Thursday, June 9, 2011

On September 11th 2011 give one person a leaflet about Islam!



masih ingat lagi dgn sdr muntaza? http://kedaikopiabahkau.blogspot.com/2011/05/mix-marriage.html

gua baru lepas chat dengan die.selaen bertanya khabar, beliau ada menjemput gua untuk join satu event ni.

http://www.facebook.com/event.php?eid=151656304907064&ref=ts

sdr muntaza ni tga mengusahakan satu kaedah dakwah dimana kita perlu menceritakan perihal Islam kepada non-muslim.ceritalah apa saja.atau cuba jawab apa pun soalan dari non muslim mengenai islam.organizer untuk program ini hanyalah muntaza.tiada pertubuhan atau apa apa persatuan. nampaknya begitu bersungguh muntaza dengan kerja dakwah.mungkin keadaan hidup bersama non muslim di australia lebih membuatkan muntaza lebih menghargai nikmat iman.kita bagaimana?

event: On September 11th 2011 give one person a leaflet about Islam!
date:11th september 2011
venue: everywhere

dibawah ni gua copy paste kan perbualan gua dengan muntaza:



salamualikum wr wb akhi
how r u
waalaikumsalam
bro
i'm fine alhamdulillah
this sunday
i'll exam
for paper pharmacology
do pray for me
inshallah u do very well!
i will inshallah
why arent u studying!?
hihi
i'm studying
suddently
i'm facebooking
haha
lol
ok
while ur on ur break
join this event
and invite your friends
im trying to get 50 000 muslims to sign up
how is study going anyway?
hard work?
alhamdulillah, i'm doing great
but forget sometimes
haha
are you the organizer for this event?
yes
im trying to get muslims to tell non muslims about islam
last event i did, 10 000 people signed up
but i need ur help akhi
u have more friends then me lol
so tell them all to join
and invite their facebook friends
insyaallah i will
jazakallahu khair
so what else is happening
is there any organization behind this?
no
just independant
owh
alhamdulillah
this is real hard work
everything is fine here
all my friends are really busy with exam
it's about 2 month
until 27 july
lol
subhanallah
long exam time
i just have one exam
lol
alhamdullilah
anyways bro
ill make dua for u
i need to go
nearly fajr here
9:57pm
ok
inshallah i will speak to u soon
Salamualaikum wr wb
send my salam to the brothers there
waalaikumsalam
insyaallah







so, cane? ade bran x?

rasenye, event ni lagi best kot dari contest contest dalam facebook tu;)

mari klik http://www.facebook.com/event.php?eid=151656304907064&ref=ts  untuk sign up!


Sunday, June 5, 2011

Melakar cinta di pintu syurga


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkan taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cinta aku dipintu syurga

:
:
:
:


buat penenang hati, sunyi tanpa teman.moga Allah melindung.
-pak kadok 2:15am-

Arwah Yasir bin Mohd Yusop : kisah dua versi.

versi pertama: copy paste dari http://kaloimerah.blogspot.com/2010_03_01_archive.html . abg gua punya blog. Imran bin Mohd Yusop


Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak jumpa. Seseorang yang sudah lama meninggalkan aku. Meninggalkan kedua ibu bapa aku. Meninggalkan kami semua...

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas abang aku selamat bernikah. Lelaki pertama dalam adik-beradik aku berjaya jugak kahwin akhirnya. Satu lagi titik tolak yang akan membuka lebih banyak cerita kahwen lepas ni. Sebab lepas ni ada 5 orang lagi lelaki yang menunggu turn, ataupon tak menunggu, sapa cepat dia kahwen. Dan pada hari ahad majlis kenduri berjalan dengan baik. Alhamdulillah.


بارك الله لكم‏ وبارك عليكم وجمع بينكما في خير
May Allah bless you, surround you with blessings, 
and bring you both together in virtue and prosperity

Pagi ni aku bangkit tidoq, lepas solat subuh, aku dengar lagu-lagu lama. Lagu-lagu yang membuatkan aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Kira-kira sekitar 17 tahun yang lalu. Waktu tu rumah aku takda radio. Yang ada tv. Pernah sekali ayah aku beli radio. Tapi tak lama lepas tu jahanam. Pomen ramai sangat. Semua gatai nak repair radio. Nak tunjuk skill. Padahal radio tu tak rosak pon. Daripada elok terus tak boleh pakai..!!

