Saturday, May 7, 2011

medic got talent: TAJDID NIAT

salam semua, agak lama rasanya aku tak update blog.ku rasakan sibuk memandu jadual harian sehingga hampir terlepas pandang beberapa tanggungjawab laen.namun itu sedikit tidak menghalang aku untuk memikirkan entri ape aku nak tulis untuk kali ini.

mungkin entri kali ini agak sesuai dibaca oleh golongan pelajar yang menuntut di egypt sahaja.bagi yang diluar sana, ini sebagai satu maklumat umum yang harus dipandang dengan minda yang terbuka.

baru baru ini, telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Mansura University utntuk mencungkil bakat bakat terpendam dikalangan pelajar pelajar perubatan disana. program yang diberi nama Medic Got Talent. hampir sama konsepnya dengan One In A Millionaire(OIAM) atau program realiti tv yang laen. aku teringat OIAM sebab aku obses sikit dengan faizal tahir.hehe.....

jadi, apa yang kecohnya mengenai program ini?

ramai yang mengatakan program ini tidak memisahkan lelaki dan perempuan, tidak menuntut aurat, dan laen laen perkara yang dikatakan tidak mengikut syara'. betulkah?

bagi yang rajin sket, pergilah bukak youtube, dan search medic got talent.nilai sendiri.

ramai yang mendesak aku, selaku YDP ABIM cawangan mesir untuk memberi pendirian mengenai program ini.sejujurnya, aku sendiri tak tahu macam mana program itu berlangsung, siapa penganjurnya, dan apa pengisiannya.tak nak lah jadi macam ahli politik sekarang ni, carik media untuk fire opponent tanpa sebarang bukti.

maka, semalam gua berpeluang ke mansura untuk Mansura Invitational Rugby Tournament. maka, kesempatan ini gua gunakan untuk merisik apa sebenarnya yang terjadi.

tidak memisahkan lelaki dan perempuan? memang betol.

tidak menutup aurat? ada.....tapi dikalangan penonton.

maka aku tanya lah kepada member aku yang blaja kat sane.terus die bagi komen.

"alah, program ape yang tak memisahkan lelaki dan perempuan? buat haji pun jemaah lelaki dan perempuan maen sondol sondol"

"kalau program ni buat kat cairo, mesti xde sape nak bising, sebab student cairo sume suci dari dosa. student mansura ni kan ahli neraka. buat apa pun dipandang hina"

bagi aku, ade betolnye ape yang member aku cakap ni.dan atas penilaian aku sendiri, aku rase sedih kerana aku sebagai daie tidak mampu menceriakn mad'u aku yang sedih ini.

hakikatnya, bukan lah semua student di mansura itu buruk akhlaknya.boleh kira dengan jari kot budak budak yang nakal tu......

dan sekarang ni pon, program program usrah dan kerohanian yang laen sudah mula subur di bumi mansura. dipandu oleh jemaah seperti IKRAM, ISMA, PMRAM dan laen laen.

nampak? mereka juga mencari pengisian rohani, cume kita ini yang salah cara menilai.salah cara berdakwah. langsung tidak berhikmah.

hanya kerana sedikit kelompok pelajar di mansura itu yang agak lari sedikit akhlaknye, kita menilai semua pelajar mansura ahli neraka! jangan fokus pada titik hitam diatas sehelai kain putih, cuba sambung titik itu menjadi satu lukisan, yang indah, yang sedap mata memandang.

teringat zaman Rasulullah s.a.w. , baginda berdakwah hingga dibaling batu.berdarah darah.malah mungkin lebih teruk dari injured aku maen rugby. malaikat mangoffer baginda, " mahukah kau, aku lemparkan gunung keatas kaum yang ingkar itu?" terus baginda menjawab," tidak mengapa, biarkan".

berbalik kepada program medic got talent tadi, yang hampir sama konsepnya dengan Maharaja Lawak.

kita bising bising budak mansura buat program tidak ikut syarak, cuba kite pandang diri kita pulak.

apa hukumnya kita tengok Maharaja Lawak? atau So You Think YOu Can Dance?

