tiga hari ini juga, ada juga perkara luar biasa yang cuba dilakukan penganjur program ini.bayangkan, mereka cuba mengumpulkan sejuta orang untuk solat subuh berjemaah di Masjid Nur berhadapan dengan university Ainshams.salute beb! gua je x sempat nak pegi ;p haha

"jika mahu menilai kehebatan umat islam pada hari ini, lihat lah pada solat subuh berjamaah di masjid.berapa orang yang hadir melakukannya" ,kata seorang aktivis yang menjemput gua ke event itu.

selaen perhimpunan intifada, ada juga perhimpunan untuk menjelaskan kedudukan sebenar konflik antara islam dan kristian di mesir.

macam macam cerita klaka ade.

terjumpa reporter tv3 yang tersesat transit kat mesir.bapak menipu gile.

menarik tumpuan umum dengan bendera malaysia.serupa amareka. demo amarika boh! haha










bendera malaysia yang dikibar bersama disalah erti kepada bendera amerika.ada permintaan pak arab supaya ditulis nama Malaysia diatas bendera.apa kejadahnya, mana ada rakyat yang menconteng bendera sendiri beb!




 ikhlas, hazim, tg aiman.jauh datang dari kelantan, menyahut seruan jantan ke perhimpunan!



siap kena temuramah dengan tv3 beb! tunggu keluar berita ya? ;p
ntah macam mane bole ade tv3 kat mesir ntah.haha






rasanya, cerita palestin ini adalah agenda ummat.cuma isunya naek turun mengikut semangat umat melayu. bukan umat islam ya!
harapan gua, moga semangat intifada terus subur dalam hati gua, walau sesibuk mana pun gua!




p/s: credit to tg aiman, mamat, dan hazim sbg photographer.kalau berkenan, add fesbuk mereka ya?;p

Monday, May 9, 2011

OSAMA BIN LADEN: luka berpanjangan





 Berita Imperialis Barat berjaya menghapuskan The most wanted person ,diraikan dengan gegak gempita oleh sekutu-sekutunya. Keraian dan pesta-pestaan dirayakan dan dipotretkan semahu-mahunya.

Amerika sejak ranapnya WTC , membawa bersama lebur dan runtuhnya ego imperialis memperhebatkan buruannya terhadap manusia yang bernama Osama Laden. Keturunan ningrat yang mengorbankan kekayaan dan kehidupan demi perjuangan yang diyakininya.

Kematian memang lumrah . Tiada makhluk yang baqa' melainkan Allah. yang lain semuanya Fana'. Berita kematian Osama sama ada benar atau satu lagi propaganda hanya Allah Yang Maha mengetahui. Dari peristiwa pembunuhannya, kematian anak dan isterinya , pengebumiannya hingga hari ini masih lagi dipenuhi kontroversi dan misteri. Bukan sekali dua propaganda kematiannya dilakukan.

Osama dikatakan meninggal pada tahun 1998.Jika benar beliau telah meninggal, maka sikap yang harus diambil oleh semua umat Islam yang bersaudara sebagaimana yang diajar oleh Islam ialah mendoakan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya. Apapun statusnya disisi Allah, jihadis atau sebaliknya biar Ar Rahman yang menentukannya.Pandangan beliau merupakan terroris, merupakan kempen dan propaganda imperialis dunia, sampai sekarang label itu masih belum dibuktikan secara sah. Malangnya ummat islam sebahagiannya terpesona dengan segala macam gelaran yang diberi.

Pengganas yang menduduki Afghanistan dan Pakistan, atas alasan mencari senjata pemusnah itulah pengganas yang sebenarnya. Sampai sekarang senjata pemusnah masih belum ditemui. Yang jelas pengganas yang sebenar ialah zionis yang merampas dan menjarah Palestin. Mencabuli hak setiap rakyat, wanita dan kanak-kanak Palestin. Melanggari perjanjian demi perjanjian, menginjak-injak piagam PBB dalam hak -hak kemanusiaan CEDAW (Committee on the Elimination of Discrimination against Women)
dan CRC (convention of the rights against child)

Siapakah Penyokong tegar zionis , kalau bukan Amerika. Inilah wajah sebenar polis Dunia yang mengamalkan double standard terutamanya terhadap negara Islam. Sehingga akhirnya sebahagian besar negara Islam mengikut telunjuk dan menjadi budak suruhan ! ooohh.....I see ( OIC ).

Kematian Osama membawa keamanan dan keadilan untuk dunia ? Itulah justifikasi mereka.

Maka kita bertanya :

Apakah dengan kewujudan Amerika membawa kemakmuran dan keamanan untuk dunia?