Biasanya waktu tu, selain daripada tv, kami hanya dengar lagu bila naik kereta. Sebab kat situ ja yang ada radio. Ayah aku memang peminat nasyid. Aku ingat lagi waktu tu adalah zaman kegemilangan Nadamurni. Boleh kata semua album Nadamurni ayah aku ada. Selain Nadamurni ada The Zikr. Harga kaset waktu tu pon tak mahai. Sekitar lima ringget ja. Selalu aku ikut ayah aku beli kat PKNS shah alam. Satu-satunya shopping mall yang ada di shah alam waktu tu.




Hari-hari naik kereta, kami dengar lagu-lagu Nadamurni, The Zikr dan yang lain aku dah tak berapa ingat. Banyak lagu-lagu depa masih lagi aku ingat. Tajuk mungkin dah tak ingat. Tapi kalau aku terdengar kat mana-mana, pasti aku boleh cam lagu-lagu depa. Lagi-lagi lagu yang ada kenangan. Macam lagu yang aku dengar pagi ni. Yang membuatkan aku teringat pada seorang lagi abang aku. Yang pernah bermain dengan aku waktu kecik dulu. Yang pernah sama-sama dengar lagu-lagu ini dalam kereta. Yasir namanya...

Jarak umur aku dengan Yasir tak jauh. Hanya setahun. Aku darjah satu, Yasir darjah dua. Disebabkan begitu, waktu sekolah aku sama dengan Yasir, tahap satu. Kami sama-sama sekolah agama sesi pagi. Dan sekolah kebangsaan sesi petang. Waktu tu aku yang paling kecik yang bersekolah. Adik aku tadika lagi. Kami pi sekolah naik bas. Sebab sekolah jauh di seksyen 4 berbanding dengan rumah aku di seksyen 19. Walaupon ada sekolah di seksyen 19.

Kasut Sekolah Pertama

Kalau waktu darjah satu, kami 3 beradik jalan kaki pi sekolah. Sebab waktu tu rumah dekat seksyen 4. Aku masih ingat lagi kasut sekolah pertama aku. Ada zip..!! Punya canggih. La ni aku dah tak jumpa kasut sekolah ada zip. Yang adik aku pakai la ni yang berpelekat. Naik darjah dua, abang aku first, dah tak sama sesi. Dia la yang menikah baru ni. So tinggai aku dengan Yasir. Pi sekolah dengan dia. Balik sekolah dengan dia.

Tapi semua tu tak lama. Kira-kira setahun. Yasir kena cancer tulang. Penyakit yang membuatkan seorang budak kecil terhalang untuk bermain. Membuatkan dia berjalan menggunakan tongkat, pada peringkat awal. Tapi Yasir seorang yang ceria. Suka senyum. Setiap kali aku terkenangkan Yasir, semua wajahnya dengan senyuman. Tak ada kenangan dalam ingatan aku wajah sedih dia. Seorang budak kecil, yang suka menolong orang lain. Tak pernah pentingkan diri sendiri. Punya semangat yang tinggi. Walaupun bertongkat tapi tak pernah dia jadikan alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Malah dia selalu berkeras mahu ke sekolah, walaupun berkali-kali dipujuk oleh mak aku yang dia lebih elok duduk di rumah.

Beberapa bulan bertongkat, akhirnya Yasir tidak perlu bertongkat lagi. Kerana cancer tulang di pehanya semakin besar. Membuatkan dia tak mampu untuk berjalan. Hanya terbaring di rumah. Kadang-kadang di hospital. Tapi dia tetap Yasir. Selalu senyum. Waktu dia terlantar di hospital, dia tetap nak buat kerja sekolah. Sebab dia sangat suka pi sekolah. Waktu tu dia merupakan top student dalam kelas. Mak yang merupakan cikgu math selalu ajar dia buat kerja sekolah. Di atas katil di hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Pergi Tak Kembali

Sejak Yasir tak boleh berjalan, aku pi sekolah sorang-sorang. Naik bas sendiri. Balik sekolah sendiri. Satu petang, sejurus naik bas sekolah untuk pulang, geng-geng bas sekolah aku waktu tu semua sebut pasal Yasir. Itulah di mana aku menerima berita pemergian Yasir. Sampai ja kat rumah. Tak ada lagi senyuman Yasir. Tak ada lagi kelibat dia yang sangat peramah dengan orang lain. Tak ada lagi budak kecil yang sangat suka tolong orang lain. Yasir sudah terbaring kaku atas katil. Ramai orang sudah mula ziarah petang tu. Yasir meninggalkan kami di pangkuan Mak. Selepas solat asar...pada 7 Januari 1995.