yang jelas tidak memisahkan lelaki dan perempuan, yang jelas membuka aurat?

best kan tengok? taknak bising bising kat hati kita kenapa kita tengok program sebegitu?

pak ostad mane yang tak pernah tengok muvi? yang bukak aurat?

dan dari jumlah 2000 pelajar di mansura itu, semua ke yang tidak berakhlak? seat muvie dalam syurga cukup untuk semua makhluk Tuhan beb! beri mereka peluang!

pokoknya, kita perlu bimbing mereka ini, bukan mengkritik.itu bukan cara dakwah yang diajar Rasulullah. kalau mereka tidak tahu, kita beritahu. kalau mereka mahu belajar, itu tanggung jawab kita untuk mengajar.

biarkan mereka hendak berhibur.tapi kita berikan panduannya.caranya. mereka nak ikut atau tidak, itu terpulang.hidayah itu kan kerja Tuhan!


Friday, April 29, 2011

mari bercerita dengan kartun!

sebelum baca entri kali ini, gua nak maklumkan, gambar gambar dibawah gua cilok.

yelah, ape guna internet kalau dah bayar, bukan?hehe.



liga arab yang suka bergaduh????




tahniah prince william, perkahwinan enta satu fenomena!




amboi auntie, kemaen benor? ;p





gua rase kuang ajar plak kartun ni.sebab gua fan madrid.disuruhnye budak budak madrid pegi sekolah! sekali dengan maurinho plak tu!






yang ni gua malas komen.





gua suka kartun yang ni.peristiwa saurah berjaya membasuh dunia arab!
 


 hehe;)



Monday, April 25, 2011

pahlawan dalam kandang yang kecil?

bila kerja dakwah disasarkan dalam kelompok melayu, maka pahala yang terangkat kepada Allah hanya terhad pada lingkungan itu sahaja.gua kira desakan dalam diri gua untuk berblog belom cukup menjadikan gua seorang pahlawan walau hanya dalam kandang yang kecil.

lihat sahaja blogger blogger yang hebat seperti ust hazrizal, atau ust zaharuddin.berapa ramai pembaca? berapa ramai dapat manfaat?berapa ramai yang like?

gua bukan nak menafikan usaha usaha insan yang berdakwah dengan cara laen seperti berjumpa sendiri dengan mad'u(orang yang didakwah).gua bukan juga menyatakan blog sahaja cara untuk berdakwah.

tapi gua praktikkan blog ini sesuai dengan kesibukkan gua sebagai student medik, selaen tanggungjwab laen yang gua perlu dedikasi yang menyebabkan gua sedikit lari dari tanggungjawab berdakwah.

kerana pada pandangan gua, dakwah itu terbahagi kepada beberapa cabang, antaranya:

1) dakwah bil hal
       -lebih kepada usaha usaha dakwah secara praktikal

2)dakwah bil lisan
       -macam pergi dengar kuliah maghrib di masjid.atau macam berblog ini.




contoh dakwah bil hal



tiap kali menulis entri baru, gua cuba sasarkan kelompok pembaca yang yang ramai.maka dengan poyonye gua akan promote entri entri baru di kolum meng'komen' dalam fesbuk. orang tengah sibuk sibuk komen dalam fesbuk, tiba tiba datang gua dengan attach link blog kedaikopiabahkau.tak kurang ajar gitu? ahahaha.

nak buat macam mane bro, gua hanya pahlawan kecil.yang kandang nya juga kecil.tapi dengan niat yang besar.mendidik masyarakat walau dengan jasa yang kecil.

gua bawakan sebuah kisah sebagai contoh:

sewaktu Nabi Ibrahim a.s. dibakar, sekalian makhluk hanya mampu melihat.namun hadir seekor burung membawa batu kecil lalu dicampakkan dalam unggun api yang besar itu.diulangnya perbuatan itu berkali kali dengan niat untuk memadam api yang membaakar Nabi Ibrahim a.s.

kehairanan dengan perbuatan burung itu, sahabat burung yang laen bertanya,"kenapa engkau lakukan sebegitu? tahukah engkau api yang marak sebesar itu tidak akan terpadam dengan batu kecil yang engkau lemparkan itu?"

