Thursday, April 7, 2011

tricky sket lah.

assalamualaikum!

apa khabar semua? moga kedatangan jumaat yang barakah ini sentiasa memberi semangat dan sinar kepada roh roh islam di seluruh pelusuk dunia.

ayat starting gua nampak agak pelik bukan? nampak agak islamik, x gitu?hehe

kalam bicara mula apabila dua insan bertemu sentiasa menjadi first impression bagi pihak yang satu lagi.kalau jumpe jumpe je terus tepuk dahi, alamatnye mengarut je lah nanti!

perkara yang sangat manis gua belajar di mesir ialah budaya memberi salam yang tiada terbatas pada setiap level masyarakat.hatta orang kristian juga pernah memberi salam kepada gua!

"absus salam~" (sebarkan salam).perkara ini dituntut dalam islam.kerana lafaz salam itu sendiri mempunyai maksud yang sangat indah.

"salam sejahtera keatas kamu, dan semoga Allah merahmati dan memberkati kamu"

cuba lafaz salam menggunakan terjemah diatas.x sedap kan? ibaratnye azan dilaungkan dalam bahase malaysia lah.

mane tak nye, bahasa arab itukan bahasa syurga! imam hasan albanna sendiri menyuruh kita supaya bercakap bahasa arab fushah dalam "10 wasiat imam hassan albanna".ada tertulis didalam kitab mathurat.

maka budaya memberi salam ini sangat subur praktikalnya di bumi mesir.jumpe orang beri salam, naek bus beri salam, masuk kedai beri salam.

"u'll never feel like a foreigner in my country" kata prof dr nasir mohamad amar, specialist ONG university al-azhar.

apa yang kita boleh faham dari situ? mereka orang mesir sentiasa cuba untuk menghormati tetamu di negara mereka.sentiasa cuba untuk "ikram duyuf" (memuliakan tetamu).dan perkara ini sangat bertentangan dengan norma praktikal masyarakat melayu!

kita hanya melayan tetamu dirumah kita.maka pada pandangan gua, masyarakat melayu islam belum lagi betul betul memahami apa yang dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi:


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه, أن رسول الله ص م, قال: (كلكم راع فمسئول عن رعيته, فالأمير
الذي علي الناس راع وهو مسئول عنهم, والرجل راع علي أهل بيته وهو مسئول عنهم, والمرأة راعية علي بيت بعلها وولده وهي مسئولة عنهم, والعبد راع علي مال سيده وهو مسئول عنه, ألافكلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته) اخرجه البخاري



Dari Abdullah bin Umar RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Masing-masing kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir (Presiden) yang memimpin masyarakat adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinannya atas mereka. Seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin atas ahli (keluarga) di rumahnya, dia akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinannya atas mereka. Seorang perempuan (isteri) adalah pemimpin atas rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dia akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinannya atas mereka. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dia akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinannya atas harta itu. Ketahuailah masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggung jawaban kepemimpinan atas yang dipimpinnya”. (HR. Bukhari)


apakah rahsia kejayaan rakyat mesir dalam menyebarkan salam?

ISTIQOMAH.

sesungguhnya Allah lebih menyukai amalan sedikit yang berterusan berbanding amalan yang hangat hangat tahi ayam.

okay.direct to the point lah kata orang putih.

sebenarnye gua nak mintak doa dari kalian semua.doakan lah gua sentiasa istiqomah dalam menulis blog.gua mahu terlibat dalam gerakan islah(memperbaiki) masyarakat global.masyarakat alam maya khususnya.berharap supaya dapat tackle semua golongan pembaca.

kalau islah praktikal untuk masyarakat sekiling gua, tak perlulah gua cerita disini.serah pada Allah untuk menilai.


jika engkau rasa matlamat mendidik dan mentarbiah masyarakat islam sudah tercapai, ketahuilah bahawa masih ramai orang kafir yang tidak kenal erti syahadah.

hehe, power x ayat gua? renung renungkan, dan selamat beramal!