Aku masih ingat lagi waktu tu awal sekolah darjah 3. Yasir darjah 4. Baru beberapa minggu sekolah. tapi Yasir tak dapat pi sekolah. Sebab keadaan dia dah kritikal. Tapi ayah aku beli jugak buku sekolah dia. Sebab Yasir yang nak. Dia tak sabar-sabar nak masuk darjah 4. Walaupun dia tau keadaan tak membenarkan dia ke sekolah, dia sering meminta di bawa ke sekolah. Pada waktu tu kaki dia sangat sensitif. Jangan gerak sikit, pasti dia mengerang kesakitan. Yasir hanya mampu terbaring atas katil. Mak aku selalu cerita sepanjang dia jaga Yasir, bila masuk waktu, Yasir akan solat. Bukan sebab Mak yang suruh, tapi dia sendiri yang nak solat. Dia akan mintak dibawa untuk ambil wudhu walaupun dia tak boleh banyak bergerak.

Lepas Yasir pergi, naik darjah 4, ayah aku tukarkan aku ke sekolah ke seksyen 19. Yasir ada seorang kawan baik. Aku tak ingat nama dia. Tapi aku masih ingat dia datang menziarah jenazah Yasir di rumah. Berbaju melayu, duduk di hadapan jenazah. Sambil menangis dia baca fatihah. Dia pernah cerita Yasir suka tolong kawan-kawan. Pernah sekali dia tak ada duit nak makan waktu rehat, Yasir yang belanja dia. Bukan dia yang minta tapi Yasir yang nak belanja.

Kalau dulu aku ada 2 orang abang. La ni tinggal seorang. Aku pulak jadi abang kepada 6 lagi adik-adik aku. Walaupun kami ramai, kadang-kadang bila terkenangkan Yasir, aku rasa sepi. Barangkali kerana sudah lama aku tak berjumpa Yasir. Aku harap suatu masa nanti aku dapat bertemu lagi dengan Yasir...

Allahummaghfir lahu warhamhu, wa‘aafihi wa’fu ‘anhu… ameen.





versi kedua : cerita dari pak kadok.


kalau ikut bilangan asal adik beradik dalam family hj yusop hasan, aku anak nombor 7. aku sempat bersama arwah yasir hanya selama 5 tahun.ape pengalaman budak 5 tahun untuk diceritakan disini?


aku rase, memori pertama yang terlintas dalam fikiran sejak aku lahir ialah aku tengah maen cop cop tiang rumah dekat kampung mak aku di manong, kuala kangsar, perak.xde ape yang best pon tiang tu.just tiang tu sebijik je ade depan pintu rumah.aku pulak jenis yang nakal dan manja.sebab mase tu aku anak bongsu.ape pon yang aku pegang mesti jadi milik aku.haha. memang tradisi family aku tiap kali raya akan pulang ke kampong sebelah mak aku untuk gather family seramai mungkin.


disitulah memori pertama aku dengan Yasir. tengah syok aku maen cop cop tiang dengan abah, Yasir datang nak kacau tiang aku.punyelah aku marah. sebab aku sorang je ade kredibiliti nak jage tiang tu. terus yasir bagi idea, " jom kite lawan, sape paling laju lari, die dapat jage tiang tu sampai pagi besok"


haha, sengal gile bile ingat memori maen tiang rumah kampung.maklumlah, ape lah sangat hiburan yang ade mase tahun 1992.umur aku 3 tahun.


setelah siap kami tandakan garisan mula diatas pasir, aku dan yasir terus berlumba. mase tu aku ingat cerita arnab dan kura kura.aku nak jadi arnab, demi menyangkal cerita dongeng versi television.kura kura menang walaupon lambat.tapi kali ni arnab yang menang.maka aku sampai dulu ke tiang.yasir termengah mengah di belakang.


bila dah besar, aku teringat dan terfikir semula.kenapa yasir kalah dalam perlumbaan tu? bukan ke abang selalu menang?


kalau aku sendiri pon, sebagai abang, aku akan jadi orang pertama yang akan mengalah dalam semua perkara.dan, yasir telah mengajar aku, kedua belah pihak layak untuk mendapat tiang, dengan cara berlumba, akan memuaskan hati kedua belah pihak.siapa yang lebih laju, dia lebih layak bukan?


meniti hari hari selepas itu, hinggalah ke akhir hayat yasir, aku antara adik yang x berapa nak bergaul sembang dengan yasir.cuma ape yang aku ingat, yasir adalah abang yang paling rajin. ape yang mak suruh mesti die dulu yang nak buat.aku, sebagai adik bongsu, mestilah mendapat layanan sebagai raja bukan?