si burung pembaling batu menjawab" walaupun usahaku sedikit, moga ini menjadi saksi jika Allah bertanya apa yang aku lakukan sewaktu menyaksikan Nabi Ibrahim a.s. dibakar"

konsepnya mudah bukan?

kita sedar kita hanya pahlawan kecil.lakukan lah apa yang kita mampu.jangan tidak lakukan apa apa langsung.

walaupun gua sudah berblog, namun gua belum kira gua sudah patut dinobat sebagai pahlawan. kalangan dakwah gua terhad kepada umat islam yang faham bahasa melayu.gua masih belum mampu menulis entri dalam bahasa inggeris.ataupun bahasa arab.walaupun gua mengaku pandai berbahasa arab dan omputih.hehe.

maka, kita belum lagi menyahut seruan Rasulullah s.a.w iaitu tuntutlah ilmu hingga kenegara China. kalau nak menuntut ilmu di China mesti kena tahu berbahasa China bukan? jarak antara negara arab ke negara China ada berapa negara?

jika difahamkan arahan diatas sewaktu zaman itu, perjalanan kenegara China adalah melalui jalan darat, maka pengembara berbangsa arab perlu memahami bahasa Urdu, bahasa India untuk melangsungkan perjalanan ke negara China.

faham x apa yang gua nak sampailan ni?

maksudnya, suruhan menuntut ilmu hingga ke negara China itu termasuk dengan tuntutan untuk mempelajari bahasa bahasa laen didunia.

baru lah kita mampu berdakwah kepada orang China, orang India, orang Eropah.

barulah Maher Zain mampu hasilkan lagu Insyaallah dalam bahasa melayu.

barulah kita mampu menjadi pahlawan di kandang yang besar!



Monday, April 18, 2011

hikmah kembara




Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman

Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta

Kegembiraan ku
Kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi

Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati



nak tau ape yang selalu gua rasa sebagai seorang perantau?
ini lah.
kadang kadang semangat untuk belajar.
kadang kadang rindu keluarga.
kadang kadang rindu kawan kawan.
biasalah, rindu kampung halaman.

bukan senang hidup di negara orang.
cukup kah makan minum, cukup kah motivasi, cukup kah solat lima waktu?
siapa tahu?
betol betol mengajar hidup untuk bergantung 100% kepada Allah.
betol betol menguji tahap mana keyakinan gua kepada janji Allah.
sabar itu sudah tentu......

bersyukurlah yang masih hidup sehari hari bersama ibubapa.
kerna sentiasa ditegur, sudah solat ke belom?


perjalanan hidup gua sehari hari banyak melihat perkembangan hidup bangsa arab yang banyak mengajar erti kesyukuran.
peminta sedekah ada dimana mana.
melihat penjawat awam hanya makan roti kering sebagai lunch tatkala melakukan urusan rasmi.
ada juga budak lelaki seawal umur 7tahun sudah mula mencari duit dengan menyusun batu bata.

ya, gua bersyukur punyai kerajaan yang menabur subsidi kepada rakyat.
maklumlah, kaum bumiputra, hak nya terbela.
dari sektor pendidikan, barang kawalan, sehingga lah kerenah dalam alam pekerjaan.
semuanya di dahulukan bumiputera.
kalau hilang subsidi sedikit pasti mencela.

sentiasa terlintas di fikiran gua jika sudsidi itu tiada,
pasti rakyat malaysia sudah jadi macam rakyat india.
musafir merata rata,
demi melangsungkan kehidupan yang sementara.

sebut saja apa kerja, dari cleaner, buruh,dan berniaga.
sebab itu lah sekarang ini India hampir menjadi kuasa ekonomi ketiga selepas u.s dan China.
rakyat ramai, kuasa beli besar.

gua sudah sampai ke mumbai, cairo, nice, monaco, paris, madrid, granada dan amsterdam.
alhamdulillah, semuanya atas menyahut seruan musafir.

tiap kali sampai airport, gua mesti jumpa orang india.
agaknya, kalau kaum melayu itu kedudukan nya macam orang cina,
pasti ada suara suara untuk membela,
pasti ada niat niat untuk menjadi bangsa catatan sejarah dunia,
pasti semangat untuk menguasai malaysia itu ada!