Should the world be more like Belgium?








 BRUSSELS, March 30 — This is a European country riven by ethnic tensions. Its public debt is almost as big as its total annual output and it’s in the middle of a political crisis so deep that this week it passes Iraq as the modern-day state whose politicians have taken the longest to form a government.

Yet the buses run more or less on time, the garbage is collected twice a week, exports of pharmaceuticals, steel cord, chocolate and beer are uninterrupted -- and it can still take about a month to get a new telephone line.

Governing is never easy. In the past year or so, it has sometimes seemed impossible. Just ask North Africa’s rulers who, after a long period of stability, not to mention repression and abuses, have faced popular uprisings demanding their ousters. In the United States, the big two parties have fallen victims in different ways to the upstart populist Tea Party movement. In Europe, governments in Britain and Ireland have been kicked out in the aftermath of the financial crisis. This month, the government in Portugal collapsed.

Meantime in Belgium, whose Dutch- and French-speaking parties can’t agree on what powers should be devolved from the centre to the regions, the absence of government is hardly commented on. More than nine months after a June 2010 election, talk in bars and cafes strays only occasionally to the country’s political predicament. “We’re not really following it anymore,” says a bartender in the Flemish town of Mechelen with a shrug.

“It’s a crisis without an audience,” says Carl Devos, politics professor at the University of Ghent. “It’s a bit absurd.”

In a world of upheaval, the fact that one of its oldest democracies has kept ticking over without validated political leadership is remarkable, even if its citizens don’t see it.

Belgium managed the whole of its six-month presidency of the European Union last year with a caretaker government. That same government has laid out a 2011 budget and dispatched fighter jets to play their part in guaranteeing the no-fly zone over Libya. In the first three months of 2011 it’s reached almost half its target for this year’s bond issues.

Would some countries work better without a government? Could the world learn something from Belgium’s experience?

Belgium's King Albert II (3rd R) visits the Large Hadron Collider of the European Organization for Nuclear Research CERN (Centre Europeen de Recherche Nucleaire) in the French village of Cessy, near Geneva February 19, 2009. — Reuters pic 



 (notakaki: ini berita gua copi bulat bulat dari malaysianinsiders.com. memang nice r)

nangka busuk

setelah masuk kali ke empat gua eksiden motor, maka gua dapat satu konklusi.

gua kene mula kumpul duit beli kereta!



tapi macam mane kalau 24/7 mesti nak kena nasik je? x dapat jep....

alkisahnye, hari gua eksiden tu, pelbagai insan berdaulat gua tak hormat. selalu gua bonceng motor dengan Jali Jaguh, tapi hari tu gua maen cabut je.x bagitau die pon gua nak angkat fahmi.sampai je di rumah fahmi, kelihatan mattek dan fuad sedang bertungkus lumus pakai baju untuk ke kelas. nampak kemas sikit.

gua: tak keje ke arini fuad?

fuad: aih, kutuk nampak.....

gua: hahahahaha

(nota kaki: hari sebelom tu, fuad pegi kuliah pakai baju cap pam minyak ESSO tempat abg die keje)

maka, itu melanggar daulat fuad bukan? ;p

setelah gua, fuad, mattek dan fahmi siap siap panaskan mesin kuda, kami pon memacu terus ke kuliah. fuad dengan mattek, gua dengan fahmi yang tinggi saing saing NBA player.

fuad laju terus kedepan, gua pulak slow sket.maklumlah bawak orang berat.sampai ke satu simpang, dalam 20-30km/h gitu, motor gua tiba tiba disapa kereta lama kepunyaan sepasang suami isteri arab. gua nak terus, mereka kekanan.

tergolek!

gua: fiin isyarah ya ammu!!!!!! (mane signal bai?!)

bai: ana iftahhu! (gua ade bukak la!)

dan dan lepas bai arab tu cakap, bini die terus tolak lampu isyarat.baru nak bukak!!!!!