"sape nak tolong mak buatkan susu paet?" mak bertanya


"meh yasir buatkan" pantas yasir menjawab.


aku sengih sengih kat tepi.hihi.


masuk umur 4 tahun, keinginan aku untuk meneroka dunia luar semakin bergelora. abang abang aku semua dapat maen bola kat padang tepi masjid, tapi kawasan permainan aku hanya laman tepi rumah. keluar sikit pagar, nanti mak rotan.ketika itu yasir berumur 9tahun.


satu hari tu, yasir balik rumah terhencut hencut. baru lepas maen bola. 


"kenapa abang jalan macam tu?" tanyaku kehairanan.


"tadi abang jatuh maen bola.jangan bagitau mak tau, nanti abang belanje keropok durian" pinta yasir.


aku pon senyap jela.makin hari, makin teruk pulak cara yasir jalan aku tengok. aku x sampai hati nak bagitau mak sebab da janji dengan yasir.


dua minggu berlalu, yasir da x dapat nak sorok kesakitan yang dialami.kantoi dengan mak!


"yasir kenapa dengan kaki tu?" tanya mak sambil pegang kaki yasir.


"aritu jatuh maen bola....." yasir menjawab.


bengkak semakin besar, terus mak bawa pegi klinik.


mengikut cerita yang mak bagitau, kecederaan yang yasir alami sewaktu maen bola menyebabkan trauma pada tulang kaki.simpan pulak selama 2 minggu.menyebabkan darah x bergerak. punca utama berlakunya infection dari dalam.


bila di diagnose oleh pakar di hospital klang, yasir disahkan menghidap kanser tulang.sejak dari hari tu lah, kesana kemari mencari penawar. sampai ke pahang jauhnya.


yasir hanya terlantar di atas katil.bengkak di peha yasir meningkat dua kali ganda.sangat fragile.bila gerak sedikit terus berdarah.aku masih ingat sedikit gambaran kaki yasir masa tu. bengkak sampai nampak semua urat!


tiap bulan mesti tukar tilam.dek kerana tidak tahan bau hanyir darah yang keluar dari peha yasir tiap kali kakinya bergerak.tengah sakit begitu pun, solat tak tinggal.walaupun wudhuknya diambilkan orang.pernah sekali je aku tolong bawak mangkuk kecil berisi air untuk yasir berwudhuk.sekali lagi yasir menjadi guru.jangan tinggal solat walau dalam keadaan apa sekalipun.


7 januari 1995, yasir semakin nazak. terbaring diatas katil sambil dikelilingi mak, kakyong, kaknyah dan bibik. abah dan abang aku yang laen pegi pasaraya Giant untuk beli barang.kalau x silap waktu asar masa tu.


aku duduk di tepi pintu bilik sambil memerhati.semua orang menangis.aku pelik, tanpa perasaan.


"kenapa mak nangis......?" tanya aku.


"paet, yasir nak pergi dah...." mak menjawab dengan deraian airmata.


mak terus mendekati telinga yasir.mengajar yasir mengucap.4 kali syahadah.aku masih ingat.semuanya disahut yasir dengan sempurna.walaupun suara tersekat sekat.selepas syahadah yang terakhir, yasir terus pejam mata.....


husnul khatimah....


mak meminta aku menghubungi abah.masa tu aku da reti nak dial talipon.terus ke bimbit abah.


"abah cepat balik! yasir da mati......"


10 minit lepas tu, abah tiba dirumah, abah berlari sambil melepaskan semua plastik bag yang ada di tangan.handphone jatuh sekali.pecah berderai dilantai.


aku mengekor dari belakang.sampai dibilik, semuanya telah terlambat. abah tutupkan muka yasir dengan kain batik, sambil menahan sebak.


itulah memori terakhir aku dengan yasir.


selepas pemergian yasir, aku mendapat 4 orang adik baru. aku bukan lagi adik bongsu. sejak dari itu aku mula praktikkan apa yang diajar oleh yasir sepanjang hayatnya. 


kena pandai jaga adik adik, 


dan jangan tinggal solat.


bila kami sekeluarga ke kubur yasir di seksyen 21, shah alam, adik adik aku seakan tidak merasa pemergian yasir.mungkin kerana tidak hidup sekali dengan yasir.


sedang aku sibuk cabut rumput rumput liar yang tumbuh diatas kubur yasir, adik bongsu aku bertanya pada aku.


"paet, yasir ni hensem tak?"  tanya aqilah


"hensem......lagi hensem dari abang" sahut aku sambil tersenyum.


terima kasih abang Yasir!