ini lah sedikit coretan pengalamn gua bermusafir, merantau ke negara orang.

melihat apa yang dikatakan Allah itu kebesaranNya.
iya, piramid itu buatan manusia.
colleseum juga sama.
namun sekali melihat keindahan rekaan arkitektur nya,
tidak terlintas kah semua itu idea dari Allah Taala?
disalurkan inspirasiNya kepada manusia.

 dicampakkan merata rata ini ada risikonya.
mengajar duit itu perkara subjektif,
ikut celah mana pon pasti akan habis.

dan yang paling best, nilai kembara musafir itu tidak terbeli dengan wang ringgit.walau dengan banyaknya gaji seorang doktor!

satu gambar yang menceritakan segalanya.
lokasi: nice, france

Saturday, April 16, 2011

ini jalanku


sebelum membaca entri kali ini, gua ingin katakan ini pandangan gua dari sisi bebas.

tidak terikat pada mana mana pihak.moga terima dengan minda terbuka.

 beberapa hari yang gua lalui dalam minggu ni, gua rasa agak sedih dengan keadaan fikrah umat islam sekeliling gua.

iya, kita berbeza dari segi sokongan politik.

ade kawan gua ahli UMNO

ade juga yang ahli PAS.

tidak lupa juga kepada PKR.

gua ahli ABIM. ada juga housemate gua ahli ISMA (ikatan mahasiswa malaysia), IKRAM , PMRAM (persatuan melayu republik arab mesir) dan parti bebas.tapi kenapa kita perlu jumpa perkara sebegini?























gua sangat tak meyokong andai ada yang memboikot mana mana parti@jemaah.

masing masing dengan cara mereka.betol ke ahli UMNO x masuk syurga?

betol ke x sokong PAS x masuk syurga?

btol ke ahli syiah sesat?

betol ke anwar liwat?

betol ke dr yusuf alqardawi anti syiah?

hakim mahkamah syariah pon ade prosedur sebelum mengatakan seseorang itu ada kesalahan syara'.

ini kan kita yang hanya menilai dari hati.

hati itu kurniaan Allah.bersih hati tinggilah imannya.

tahukah kita di padang mahsyar nanti Allah tak tanya kamu dari parti mana?

tahukah kita Allah hitung amalan yang dicatit di atas bahu kita, bukan yang dicatit pimpinan parti@jemaah kita?

jika kita tak mampu memimpin kawan kawan kita untuk join parti@jemaah kita, pimpinlah diri kita untuk sentiasa dalam landasan kecintaan Allah s.w.t.

1001 perbezaan sekalipun, pasti ada satu titik persamaan.


kurang lebih hadis rasulullah s.a.w.

"di akhir zaman, umatku akan berpecah kepada 73 golongan.namun hanya satu golongan yang akan masuk syurga.yang berpegang pada sunnah ku"

MAKLUMAN TERKINI – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE JEPUN – 14-04-11

PENGHANTARAN TAKIDASHI (MAKANAN SEGAR BERMASAK) KE PUSAT PENEMPATAN

Tahap radiasi di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi masih kekal di Tahap 7 dan penduduk didalam radius 40km telah diminta untuk mengosongkan kediaman mereka.  Rujuk laman sawang Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk maklumat lanjut.


MRA dengan jaringan kerjasama ngo-ngo lain telah membuat pengagihan Takidashi ke beberapa buah pusat penempatan yang memerlukan bantuan makanan di sekitar bandar Iwaki yang terletak didalam Fukushima Prefectures dan kawasan yang terletak didalam Miyagi Prefectures.  Takidashi merupakan makanan bermasak yang disediakan menggunakan bahan segar dan amat digemari oleh penduduk Jepun. 

Antara Pusat Penempatan yang menerima Takidashi dari MRA sepanjang minggu lalu ialah Pusat Penempatan Natari Hoikuen, Pusat Penempatan Iriya Syogakkou, Pusat Penempatan Iwaki Performing Arts Center Alios dan Pusat Penempatan Ena Elementary School.