alahai bodohnye!!!

dah la gua tergolek macam nangke busuk, aleh aleh bai tu nak bagi 10genih(rm5) je. butoh hang!

rata rata aksi gua eksiden macam tu r.1st eksiden tergolek langgar batu.2nd time langgar anjing.3rd time cium bumper kereta.cuba survey budak budak medik azhar, sape yang ade "parut" kat hati bekas eksiden?

gua JOHAN beb! rare gitu......

tahun 2011 ni banyak malang berlaku.motor anas alwi ilang bateri kene curik dengan arab. mun masih tak berjaya dalam program bina badan nya, pakngah tukar motor atas sebab keselamatan, dan yang paling rare sekali, wan perlis kene Chicken Pork.aik, babi ke ayam?

lecture antimicrobial and antibiotic drugs tadi diajar oleh prof. dr. hassan elbotky, seorang pakar bius terbaek di mesir.

hardy: slow gile lah die ajar......

gua: patut pon die jadi pakar bius....hehe.

akibat nye, hardy ade buat sketch sikit untuk memenuhkan mase lapang semase lecture.hasilnye?


mase depan pakngah bersama motor Platina nye diramal diatas kertas....


hasil program bina badan Mun


tak lupe juga kepada wan perlis......



saya wan
saya kena campak
saya suka bubur
walaupon saket saya still timbang bola

best kan berkawan dengan bakal bakal doktor yang sengal? ;p



Wednesday, April 6, 2011

surat tak rasmi kepada diri sendiri

bismillahirrohmanirrohim~

entri kali ini gua nak mangajar diri gua sendiri supaya mengamalkan kerja seharian menurut landasan syariah.
agak skema bukan? tapi cube google kat internet, ade tak tragedi keretapi terbabas dari landasan dan mengorbankan ramai orang?

itu lah umpama nya hidup manusia.Allah sudah tetapkan garis panduan syariah adalah yang terbaek dalam praktikal hidup hambanya. apa jadi kalau tergelincir?

maka mohd faiz bin mohd yusop, dengar sini.....

saat kau di alam rahim ibu, kau berjanji tiada tuhan selaen Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah.
sebagaimana Adam a.s dicampakkan ke dunia atas silapnya didalam syurga, begitu juga lah engkau akan diuji dengan keindahan dunia.

engkau lahir sebagai seorang Islam, tanpa memperjuangkannya.percuma.tidak macam muallaf yang bersusah payah mencari nur hidayah.maka ada kemungkinan kau akan cepat lupa diri.

kau punya segala gala.ibu ayah adik abang kakak.teman teman.dan segala keperluan hidup.
tapi ingat! Tuhan juga campakkan syaitan ke dunia kerana sumpahnya untuk menggoda anak Adam.



jika suatu hari hadir padamu fitnah dunia, jangan lah kau cepat terpedaya.

kalam Tuhan mengatakan anak anak, isteri isteri, perempuan dan harta harta mu sebagai fitnah.
bukan tidak boleh berseronok, tapi Adam dicipta untuk membimbing Hawa.maka itu fitrahnya, bukan engkau yang tunduk padanya!

jika engkau mahu syurga, buatlah sesuatu yang luar biasa.hari ini ramai orang yang semakin lari dari Islam, maka engkau jadilah golongan yang semakin dekat pada.ingat, beriman dan bertaqwa itu laen maksudnya....

gua rase, cara tulisan dalam blog sebegini lebih praktikal untuk santapan rohani diri berbanding gua tampal ayat ayat alquran pada dinding rumah.dimana ayat itu hanya perhiasan.hari hari tatap, tidak pula terpanggil untuk menghayati apa maknanya.nak halau syaitan? x keluar pun.....ade je...hehe;p


saat kejatuhan khalifah terakhir umat islam pada tahun 1949, ramai yang mencadangkan supaya melantik khalifah yang baru.

namun dengan tenang Hasan Al Banna menjawab,"mula lah dengan diri sendiri...."

maka kawan kawan mari lah muhasabah diri, tidak salah jika jadi poyo dengan tulisan begini.kerana di padang mahsyar nanti, hanya bogel sebatang tubuh yang menghadap ilahi.