Thursday, June 2, 2011

B.L.A.C.K.



lu orang kena tengok cerita ni.
laen dari yang laen.
bijak mandur bollywood buat filem.
kali ni xde joget joget.
xde seksi seksi.
xde lagu gelek.

cerita hidup seorang guru tanpa gaji, mengajar
seorang budak yang pekak dan buta.
selama 18 tahun.

jika belajar aphabet bermula dengan A B C D E.
tapi gadis ini bermula dengan huruf B L A C K.


penuh inspirasi.
gua yakin lu orang x akan rugi.

kalaulah gua dah jadi doktor........

macam mane dalam mase sehari gua bole update entri dua kali?

baru lepas study subjek pharmacology.gua menuju ke bilik, dengan niat untuk berehat sebentar. melayan cerekarama smallville season 7.belek belek handphone.ade new message.

"aslmlkm.faiz tlg study ubat baru mak.dr arif tukarkan dari BONKY.namanya PROTAXOS. 2g granule for oral suspencion.composition setiap sachet, 2g of strontium ranelate, 20mg of asparmate(E951).makan 1 sachet once daily.ubat ni dari France.ok"

mak gua hantar mesej.semacam berderau darah gua membacanya.dr arif seorang pakar tulang di shah alam. responsible dr untuk mak gua.kalau dr arif tukar ubat, means penyakit bertambah teruk.

BONKY khas utk merawat sakit lutut.dan sekarang tukar kepada PROTAXOS.KHAS UNTUK MERAWAT FRACTURE OF HIP AND VERTEBRAL BONE.dan drug of choice untuk sape sape yang patah tangan atau kaki.

gua sememangnya tau, kadar healing dikalangan postmenopausal women sangat rendah.sebab itu penyakit osteoporosis(tulang reput) yang mak alami agak sukar untuk heal.

tulang semakin reput bermakna mak perlu kurangkan bergerak.kurangkan buat kerja rumah yang berat berat. jangan basuh kain kalau x larat......

gua paling sedih kalau tengok mak solat berdiri.sakit sana sini tapi masih gagah nak bangun berdiri lepas sujud. islam ajarkan ruhsah(keringanan) dalam solat.jika x larat berdiri, duduk... mak lebih memilih untuk solat berdiri.semampu yang mungkin melakukan solat secara sempurna.walau di akhir akhir usia.

kuat rasa hati ini mengatakan mak akan pergi dulu sebelum abah.mak mengandung 11 kali. meninggal seorang. osteoporosis yang mak alami adalah kesan 11 kali menanggung beban bayi selama 9bulan. 9 darab 11 sama dengan 99 bulan.satu nombor yang cukup cantik untuk menggambarkan pengorbanan selama mengandung dan membesarkan anak.

adek beradek atas gua semua dah kerja.tapi x seorang pon jadi doktor. lecturer, banker, engineer, architecturer, dan sorang businessman.bukan gua x yakin dengan doktor malaysia. cuma chemistry ibu dan anak itu lebih membuatkan hati ini menyelami diri mak itu sendiri.

gua rasa sangat x puas hati.apsal la gua baru 3rd year as a medical student.ade baki 3 tahun lagi untuk jadi doktor.sempat ke gua balik untuk monitor penyakit mak tu..............?

Wednesday, June 1, 2011

AdindaEvans: musibah atau peluang?




nampaknya bukan orang dewasa saja giat berpolitik, tetapi yang di bangku sekolah pon berjaya menang undi! pertama sekali gua nak ucapkan tahniah kepada adinda evans kerana berjaya membuka mata belia di malaysia bahawa budaya lucah semakin diterima pakai oleh adat melayu.keduanya, gua mengecam tindakan adinda evans yang membuka pekung sendiri dengan mengisytiharkan sudah tiada dara.


Tindakan demikian jelas bukan sahaja berlawanan dengan undang-undang akal manusia tetapi juga melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama dan bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu. Perbuatan adinda, yang mengakibatkan jatuhnya maruah diri adalah perbuatan faahisyah (perbuatan keji) yang amat ditegah oleh Islam.


hanya berasaskan perasaan dan emosi, adinda evans telah berjaya memalukan diri sendiri.mungkin ada yang mengatakan cerita ini tidak betol, atau  entri 'tiada dara' dari blog adindaevans sengaja diadakan bagi menambah kesesakan traffic internet. atau merebut front row dalam keputusan carian topik terhangat di malaysia.mencari publisiti atau tidak, pokoknya Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengutuk umatnya dari membuka aib manusia.