Lihatlah negara di mana Amerika dan sekutunya menepatkan askar-askar mereka, bukan sahaja tanah bumi yang dijarah, malah wanita-wanita tempatan diperkosa dan dijadikan pemuas hawa nafsu. Itukah keamanan yang di bawa?

Alangkah tidak berhemahnya setengah-setengah pemimpin Islam yang mengeluarkan kenyataan muluk (pemerintah) bernada mengampu, memuji tindakan membunuh Osama membawa ketenangan dan keamanan untuk dunia.......rupanya mereka turut sama menari irama gendang yang dipalu....begitulah sikap yang diambil oleh pemimpin yang telah dikuasai 3 A, sebagaimana mafhum Hadis:

takhtA, kuasA dan wanitA !

Ya Allah Engkau tunjukilah kebenaran sebagai kebenaran dan berikan kurnia agar kami mengikutinya,Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kebatilan sebagai kebatilan dan berikan kurnia agar kami dapat menjauhinya !

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu!





Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

life unexpected

entri gua yang sebelum ni (medic got talent) gile terkejut kot gua ble hampir 140 org like! aduh, ape disaster gua dah bikin nih~

gua x berniat nak gebang gebang, sekadar nak bagi komen sedikit je pasal medic got talent je.dan gua tau sebenarnye hati manusia itu mudah tersentuh dengan musik.baik dalam bentuk nasyid, ataupon nyanyian 3gatsu 9ka dalam 1 litre of tears.haha. kan?

bukan selalu dalam seumur hidup kita, Allah datangkan teguran dalam bentuk yang menangkap hati kita. zaman hingusan dulu selalulah penyangkut baju hinggap di badan  libasan dari mak aku akibat gua slalu ponteng solat atau pon solat lambat.

namun sekarang hukuman yang paling berat gua terima andai gua terlewat laksanakan solat hanyalah sedikit rasa kesal dihati.aduh lemahnye iman.sungguh gua rindukan zaman tarbiah solat.segalanya di awal waktu.

memalui hari hari sebagai seorang muslim sentiasa mendesak hati aku untuk cuba yang terbaek menjaga suruhan agama.dalam sibuk belajar,atau dalam sibuk bersukan.segalanya telah Islam ajarkan.

perasaan hati bercampur baur tatkala entri ini ditulis.apakah yang hendak disampaikan pada entri kali ini?

dengan musim imtihan yang semakin hampir.dan segala aktiviti usrah yang ditangguhkan, fatrah imtihan beginilah manusia sering futur! hahahaha.maka pada masa inilah apa yang dibelajar dalam usrah harus dipraktikkan!

apa yang gua rasa?

1.ya Allah, apsal berat sangat subjek medic tahun 3 ni.....

2.x abes hafal juz lagi untuk exam al-quran!

3.nak kawen?

untuk perasaan gua yang nombor 1 dan 2 tu, gua rase xde solution langsung. sebab obviously memang gua ni malas gilo.bukak komputer layan superpower clark kent.macam mane nak cemerlang!

akan tetapi! ha, ini yang mahal ni.......untuk solution masalah num 3, gua rase ade solutionnye.

jangan ngade ngade nak chat or mesej dengan pompuan. nak tanye khabar ke, dah makan ke blom. atau sengaja menceritakan masalah hati kepada mana mana gadis. sebab, once gua dah cerita masalah gua kat gadis, nanti gadis tu akan suka lah sebab gua depend kat dia.ha, nampak tak gameplay dia? perasan gile gua ni. ala, korang pon same je, sume ade kawan pompuan.xyah menipu ah.

dapat 2nd placing tournament rugby kau nak cerita.

betapa sedihnya dikau x dapat pulang meraikan hari ibu pon kau nak cerita.

simpan sorang sorang sudah.gaya gua cerita macam gua ada gadis je.hahaha.

cukup lah Allah menjaga mereka.dan malaikat sebagai member baek diatas bahu aku.

kalau xde plan nak kawen dengan someone dalam mase 6bulan akan datang, jangan ngade ngade nak rapat dengan mane mane pompuan.buat rosak hati dan perasaan je.

abes tu bile bole rapat?

bodoh punya pak kaduk.kawan biar ikhlas.bukan sebab dia cantek.atau bukan sebab dia cerdik.kan Nabi ajar letak agama di tempat nombor wahid! jodoh datang kemudian.ok? life unexpected rite.........