-mohd faiz, cairo 13:47-             (penat, baru balik kuliah beb!)

Monday, April 4, 2011

memenuhi permintaan mak abah

untuk entri kali ini, kata nama "gua" agak kasar dari sudut pandangan otai otai dewan bahasa dan pustaka.
maka kata ganti nama "aku" dianggap lebih berjiwa kamus dewan.

ting tong.....ting tong...bunyi mesej masuk dalam enset aku.

"salam, selamat belajar jgn lupa hafaz quran, jgn fikir balik selagi x abes belajar. 3thn bukannya lama,wang saku cukup x?

"aslmkum.apa khabar? tgh sebuk belajar ke? mak doakan faiz ceria, semakin taat dan semoga cita cita tercapai.ingt allah selalu"

"aslmkum, apa khabar? suasana di mesir sama ke mcm dulu? atau ada apa2 semuga faiz buleh belajar dgn lebih baek dan sentiasa dalam peliharaanNya"

rata rata, macam tu lah mesej yang selalu masuk dalam henset aku.masuk kompem x kena time punya.kadang kadang tengah tido ade vibrate.kadang kadang tengah kuliah.kadang kadang atas motor.naseb baek ade absorber.bole serap vibrate.

laen pulak kalau member aku yang anta mesej.

"ape cer bro? ble nnk blk msia?"

"kalau xde ole2 gua xnk jemput lu kt epot!"

laen bunyinya bukan?

tentulah laen.pengalaman 9bulan mengandung tidak boleh disamakan dengan member yang bertanya khabar sihat atau tidak.itulah asbabnya cinta kepada ibu diletakkan selepas cinta kepada allah.

aku membesar dalam suasana sekeliling yang sentiasa berkembang biak teknologinya.sentiasa bertentangan dengan tarbiah yang aku terima di rumah.langkah saje kaki kiri, seribu nikmat menanti.

digimon battle, breakdance, world wrestling campionship,pakai seluar pendek wakil sekolah acara bolasepak, lepak cybercafe maen counter strike, maen bola petang petang sampai lupe nak pegi masjid solat maghrib.
sedikit memory yang masih segar di minda aku mase darjah 6.

aku masih ingat kena bantai dengan abah sebab tak pegi tuisyen english kat seksyen 6.bole pulak aku pegi tengok bola selangor maen kat stadium shah alam  dengan ayie.mane tak  nye, dapat tiket free sebab menang match bola wakil sekolah lawan sekolah rendah seksyen 20.mase tu sekolah seksyen 20 paling power  bola r dalam daerah petaling. bawak datang mane mane team bola sekolah, pasti kena titik sampai angka dua.

tarbiah yang paling terkesan sekali mase aku kecik kecik dulu ialah pegi masjid tiap kali masuk waktu solat. seawal umur 7tahun lagi mak abah dah wajibkan aku pegi masjid.x sah kalo dengar azan tapi solat dirumah. pegi naek basikal tua.abah bawak aku bonceng belakang.mase tu aku masih montel bulat.aku sentiasa x dapat peluk dengan penuh atas halangan perot doraemon aku.






tapi sekarang abah pegi naek kete je, dah x ajak aku.

dari situ mak abah mengajar aku masjid menjadi institusi paling tinggi dalam kehidupan masyarakat islam.
nak kenduri pegi masjid, nak nikah pegi masjid, nak bersatu dalam satu saf, hanya dimasjid!

perjalanan hidup aku dengan member member sentiasa tak selari dengan tarbiah mak abah.
darah muda, laju sentiasa memecut berbanding darah tua, perlahan.namun tindakan mereka sentiasa berhikmah.

kalau dahulu penyangkut baju sentiasa hinggap di belakang badan, namun sekarang hanya kata kata semangat yang menyinggap di hati.

bukan lah merotan itu di anggap kasar.tapi itu kan suruhan nabi.solat diletakkan pada perkara paling atas fardu ain.ajar dengan rotan jika meninggalkan.

maka jika ada kesalahan laen, x salah jika merotan bukan?

jika aku punya anak satu masa nanti, aku juga ingin mendidik sebegitu.