1.musibah


timbul satu fitnah yang mana budak budak sekolah menengah sudah tidak boleh di'pakai',  atau sistem pendidikan sekolah menengah  sudah tidak selari dengan praktikal penuntutnya.maka dengan panduan emosi dan perasaan, remaja kalangan umur 13-17tahun cemerlang melakar dunia luar sekolah yang lebih memuaskan hati berbanding duduk dibangku sekolah, menjalani tarbiyah.


malaysia adalah negara yang mempunyai peratusan belia yang agak tinggi.maka kita boleh buat kesimpulan dimana pelanggan budaya hedonism(hiburan) juga tinggi.kalau dalam bidang ekonomi, rakyat yang ramai bererti punyai kuasa beli yang tinggi.maka ekonomi mudah untuk maju


jadi, kes terpencil seperti adindaevans ini berjaya meletakkan satu lukisan umum mengenai peribadi kaum remaja di malaysia. kuat main, kaki botol, bohsia sekolah dan bermacam lagi. 


dalam masa 4jam, blog adindaevans berjaya mengumpul 400followers baru. menarik sangat ke? yang belom romen pon sama bodoh nak memburukkan keadaan?


ape jadi dengan student uitm beromen? melayu telanjang? melayu main?melayu fuck? melayu bohsia? melayu boleh? atau budak temerloh? pergi sahaja ke youtube atau carian google, taip perkataan "melayu" atau "awek". secara automatik, pasti carian itu akan disusuli dengan perkataan lain berunsur seks.


gua bukan nak promote industri lucah malaysia, tapi gua nak katakan represi seksual masyarakat melayu semakin berkembang dengan buruknya! ternyata barat berjaya dengan misinya.sehingga telah hilang dara perlu diberitahu keseluruh dunia.persis selebriti!


2.peluang!


insan kerdil seperti adindaevans ni layak dibantu.fardhu kifayah! orang pertama yang mengetahui berita adindaevans sudah tiada dara sepatutnya menghalang dia dari menghebahkannya.perlu ada satu action untuk menutup blog adindaevans atau membuang entri yang panas itu..dan seterusnya mentarbiah secara perlahan lahan sesuai dengan kondisi adindaevans.


kita sebok merancang program untuk menyedarkan para remaja.sebok buat program jauhi zina, jangan buang bayi, namun bila hadir insan yang sepatutnya menjadi peserta program jauhi zina, kita tolak dia jauh jauh.


sampai bila lah objektif dan misi mendidik masyarakat akan berjaya bila hadir golongan ketiga yang hanya berperanan sebagai batu api dalam usaha dakwah. dalam islam, hanya ada dai'e(pendakwah) dan mad'u(sasaran dakwah).tiada yang ketiga! 


mungkin isu adindaevans boleh menjadi satu muhasabah buat mereka yang giat menjalankan program keremajaan.sejauh mana keberkesanan projek tarbiyah itu berjaya. post moterm yang paling bagos hadir dengan tindakan post program.tujuannya cuma satu, menjadi lebih baek.




tapi gua percaya, orang seperti adindaevans ni satu hari dia akan menjadi seorang individu yang hebat jika dia berjaya menemui simpang kedua.bererti jika hidayah Allah turun padanya, dia akan lebih resistant kepada ancaman 'bunga plastik' yang mana cantik dimata, namun harumnya tiada.


manusia terbaik tidak akan terbentuk jika tiada musibah.namun dengan musibah itulah hadirnya peluang untuk merubah.dari titik noktah kepada jalan menuju Jannah.buat adindaevans, percayalah!




notakaki: ini adalah pandangan peribadi penulis. perkataan yang agak lucah terpaksa digunakan bagi membuka mata golongan yang selesa dengan sopan santun budibahasa melayu. realiti masyarakat adalah satu cabaran buat kita tangani dengan bijaksana, bukan emosi.jika ada yang tidak suka, emelkan ke faiz022001@gmail.com. gua akan minta maaf secara peribadi.

Tuesday, May 24, 2011

ABIM ; BALADA SEBUAH GERAKAN ISLAM



Episod I

I.
Dipenghujung enam puluhan
Awan hitam menyelubungi tanah air
Walau langit mendung, cuacanya panas sekali.

Tragedi keruntuhan umat sedang mencapai puncaknya
Melayu, tuan sah pertiwi ini sedang dikebiri
Kemiskinan, kemunduran dan keterbelakangan, seakan
Memang layak menjadi warisan abadi bangsa
Kekurangajaran terhadap agama sudah pada tahap biadab
Islam, hanya dilihat sebagai tukang masak makanan halal
Orang yang diberi tumpangan dahulu, telah membina istana di halaman rumah
Membuat pemiliknya, rela dalam paksa, kembali jadi hamba
Para penguasa, sedang lena dalam pelukan budaya barat
Akhirnya, bermomentumkan kekalahan pilihan raya ‘69
Telah menyulut api dendam, yang
Memang menanti saat untuk dilampiaskan
Pertiwi lalu dibakar kerusuhan kaum.