Kelmarin, MRA telah selamat membuat penghantaran lebih dari 4 tan bahan-bahan makanan kering sumbangan rakyat Malaysia ke sebuah pusat penempatan penduduk di sekitar Sendai didalam Miyagi Prefectures. 

MRA turut berkerjasama dengan Alumni Look East Policy Society (ALEPS) dalam menggerakkan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Jepun ini.

Mana-mana pihak yang ingin berkerjasama atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.”









laman web Malaysian Relief Agency (MRA)
http://www.mra.my/bm/


 10 things to learn from Japan.

1. THE CALM
    Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY

    Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.

3. THE ABILITY
    The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.

4. THE GRACE
   People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5. THE ORDER
   No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.

6. THE SACRIFICE
   Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS
   Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING
    The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.

9. THE MEDIA
    They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.

10. THE CONSCIENCE
     When the power went off in a store, people put things back on the shelves and lef

Friday, April 15, 2011

isu Alkitab

salam semua!

setelah sekian lama gua tidak mengupdate blog, maka kali ini gua kembali dengan isu yang agak panas di hati orang yang bertaqwa, tapi agak dingin dihati orang yang beriman.

kenapa gua katakan begitu?

orang bertaqwa akan marah jika Islam dicela.tapi orang beriman belum tentu terguris jika Islam dihina.

kisahnya, Alkitab adalah terjemahan kepada kitab bible kedalam bahasa melayu. usaha untuk membewa masuk bible ke tanah melayu telah terjadi sejak zaman penjajahan british lagi.namun, ketika itu, isu bible dibawa masuk tidak lah menjadi satu kerisauan kerana bible yang dibawa masuk itu adalah versi bahasa inggeris.

majoriti kaum melayu yang terkebelakang ketika itu langsung tidak boleh berbahasa inggeris, hanya golongan golongan elit yang bersekolah di sekolah sekolah inggeris seperti MCKK sahaja yang boleh mendabik dada kerana berjaya menambah satu lagi bahasa pertuturan didalam hidup, selaen berbahasa melayu.maka, mereka setingkat lebih tinggi dari masyarakat melayu yang laen.

juga, ketika itu nilai nilai murni islam dalam kehidupan seharian sangat dititik beratkan, suburnya sekolah sekolah pondok tidak formal, kelas kelas pengajian di masjid menjadi satu lagi benteng diri dalam masyarakat melayu islam.tengok sajalah filem seniman bujang lapok.

maka apa bezanya pengedaran kitab bible pada zaman penjajahan british dan zaman penjajahan pak najib?

beza pada bahasa.

pada pendapat gua, gua setuju Alkitab diedarkan dalam bahasa melayu.kerana ini memberi kelebihan kepada masyarakat kristian di sabah dan sarawak untuk memahami kitab bible.juga satu cabaran kepada masyarakat melayu islam untuk lebih peka akan akidah islam.

Apakah yang akan terjadi sekiranya Barat mengharamkan penterjemahan al-Quran dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa yang menjadi medium umat Islam di sana untuk mendalami al-Quran?

 

ada kemungkinan tak Cat Stevens untuk menukar nama kepada Yusuf Islam?  ade chance tak Maher Zain nak buat konsert di Britain?

Bagaimanakah nanti bagi Yvonne Ridley dan Cat Stevens untuk terus mendalami al-Quran dan mendakwahkannya kepada masyarakat Barat yang lain?

 

 

 

 

gua tidak menyebelahi tindakan kerajaan dalam meluluskan pengedaran ini, namun dalam keadaan dunia hari ini, ape lah sangat negara islam mampu buat dalam mengekang kuasa veto amerika, perancis dan laen laen.


Justeru, umat Islam perlu berusaha mempertingkatkan kefahaman berkenaan ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks ini.

Hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan inspirasi nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah kita.
Kita tidak harus selama-lamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda.

oh, satu lagi, gua juga tidak setuju masyarakat bukan Islam di malaysia dihalang menggunakan kalimah Allah dalam kehidupan mereka.


bukankah Allah juga Tuhan orang kafir?