Saturday, May 7, 2011

medic got talent: TAJDID NIAT

salam semua, agak lama rasanya aku tak update blog.ku rasakan sibuk memandu jadual harian sehingga hampir terlepas pandang beberapa tanggungjawab laen.namun itu sedikit tidak menghalang aku untuk memikirkan entri ape aku nak tulis untuk kali ini.

mungkin entri kali ini agak sesuai dibaca oleh golongan pelajar yang menuntut di egypt sahaja.bagi yang diluar sana, ini sebagai satu maklumat umum yang harus dipandang dengan minda yang terbuka.

baru baru ini, telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Mansura University utntuk mencungkil bakat bakat terpendam dikalangan pelajar pelajar perubatan disana. program yang diberi nama Medic Got Talent. hampir sama konsepnya dengan One In A Millionaire(OIAM) atau program realiti tv yang laen. aku teringat OIAM sebab aku obses sikit dengan faizal tahir.hehe.....

jadi, apa yang kecohnya mengenai program ini?

ramai yang mengatakan program ini tidak memisahkan lelaki dan perempuan, tidak menuntut aurat, dan laen laen perkara yang dikatakan tidak mengikut syara'. betulkah?

bagi yang rajin sket, pergilah bukak youtube, dan search medic got talent.nilai sendiri.

ramai yang mendesak aku, selaku YDP ABIM cawangan mesir untuk memberi pendirian mengenai program ini.sejujurnya, aku sendiri tak tahu macam mana program itu berlangsung, siapa penganjurnya, dan apa pengisiannya.tak nak lah jadi macam ahli politik sekarang ni, carik media untuk fire opponent tanpa sebarang bukti.

maka, semalam gua berpeluang ke mansura untuk Mansura Invitational Rugby Tournament. maka, kesempatan ini gua gunakan untuk merisik apa sebenarnya yang terjadi.

tidak memisahkan lelaki dan perempuan? memang betol.

tidak menutup aurat? ada.....tapi dikalangan penonton.

maka aku tanya lah kepada member aku yang blaja kat sane.terus die bagi komen.

"alah, program ape yang tak memisahkan lelaki dan perempuan? buat haji pun jemaah lelaki dan perempuan maen sondol sondol"

"kalau program ni buat kat cairo, mesti xde sape nak bising, sebab student cairo sume suci dari dosa. student mansura ni kan ahli neraka. buat apa pun dipandang hina"

bagi aku, ade betolnye ape yang member aku cakap ni.dan atas penilaian aku sendiri, aku rase sedih kerana aku sebagai daie tidak mampu menceriakn mad'u aku yang sedih ini.

hakikatnya, bukan lah semua student di mansura itu buruk akhlaknya.boleh kira dengan jari kot budak budak yang nakal tu......

dan sekarang ni pon, program program usrah dan kerohanian yang laen sudah mula subur di bumi mansura. dipandu oleh jemaah seperti IKRAM, ISMA, PMRAM dan laen laen.

nampak? mereka juga mencari pengisian rohani, cume kita ini yang salah cara menilai.salah cara berdakwah. langsung tidak berhikmah.

hanya kerana sedikit kelompok pelajar di mansura itu yang agak lari sedikit akhlaknye, kita menilai semua pelajar mansura ahli neraka! jangan fokus pada titik hitam diatas sehelai kain putih, cuba sambung titik itu menjadi satu lukisan, yang indah, yang sedap mata memandang.

teringat zaman Rasulullah s.a.w. , baginda berdakwah hingga dibaling batu.berdarah darah.malah mungkin lebih teruk dari injured aku maen rugby. malaikat mangoffer baginda, " mahukah kau, aku lemparkan gunung keatas kaum yang ingkar itu?" terus baginda menjawab," tidak mengapa, biarkan".

berbalik kepada program medic got talent tadi, yang hampir sama konsepnya dengan Maharaja Lawak.

kita bising bising budak mansura buat program tidak ikut syarak, cuba kite pandang diri kita pulak.

apa hukumnya kita tengok Maharaja Lawak? atau So You Think YOu Can Dance?

yang jelas tidak memisahkan lelaki dan perempuan, yang jelas membuka aurat?

best kan tengok? taknak bising bising kat hati kita kenapa kita tengok program sebegitu?

pak ostad mane yang tak pernah tengok muvi? yang bukak aurat?

dan dari jumlah 2000 pelajar di mansura itu, semua ke yang tidak berakhlak? seat muvie dalam syurga cukup untuk semua makhluk Tuhan beb! beri mereka peluang!

pokoknya, kita perlu bimbing mereka ini, bukan mengkritik.itu bukan cara dakwah yang diajar Rasulullah. kalau mereka tidak tahu, kita beritahu. kalau mereka mahu belajar, itu tanggung jawab kita untuk mengajar.

biarkan mereka hendak berhibur.tapi kita berikan panduannya.caranya. mereka nak ikut atau tidak, itu terpulang.hidayah itu kan kerja Tuhan!