II
Apabila krisis melanda umat
Pemuda akan bangkit menentang kemapanan
Penderitaana adalah kilang unggul mengeluarkan idealisma
Sepenanggungan mewujudkan kebersamaan yang padu
Kesengsaraan melahirkan pejuang-pejuang berani mati.

Bumi ini sungguh bertuah
Memiliki putra putri unggul, yang pandai
Menangkap detik-detik strategik dalam sejarah.

Dimotori PKPIM, dibidani Razali Nawawi
Tujuh belas Ogos tujuh puluh Satu
ABIM lahir dalam kancah prahara bangsa
Untuk menjadi juru bicara umat
Untuk menegakan keadilan dan kebenaran
untuk mengekalkan jati diri
untuk mendaulatkan Islam sebagai Cara Hidup

Kehadirannya,
Disambut cibiran penguasa
Dicemuh budak-budak sekular
Dilabel sebagai terjemahan rasa rendah diri Melayu, oleh
Sesetengah cendikiawan didikan barat.

Semuanya itu, tidak membuat mereka patah semangat
Apabila tekad dan semangat pengorbanan telah menyatu
Apabila gong perjuangan telah dicanangkan
Tiada lagi mundur bagi pahlawan
Biar darah terserak
Biar nyawa melayang
Perjuangan mesti diteruskan, hingga titisan darah yang terakhir
Biar mati berputih tulang, daripada hidup berputih mata.

Peristiwa ini, merupakan
Tonggak kebangkitan umat, yang
Layak dicatat dengan tinta emas oleh sejarah tanah air.

III
Di riba Anwar Ibrahim, ia membesar
Imbauannya, menyelusupi relung-relung sanubari umat
Panggilannya, disahuti oleh pelajar di kampus-kampus
Laungannya, bergema dari Bandar hingga ke tengah sawah
Barisannya semakin panjang dan menggerunkan
Semangatnya semakin kental
Keberadaannya, mulai dirasai menyengat kemapanan

Penguasa memang cenderung buta, pekak dan bisu
Jeritan-jeritan penanggungan bangsa yang dipekikan di mana-mana
Tidak sedikitpun menggugah nurani mereka
Akhirnya, ABIM menggerakan umat turun ke jalan-jalan
Badai ini telah menggegarkan tembok-tembok kekuasaan.

Kerisauan dengan kerusi-kerusi empuk akan patah
Membuat penguasa kehilangan kewarasannya, lalu
Anwar, Idris, Ramli dan rakan-rakan ditangkap
Kampus dijaga ketat
Rakyat dimomoki derhaka dan komunis.

Bagi pahlawan
Kematian adalah puncak nikmat sebuah jihad
Penjara, dinikmati sebagai kawah menggembleng kematangan
Penderitaan, ilustrasi memperindah lukisan keikhlasan.

Penahanan satria kebangkitan umat, ternyata
Tidak mampu mengendurkan daya juang
Api bantahan merebak di seluruh penjuru tanah air
Protes mengalir dari seantero dunia,
Penguasa telah terperangkap dalam kesalahan yang fatal
Akhirnya, tanpa syarat
Anwar, Idris, Ramli dan rakan-rakan terpaksa dibebaskan

Episod Dua

I
Menyedari realiti pola kekuasaan tanah air
ABIM menghantar hulubalang,
Mengukuhkan benteng Islam
Fadhil Nor, Nakhae’I dan rakan-rakan
Terjun bertarung di gelanggang demokrasi
Mencabar gergasi kemapanan
Mereka tewas oleh tipu helah yang penuh pengalaman.

Kegagalan bukan sempadan sebuah perjuangan, ia
Sebuah kemenangan yang tertangguh.

II
Seribu Sembilan ratus lapan puluh dua, mencatat
Krisis mengerikan dalam lembaran perjuangannya.

Anwar berijtihad
Tidak satu jalan ke Istambul, lalu ia
Mengalih gelanggang idealismanya.

Badai fitnah menerpa dari segala penjuru
ABIM telah murtad dari perjuangannya
ABIM mengkhianati pengharapan umat
ABIM pahlawan gadungan
ABIM sedang menunggu saat untuk ditalqinkan
ABIM, ABIM, ABIM lalu dipalitkan seribu dosa.

III
Dalam kemelut yang sangat meruncing inilah,
Tampil Sidiq Fadil, mewarisi bahtera oleng.

Ternyata mendepani musuh lebih mudah dari pada
Meyakinkan sahabat yang kehilangan kepercayaan
Meyakinkan penyokong yang tenggelam dalam kekecewaan
Meyakinkan simpatisan yang hanyut oleh kehampaan.

ABIM, bukan milik Anwar Ibrahim
ABIM, wadah perjuangan nurani umat
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Apabila mendepani cabaran
Tarbiyyah gembelengan ABIM
Membuktikan keunggulan kualitinya
Sidiq Fadil, Berjaya menyelamatkan bahtera ABIM, dari pada
Tenggelam diamuk gelombang kehancuran.

IV
Kemunculan Mahathir sebagai Perdana Menteri, yang
Membawa Anwar ke dalam arus perdana
Mulai meniupkan angin segar
Penerapan Nilai-Nilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan
Bersih Cekap dan Amanah
Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa, seakan-akan
Sebahagian kecil jawaban ke atas hasrat umat.

Moto perjuangan lalu dianjak, dari era Menghentak Meja, ke pada
Era Penyertaan Kritis yang Membangun
Semboyan Mengakar dan Merimbun jadi buah bibir
ABIM, berjaya keluar dari kemelut keruntuhannya.

Sungguh aneh dan susah untuk difahami
Sidiq Fadil malah menyerahkan tongkat komando
Kepada Muhammad Nur Manuty, wal hal
Kepimpinannya telah meletakan ABIM di puncak
Karismanya sedang mempesona jamaah, rupanya
Begitulah kecemerlangan tarbiyyah kepimpinan ABIM.

V
Dekad Sembilan puluhan
ABIM mulai menunjukan belangnya di arena antara bangsa
Naluri pejuangnya mendengar rintihan dari beribu batu
Dengan sigap dan tangkas
ABIM terjun ke kancah-kancah pembantaian umat
Berhempas pulas melobi dari forum ke forum
Akhirnya, Mahathir menjadi “Naga Bosnia”.

VI
Di penghujung kurun ke dua puluh ini
Cabaran ternyata semakin menggila dan ganas.

Api materialisma sedang membakar jati diri bangsa, malah tergamak
Menjadikan kepimpinan komoditi perdagangan, maka
Lembaga kepimpinan, telah dianjak menjadi sebuah syarikat
Semuanya akan diukur dengan neraca ringgit dan sen
Bisa dibayangkan, bala apa yang akan menimpa umat.

Pelecehan terhadap agama menerkam dari kota ke desa, maka
Berceceranlah bayi-bayi ditepi longkang dan bendang
Kalau akal sendiri telah dibunuh oleh dadah dan ketagihan
Manusia jenis apa sebenarnya yang menghuni bumi ini.

Demi yang namanya kemajuan dan pertumbuhan ekonomi
Kalangan korporat berpakat dengan sesetengah penguasa
Untuk merompak tanah rakyat,
Untuk memperkosa alam semulajadi, dan bagi mereka
Mendedahkan aurat wanita untuk melariskan perniagaan, halal-halal saja.

Menyedari, peritnya melecut etos kerja bangsa
Jalan pintas menswastakan segala-galanya ditempuh
Kalau universiti boleh diswastakan, kenapa tidak sekolah rendah
Satu hari nanti, aka ada iklan, dicari ; seorang Perdana Menteri
Kecemerlangan institusi, rupanya hanya layak dimiliki oleh swasta.

Ibu bapa mencampakan anak-anaknya kepada orang gaji
Demi perburuan keseronokan yang dikejar bagai orang kesurupan
Bermati-matian demi anak-anak, hanya helah pemanis bibir, sedangkan
Ibubapanya mereka penjarakan di rumah orang tua, inilah bahana
Wabak ‘keakuan’ yang sangat mencabar akidah dan syariah.

VII
Era centang perenang inilah, yang
Mesti digelumangi Muhammad Nur Manuty
Pertarungan dahsyat sedang berlangsung.

Wahai pelopor, pemimpin dan pendukung kebangkitan, sebenarnya
Mala petaka hari ini jauh lebih dahsyat daripada era tujuh puluhan
Jangan biarkan Muhammad Nur Manuty menghadang badai bersendirian
Marilah kita sekali lagi memukul genderang jihad, kalau
Kita gagal menangani bencana yang bermaharajalela sekarang
Hampir boleh dipastikan, tidak lama lagi pertiwi akan kiamat.

Borneo Menggugat
Seremban, Julai 1996

sejarah ABIM 1971-1996