11 kali mak mengandung(sorang meninggal), tidak sekali pun mak mengeluh.anak mak ni je yang banyak ngomelnye.

"nape kerete kite tak besar macam orang laen?"aku mengeluh sebab tengok kereta bapak bapak member member aku sume line line mercedes je.paling busuk pun toyota unser atau nissan sentra.sebab mase tu abah hanya mampu beli van nissan vannete siri tahun 1996

"abah, jom pegi beli digimon.kawan kawan aet sume da ade.bole battle kat sekolah"aku mengepow. "abah xde duit lah.....maen lah mainan yang lame lame tu...."abah memujuk...


pengalaman sentiasa menjadi guru yang terbaek.aku x segan nak kongsi kesusahan keluarga pada korang semua.sebab aku sentiasa terfikir jika aku ditempat mak abah, aku pasti melakukan perkara yang sama.duit gaji bulan bulan bukan untuk menambah harta.tapi untuk sumbangan membesarkan anak.pelaburan sampai akhirat.


orang laen rezekinya diukur pada mewahnya kereta dipakai, besarnya rumah diduduk.namun mak abah mengajar aku ukur lah rezeki pada tahap keimanan.harta mak abah pada ramainya anak anak nya yang sepuluh orang ini.

tidur pun berkongsi tilam.

makan pun beringat adek beradek yang laen.kalau ade nasi yang tumpah, mak kate nanti nasi tu menangis.die tuntut kat akhirat nanti.

duit belanja pegi sekolah pun cukup untuk alas perot je.

jangan bermewah mewah, nanti syaitan suka.

susahnye membesarkan anak.memujuk hati anak anak supaya sabar dalam berjuang.

bila sudah besar, sudah berpijak dengan akal sendiri, x banyak yang dipinta.

"aslmkum.apa khabar? tgh sebuk belajar ke? mak doakan faiz ceria, semakin taat dan semoga cita cita tercapai.ingt allah selalu"

kenangan dirotan sentiasa manis mengingatkan diri.namun kata kata semangat yang diberi untuk anak mak yang jauh diperantauan  sentiasa menjadi pendinding diri.

sekarang mak abah dah tua, rambut dah beruban.janggut pun semakin putih.

mak pula dengan sakit lutut yang semakin teruk.kalau call dari mesir, aku sentiasa tanya,"kaki mak da ok ke?"...."xde pape lah, mak ok je...".aku tau, penyakit tu takkan baek punye.tapi dalam saket macam tu lah mak slalu nak solat dimasjid, ikut kuliah kuliah pengajian.

bahagia bukan pada bestnye lepak maple dengan kawan kawan, bukan diukur pada adanya makwe sebagai peneman disisi, bukan diukur pada bangga nya aku belajar perubatan yang akan menjadi doktor suatu hari nanti.


lebih bahagia jika dapat menemani mak abah sehingga ke akhir hayat mereka.

terima kasih mak abah kerana mendidik.moga sempat ketemu.moga sempat berjumpa.melihat anak mak ini pulang merawat penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sakit lutut yang dialami mak abah.


derita nya disorok, hanya pada Allah dia mengadu.



muhasabah diri

apa khabar umat islam palestin?..............





















 isu yang sudah 100% publisiti.
macam tiada modal sendiri.
tapi cuba kita tanya,
ada muhasabah diri?

sebelum kita mengatakan kata-kata yang tak baek,
fikirkan orang yang langsung tidak dapat berkata kata.

sebelum kita mengeluh makanan tak sedap,
fikirkan orang yang langsung tidak punyai makanan.

sebelum kita mengeluh tidak punya apa apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta minta dijalanan.

sebelum kita mengeluh mengenai rumah yang kotor,
fikirkan mereka yang homeless.

disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
fikirkan perjalanan dakwah Rasulullah merentas padang pasir.

sebelum kita menuding jari menyalahkan orang laen,
ingatlah bahawa tiada seorang pun yang tidak berdosa.


:
:

:
:

:
:



dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, 
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!


Friday, April 1, 2011

bersyukur juga satu nikmat.

satu mase dulu, gua pernah bersembang dengan sifu fahmi.

"agak agak kalau aku buat blog, tema entri macam mane yang aku nak tulis ek?" gua cuit sifu.....

"ikot kau la.dapat yang catchy sikit pon ok."sifu reply.

"rasenye suda tibe masenye untuk penulisan yang matang" gua kasi ayat poyo sikit.

"masalahnya, entri yang macam tu lah x banyak readers!" sifu reply lagi.kali ni dalam nada yang agak menyentap.

agak down sikit disitu.namun tarbiah ini tuntutan dakwah.dimana kita bergerak, disitu pahala mengikut. persoalannya mahu atau tidak mahu.



kisah permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. banyak liku dan cabaran.malah, penerimaan wahyu kali pertama di gua hira juga sangat berat sehingga membuatkan Rasulullah menggigil.lalu ditenangkan khadijah.

Bacalah! 

saat terima wahyu pertama hingga lafaz syahadah terakhirnya, baginda tidak lepas daripada mengingati umatnya.walau perjalanan dakwahnya sering dihujani batu.madu yang diberi, hempedu yang kau balas.

jelas, kerja dakwah itu sendiri sentiasa mendapat tolakan di hati masyarakat.lebih lagi dalam dunia sekarang yang cenderung dengan usrah laman sosial.di sekolah dulu, kita belajar negatif jumpa negatif  pasti jadi positif.

masalahnya, dalam praktikal hidup kita, negatif jumpa negatif belum pasti positif!

semakin banyak cas cas positif dalam setiap jiwa rakyat dunia.
sentiasa mahu tolak perkara yang bertentang dengan norma praktikal hidup.

namun jika ditanya, mahu tolak syurga? mahu tolak pahala? tanya orang yang kantoi buat jahat pon, masih mahu pahala.maka ubahlah praktikalnya!

sejarah penyebaran dakwah rasulullah s.a.w. tidak pernah menipu.tidak macam teori charles darwin dalam buku teks sejarah kementerian pelajaran.manusia bermula dengan monyet.atau bermula dengan zaman paleolitik, mesolitik, mahupun neolitik.

maka, nabi adam itu dari golongan mana?

isunya disini, putaran hidup kita sentiasa akan kembali kepada sejarah.

"dulu, mak belajar di sekolah ini lah!"......

"abah dulu kayuh basikal je pegi sekolah, x macam anak anak abah.perginye dihantar....."

"dulu nasi lemak harge 20sen je....."

sejarah bukan?

hidupnya cerita cerita atau sejarah sejarah dahulu hingga ke hari ini.melalui kalam manusia.islam juga tersebar melalui kalam.sampai.sampai la ke saat anda membaca entri ini.

tidak terbitkah sedikit rasa syukur, masih punyai iman? tidak terbitkah rasa syukur, kad pengenalan masih islam?

kita hanya boleh mengucap syukur jika kita tahu nikmat syukur. sampai satu masa jika allah tarik nikmat syukur, sihat lepas demam pun kau rase ubat punye kerja.bukan allah yang sihatkan.

gua sendiri pon kadang kadang terlepas pandang untuk mengucap syukur saat nikmat berkunjung datang. tidak kata diri ini sempurna.

namun saat allah beri idea, gua tafsirkan dalam bentuk penulisan.untuk peringatan pada rakan rakan.

jom sama sama ucap syukur, ALHAMDULILLAH!



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku