Monday, July 11, 2011

Mahasiswa, AUKU dan PRU13


Beberapa ketika dahulu dunia aktivisme kemahasiswaan diberi nafas kembali apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan agar mahasiswa kembali diberi ruang melibatkan diri dalam politik.

Beliau berkata, masanya telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik.

Namun percanggahan cadangan ini dengan peraturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti menjadikan mahasiswa terus pesimis dengan cadangan-cadangan selepas daripada itu yang dikeluarkan oleh Menteri berkenaan.

Tambahan pula dengan lontaran idea yang hanya dibiar sepi oleh pihak Kementerian selepas ianya diperbincangkan oleh semua pihak, akhirnya cadangan ini senyap begitu sahaja.

Dalam hal ini, terdapat dua persoalan penting yang harus kita rungkaikan. Pertama, bagaimana ruang lingkup berpolitik yang perlu difahami oleh mahasiswa? 

Perkara asas yang perlu difahami oleh mahasiswa ialah mahasiswa adalah suatu entiti di dalam masyarakat yang pada hakikatnya mempunyai kewarganegaraan yang sah seperti rakyat Malaysia yang lain.

Lalu, di atas asas ini kita memahami bahawa mahasiswa juga adalah rakyat di mana hak sivil seperti bersuara, mengemukakan pendapat, memberi cadangan dan lain-lain adalah dijamin oleh perlembagaan. Hak ini diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia serta tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Sebagai kelompok intelektual dalam masyarakat, aksi berpolitik mahasiswa tidaklah sama seperti masyarakat biasa.

Kelebihan daya intelektual ini memberikan mahasiswa keupayaan untuk melihat negara dengan pandang sisi yang tersendiri. Idea kelompok mahasiswa adalah 'genuine' atau asli yang menjadikan mahasiswa tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh politik kepartian.
Oleh sebab itu, prinsip 'non partisan' menjadi teras penglibatan mahasiswa dalam politik tanah air.

Selain itu, mahasiswa juga dikelompokkan di dalam kelompok masyarakat sivil. Di dalam sesebuah negara yang mengimpikan keadaan politik yang stabil, masyarakat sivil berfungsi menjadi agen semak imbang kepada negara.

Mahasiswa bebas memberi cadangan dan mengkritik secara konstruktif berbekalkan nilai-nilai akademik yang digariskan. Salah faham sesetengah pihak di dalam hal ini ialah, apabila mahasiswa mengkritik maka mereka dilabel 'anti-establishment' dan dianggap mahu menjatuhkan kerajaan.

Oleh itu, aksi-aksi politik mahasiswa harus ditanggapi dengan cermat, jangan sampai seluruh anak muda protes terhadap politik negara.

Persoalan kedua, apakah AUKU itu sendiri menjadi 'root cause' atau masalah pokok yang mengekang aktivisme mahasiswa di dalam politik?

Jawapannya adalah ya.
AUKU itu sendiri dicipta atas tujuan yang tidak baik atau disebut sebagai 'mala fide'. Penggubalan AUKU adalah bertujuan bagi menyekat maraan gerakan mahasiswa bertitik tolak daripada beberapa peristiwa.

Antaranya, seperti pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihanraya Umum ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969, demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pd 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan.

Terkejut?

Baru-baru ini saya melihat gambar di dalam laman sosial Facebook Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, di dalam slaid pembentangan oleh bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) menggariskan poin bahawa AUKU berjaya mengekang kegiatan pelajar yang bertentangan dengan dasar universiti dan kerajaan.
Beliau dalam slaid tersebut juga berpendapat gerakan pelajar ini tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menggugat keselamatan serta menjatuhkan kerajaan.

Mahasiswa, AUKU dan PRU13.nilai sendiri.

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0: what are we really fighting for

many have bark.
but do they know wahat are they barking for?
lets reveal the truth.


then, lets judge.

Thursday, July 7, 2011

HUKUM BERDEMONSTRASI : 12 HUJAH KUAT





Berhimpun dan mengadakan demonstrasi, menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syarak untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran.Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran. Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka.


Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus. Tetapi jika dirujuk kepada "Maqasid al Syaria’ah" ia boleh menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran.

Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu cara yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat. Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.

Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyata dan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya.

Suara dan teriakkan ribuan para demonstran di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pastikan akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan kekuatan umat membanteras kejahatan. Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral; malah ia adalah syiar agama.

Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hari raya dan menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunat pun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis keramaian orang-orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini. Sama ada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka. 





KEPENTINGAN DAN KEABSAHAN DEMONSTRASI

Memandangkan masih ramai kalangan masyarakat yang kurang arif dan keliru terhadap pandangan agama Islam terhadap demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunnah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan :


Pertama : Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan

Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman.

Kaum Quraishy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Para Sahabat Rasulullah yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang dikepalai oleh Hamzah dan Umar Al Khattab. Baginda tidak melarang perbuatan mereka.

Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.




Kedua : Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran

Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakyat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan sama ada dengan kuasa mahupun dengan yang lain. Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemungkaran itu dilakukan dengan hati ( dan itu adalah selemah-lemah iman). 

Rasulullah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu. Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman.

Ibnu Hajar dalam kitab beliau "Fathu al Bari" mengatakan : Wajib melaksanakan amar ma’ruf bagi yang berupaya meskipun ia mungkin berbaur maksiat. 

Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amar makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amar makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma’ruf. Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu.




Ketiga : Demonstrasi Mempamerkan Kekuatan Umat Islam 

Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah SAW pernah keluar bersama Para Sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara, kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan Para Sahabat Baginda.

Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum Muslimin keluar beramai-ramai setelah Umar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Hamzah RA dan satu lagi diketuai oleh Umar.

Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran). Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.

Di mana di (riwayatkan) Saidina Umar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipihak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati? Bahkan, jawab Rasulullah. Kamu di pihak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri.

Lalu kami keluar bersama Baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegar dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi :

Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kekecewaan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah memberi nama jolokan kepadaku sebagai Umar Al Faaruq. Kerana Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan, dengan (pengislaman) diriku. (Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59)


Keempat : Semangat Perundangan Islam Membenarkannya

Syariat Islam banyak mengandungi syi’ar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dan dakwah Islam itu sendiri. Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah SAW sendiri memerintahkan agar kaum wanita samaada yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri tempat solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan :

"Mereka hendaklah melihat(meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum Muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syi’ar syi’ar Islam".

Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sebalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamerkan kekuatan umat. Sebab itu Baginda SAW pernah berkata kepada Usamah RA, "Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa’.



Kelima : Demonstrasi Pada Asasnya Adalah Harus 

Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah ; "Al Asl fi al Wasaail al Ibahah" (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus).

Oleh itu, kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid. Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman, mendedahkan kejahatan golongan tirani. meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan. Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat.





Keenam : Demonstrasi Memperkasa Dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani

Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perangai buruk jiran tetangganya (sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran). Baginda berkata kepadanya; "Keluarkan barang rumahmu ke luar rumah". Dia-pun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya. Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya.

Maka orang yang lalu lalang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah SAW. Rasulullah bertanya, "apa masaalah saudara? Dia menceritakan kepada Baginda bahawa orang ramai mengutuknya.

Baginda menjawab, "Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda". Orang itu menjawab, "Kalau begitu aku bertaubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku". Ia pulang menemui jiranya dengan berkata, "Angkatlah barangan masuk ke rumah semula, saya berjanji tidak akan menyakiti saudara lagi".

Al Bazzar ada meriwayatkan hadith seperti ini dengan status sanad-nya sebagai "Hasan".‏




Ketujuh : Demonstrasi Dalam Zaman Moden Ini Adalah Sebahagian Daripada Wasilah Perjuangan

Media informasi, samada tulisan, imej, video, demontrasi dan sebagainya adalah sebahagian daripada "kempen" "raya" untuk memenangkan sesuatu agenda perjuangan atau peperangan. Sebab itu kalau kita meneliti gerak kerja Zionist dalam hal ini kita akan dapati betapa gerakan mereka begitu rapi, banyak dan berpengaruh untuk menjuarai perjuangan mereka. Peperangan media begitu gencar sekarang terhadap umat Islam.

Informasi Barat, Amerika khasnya sengaja menggelapkan berita berita kebangkitan dan demonstrasi orang Islam menentang penindasan mereka, kecuali berita yang membayangkan keburukan dan kemunduran Islam maka itu akan mereka paparkan seluas-luasnya .
Penampilan media mereka sampai kepada pembuat keputusan dan pengendali kuasa politik umat, Mereka sedar betapa seriusnya peranan informasi termasuk demonstrasi dalam menggegarkan sendi pemerintahan diktator dan penguasa yang zalim di dunia ini. Massa rakyat akan segera menyahut dan bertindak atas kebejatan mereka.

Ia adalah permulaan kepada kesedaran yang akan meniupkan semangat perjuangan umat. Kalaulah tidak kerana kesedaran pihak tertentu tentang peranan demonstrasi ini dalam menggerakkan dan menimbulkan kesedaran massa sudah pasti mereka tidak akan merubah sikap atau sudah pasti golongan penzalim tidak akan mengurangkan kezalimannya kerana adanya demo-demo menentang kezaliman mereka.

Umat Islam tidak kurang memiliki kesedaran seperti ini. Mereka tidak sepatutnya tinggal diam seribu bahasa membiarkan kejahatan dan kezaliman berlaku terus menerus terhadap diri dan rakyat. Mereka wajar tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam berbagai bidang hidup demi kesejahteraan bangsa dan keselamatan negara mereka.

Rasulullah bersabda, maksudnya "Orang muslim adalah saudara orang muslim yang lain. Ia tidak wajar menyerahkan orang muslim yang lain (untuk dizalimi) atau membiarkannya (dizalimi)” Prinsip ini juga berlaku terhadap sesama manusia dan sesama warga negara".



Kelapan : Kalau Ada Fatwa Yang Mengharamkan Demonstrasi Maka Ia tunduk Kepada Perubahan Keadaan

Namun ada juga segelintir yang terpengaruh dengan fatwa kumpulan tertentu yang mengharamkan perbuatan demonstrasi kerana terpengaruh dengan pendapat syaikh mereka yang agak terhad pemikiran mereka. Terhadap golongan ini mereka wajar bertaqwa kepada Allah.

Mereka tidak harus terbelenggu dalam minda terhad Syaikh-Syaikh mereka. Mereka tidak sepatutnya mengikut – begitu sahaja - secara membuta tuli. Yang benar atau al haq lebih wajar dipatuhi berbanding figure atau orang tertentu; betapa-pun besarnya mertabat orang berkenaan. Para Syaikh yang baik itu mungkin terpengaruh pada isu dan masa tertentu.

Manakala latar belakang isu berkenaan telah berubah dan tidak wujud lagi sekarang. Fiqh leluhur silam atau Fiqh Salafi sentiasa dinamis menurut keperluan dan tuntutan lingkungan. Sebab itu fatwa mereka boleh berubah dengan perubahan situasi. Kalau Salafi difahamkan sebagai period masa lampau maka dia telah berlalu dengan ciri khasnya. Kalau al Salafi itu dihubungkaitkan dengan Manhaj atau method maka tentulah ia manhaj yang responsif terhadap perubahan lingkungan dan zaman. Kini adalah zaman ilmu dan akal.

Sesungguhnya menurut Rasulullah adalah selaras dengan tuntutan kontemprori atau Al Mu’asarah yang didambakan oleh orang sekarang. Manhaj yang baik ialah manhaj yang sentiasa responsif dengan bijak terhadap perkembangan situasi dan kondisi semasa. Ia bukan manhaj yang beku dan statik.



Kesembilan : Hujjah Amalan Para Ulama 

Sepanjangan sejarah para alim ulama ramai yang telah meluahkan perasaan dan pandangan mereka melalui demontrasi aman tanpa dipersalahkan oleh ulama yang muktabar. Di Kuwait, algeria, Mesir dan Syam.

Ulama seperti Rashid Redha RA pernah turut berdemo untuk mengeluarkan penjajah Perancis dari tanah air mereka. Ulama Azhar pernah keluar beramai-ramai berdemo menentang penjajah Inggeris pada tahun 1919 dan baru baru ini menentang regim tirani di Mesir. Tiada seorang ulama pun mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Malah Sami Budha Burma pun turut tampil berdemo untuk menuntut keadilan dan demokrasi dalam Negara mereka.




Kesepuluh : Demonstrasi Parameter Denyutan Keperihatinan Massa 

Tunjuk perasaan aman adalah petanda hidupnya keperihatinan massa rakyat; baik kafir mahupun Muslim pada zaman ini. Kita tidak akan dapat mengesan pandangan rakyat terhadap golongan atau parti yang memimpin mereka yang memerintah dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan kepentingan rakyat melainkan dengan gerakan massa seperti ini yang mendedahkan golongan mana yang tidak setuju dan golongan mana pula yang bersekongkol.

Demonstrasi aman seperti ini bukan perkara baru dalam sebuah negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain. Dalam Negara tersebut semua jentera negara – termasuk polis dan pegawai trafik - memberi laluan, kerjasama dan melindungi para penunjuk perasaan aman berkenaan.





Kesebelas : Hasil Demonstrasi Ialah Umat Berjaya Mengatasi Sebahagian Kemusykilan Hidup Mereka 

Demonstrasi besar-besaran di berbagai pelusuk dunia telah menghasilkan buahnya yang positif di beberapa buah negara sepanjang sejarah. Yang terakhir ialah dapat kita lihat kejayaan demonstrasi rakyat Afrika selatan sehingga berhasil memerdekakan negara mereka.

Di Indonesia rakyat berjaya meruntuhkan kekuasaan Suharto yang korup dan digantikan dengan pemerintahan era reformasi golongan Orde Baru. Di Yugoslovia rakyat yang berdemonstrasi secara besar-besaran berjaya menjatuhkan Slobodan Milosonich dan mengembalikan maruah dan kehurmatan bangsa mereka dari dilumuri kehinaan dan kebejatan regim yang korup. Malah dalam banyak lagi negara negara lain kita melihat kejayaan demonstrasi rakyat mengubah nasib mereka; samada sebahagian atau keseluruhan sosok dan wajah kehidupan mereka.




Keduabelas : Demonstrasi Perlu Demi Mempertahankan Kebenaran Di Samping Menentang Kebatilan & Kezaliman 

Keluar beramai-ramai menobatkan kebenaran, menumpaskan kebatilan adalah suatu hak yang sah. Amalan ini juga diperakukan oleh Allah untuk menunjukkan penentangan serta penolakan terhadap amalan munkar.
Sebab itu Allah memerintahkan agar perlaksanaan hudud diperlihatkan kepada segolongan orang ramai.

Allah juga memerintahkan supaya umat keluar beramai-ramai menyambut hari raya, bahkan Baginda Rasulullah menggesa rakyat agar ikut serta mengucapkan pamitan kepada rombongan mujahid dan pejuang Islam yang akan bergerak ke medan tempur atau menyambut kepulangan mereka ketika mereka kembali dari medan perjuangan.

Baginda pernah mempamerkan kekuatan dan kehebatan ketumbukan tentera Islam kepada Abu Sufian agar dia tidak berani bertempur dengan ketumbukan berkenaan. Sebelum itupun Rasulullah pernah menyuruh umat Islam yang menunaikan tawaf di Mekah agar melakukannya dengan tangkas, berlari anak sambil mendedahkan bahagian bahu dan lengan (Kaedah al Raml dalam tawaf) sebagai petanda keperwiraan umat Islam untuk berjuang .

Perincian perkara ini boleh dirujuk dalam huraian mengenai bab Haji atau Umrah. Seandainya kita semua – sebagai bangsa dan rakyat yang merdeka - enggan melahirkan sikap penentangan kita terhadap kejahatan, penipuan, rasuah dan kezaliman yang berlaku serta tindakan pengkhianatan dan menghakis kemerdekaan dan maruah umat yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu; dengan cara yang berkesan maka apakah lagi yang ada dari sifat kejantanan dan dakwaan kemerdekaan kita sebagai umat yang bermaruah?

Jelas daripada hujah di atas bahawa melahirkan sikap dan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman adalah suatu yang dibenarkan dalam Islam; bahkan pernah diamalkan oleh para leluhur di zaman silam dan malah menjadi amalan bangsa-bangsa yang bertamadun, bermaruah dan merdeka.

Semoga Allah memberikan kita semua keyakinan dan keberanian untuk merubah nasib umat dan rakyat. Semoga bangsa, warga dan rakyat Malaysia amnya bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.


Oleh : Ustaz Abdul Ghani Samsudin
sumber : tarbawi.my

Thursday, June 23, 2011

har dil jo pyar karega~!

semalam mase gua take nap after maghrib, gua mimpi masuk ke dunia 60-an.serius hitam putih punyer gambar beb.mimpi biase je.cume back to 60's la keadaan die.siap ade nyanyian lagu A Ramlie-kenangan mengusik jiwa.

tibe tibe gua terjage.baem ajak makan dinner.celik mata je, gua pelik, apsal lagu A Ramlie tadi masih berkumandang.kelihatan roommate gua sedang online fesbuk.rupanya mat pudin pasang lagu 60's!!! haram jadah masuk dalam mimpi gua.......

seakan gua nak tukar dinner gua daripada makan nasik kepada makan mat pudin.

pagi ni pulak, after subuh prayer, gua gagahkan diri untuk abeskan review subject pathology under topik cardiac and disease of the alimentary canal.cukop 3jam, gua sambung tido.tapi kali ni mimpi biase jela.cume yang uniknye, 3 saat sebelom gua bangon dari tidur untuk solat zohor, termasuk dalam keinginan gua untuk dengar lagu hindustan, Har Dil Jo Pyar Karega.

2-3 hari ni berlaku macam macam perkara yang tibe tibe datang tak tentu pasal. all of sudden, datang job yang perlu gua selesaikan.tanpa perancangan.perlu siap, segera. gerak kerja tamrin, short note on pathology subjects, meeting persatuan as a penasihat and bermacam lagi.

ya Allah, moga ini latihan menjadi comrad di medan jihad.

moga gua tidak cepat mengeluh.

dan moga lagu Har Dil Jo Pyar Karega menjadi teman dikala gua resah. tiada rugi berjiwang dengan diri sendiri.kasi haoliang punya!




Wednesday, June 22, 2011

V for Vendetta: Guy Fawkes in Egypt










v-for-vendetta260pix.jpg


• Wael Khairy in Cairo 

During the revolution Egyptians referenced "V for Vendetta" more frequently than any other work of art. Protestors held up signs that read "Remember, remember the 25 of January." On the internet, Photoshop was used to alter Pharaoh Tout Ankh Amoun's face into a Fawkes smile.

Sarah Abdel Rahman, an activist who ended up on TIME magazine's cover page during the revolution referred to scenes from the film when I discussed the revolution with her. Guy Fawkes' bumper stickers are stuck on the back windows of dozens of cars driving through Cairo traffic; his mask painted red, white and black resembling the Egyptian flag. The list goes on and on, there's no doubt about it, in 2011 "V for Vendetta" stirred up as much conversations in Egypt as when it first spread controversy the day it was released here.

The controversy back then was one that split opinions between critics and film fans alike. Does the film promote terrorism? Is V a terrorist or a freedom fighter? By definition a terrorist is one of two things:

1. a person, usually a member of a group, who uses or advocates terrorism
2. a person who terrorizes or frightens others

V does blow up buildings, but they're usually empty after the curfew and he does kill policemen when they attack him. V is not a typical terrorist, for he terrorizes a group that uses terror to rule the masses. By definition the government portrayed in the picture could be considered terrorists as well for they are a group that "frightens others". The only difference is V could also be considered a freedom fighter. The same can't be said about the members of the British government in the film.

"People should not be afraid of their governments, governments should be afraid of their people." was tweeted endlessly during the revolution, even though I fully disagree with what it says. Fear should not be the driving factor behind anything. In fact, a government should be at peace with its people and vice versa. In other words, there has to be a mutual aspect between governments and their people and it shouldn't be fear by rather a mutual understanding. But this isn't why I decided to write about the film. For a film that better understands this material, I recommend the superior "The Battle of Algiers". Granted the constant referring drove me to revisit "V for Vendetta" and when I did, it wasn't the controversy or the dozens of similarities between both the previous Egyptian regime and the government in the film that caught my attention. I decided to write about how the film delivers its message visually.

James McTeigue's "V for Vendetta" starts with black and white opening credits. The human eye automatically associates black and white with old. Intense military music plays in the background and the images have aged markings on them like they belong to an old film reel. These credits resemble old footage of Nazi propaganda films which plays a major role in this film as historical context is one of its themes.

A narrated voice then transported to the 17th century, 1605 A.D. to be specific. We are introduced to man by the name of Guy Fawkes. He tried to blow up the house of parliaments on November the 5th of that year. Visually we know we're witnessing the story narrated through the costume designs of a period hundreds of years old.

Fawkes is caught and he's about to be executed in front of the public. We get a high angle shot of an angry crowd waving their fists into the air. The fact that the shot was angled from above helps the viewer look down at these people both literally and figuratively.

v_for_vendetta_17th_century_mob.jpg
v_for_vendetta_hanging.jpg
v_for_vednetta_tear.jpg

Fawkes is wearing a white shirt symbolizing his innocence. As the noose is tied around his neck, he searches for a loved one, the only sad person in a sea of angry people. When we finally see her, the shot isn't set up from a high angle suggesting she's the only righteous person there. We then get an extreme close-up of her eyes as a tear slides down her cheek. The use of a close-up is very relevant as it demands and evokes an emotional response from the audience.

The man gets hanged and the camera moves slowly from his head to his struggling body all the way to his feet dangling in the air. As the camera moves down, the figure rises within the frame symbolically expressing a dying man rising to the heavens.

v_for_vendetta_logo_fire.jpg

This is considered the prologue of the story as it all happens before the title flashes on the screen. A large V sign lights up the screen, it references two culturally significant signs, the anarchist A symbol and the Z from Zorro. Both of which are very anti-establishment. This sign is hammered to the viewer throughout the picture both subliminally and consciously.

After the title flashes before the screen we are transported to contemporary times. Through careful editing inspired by Eisenstein's theory of montage, we witness two intersecting parallel scenes carefully edited together. They complement one another and eventually both subjects merge within the same frame. V puts on his mask and we cut to Evie (Natalie Portman) stands in front of a mirror. She puts on her make-up. When she switches off her TV, he does too. The mirroring actions suggest that both are heading towards the same path. When their paths finally meet, V saves her from brutal government officers attempting to rape her.

v_for_vendetta_V-saves_evie.jpg
v_for_vendetta_tv_speech.jpg

A similar montage can be seen after V saves her from the rapists. After they are set apart, Evie goes to work which just happens to be where V is trying to broadcast a message to the country on live TV. The montage sequence mirrors and reflects the previous one with matching close-ups. Only this time when their paths meet again, it's Evie who saves V.

More mirroring shots occur throughout the picture. Not all of them are between V and Evie. The shots of V talking on TV reflect the ones of the Chancellor addressing the nation. However, both were intentionally captured differently. When V addresses the nation, he speaks eloquently and the screen is clean and well balanced. Yet, when the Chancellor orders his people around, the shots are extreme close-ups displaying his wrinkles and worn out face which symbolizes the old and flawed regime he commands. Also, his shots are often shown from a lower angle meaning the camera was looking up at the subject. This was probably intended to give his menacing presence a sense of power and importance.

v_for_vendetta_chancellor_tv.jpg

As mentioned before, one of the themes of "V for Vendetta" is historical context. The Chancellor is portrayed similarly to Hitler, and his actions that of the Holocaust. These connotations are presented through carefully designed shots that resemble photographs of that era.

There's also the whole concept of the government officials walking around with a badge that has a symbolic sign on it representing their regime. Costumes play an important factor in this film. Besides the military uniforms, there's the whole concept of V's mask. Early on in the picture, V mentions that the man behind the mask doesn't matter; it's the idea he tries to inject to his followers that is most important. Another clever use of costume design is when Natalie Portman is dressed as a school girl cheerleader visiting a child molesting priest. It is quite clear that Evie is a full grown woman but with through a single costume all is forgotten. Thoughts of pedophilia and sexual abuse are bound to enter the viewer's mind.

v_for_vednetta_priest_evie.jpg

The priest brings back the whole mask concept. Because the priest only seems like a man of God on the outside but from the inside he's nothing but a child molester. In other words like V, the priests is wearing a mask only underneath he's hiding a much uglier soul. His disrespect for his religion is further noted upon when V enters the room to save Evie from another rape attempt. The priest reaches for his gun, which is hidden in none other than the bible.

v_for_vendetta_shaving_hair.jpg

A more pleasant religious reference is after Evie discovers V was the one imprisoning and torturing her to help overcome her fears. She walks out on the roof and stands in the rain. From this moment on, she's reborn, the rain symbolizes her baptism. We also get a flash of V's rebirth only instead of water it was fire that gave birth to a new man.

v_for_vendetta_evie_rain.jpg
v_for_vendetta_freedom_flames.jpg

Other memorable scenes include the sequence where we get a glimpse of Evie's childhood. In that scene we witness as her mother is brutally beaten and gets arrested while she hides under the bed. The scene mirrors another as she watches a father like figure get beaten and arrested.

As one can clearly see, most shots in "V for Vendetta" are either close-ups, extreme-close-ups, medium shots, some two shots and three shots but rarely any wide shots. I suspect this was also intentional as most scenes take place behind bars, within brick walls of a prison cell, in rooms cramped with people. These scenes evoke a sense of claustrophobia or oppression which is what the government enforces upon its people in the film. However, after V liberates his people, we get a variety of beautifully photographed wide shots. The viewer is no longer trapped within the boundaries of the frames as the director and cinematographer liberate the audience's eyes to deep focus wide shots. V achieves what Fawkes failed to do hundreds of years ago, and at last everyone takes of their masks. Through the collective work of editors, costume designers, musical composers, cinematographer and the director we are presented with a perfect cinematically example of consistent mise-en-scene to visually express the core of the film's message, freedom and liberation.

v_for_vendetta_crowd_masks.jpg
v_for_vendetta_big_ben_explodes.jpg
v_for_vendetta_parliament_explosion.jpg

When I marched in Tahrir, I felt a similar sense of unity, the sense of unity can't be described properly in words. You become part of this huge body with a single cause. The roar of the crowds alone spreads goosebumps all over your skin, you look around you and see strangers but for the time being they're your family. You help those in need and they help you, you protect them and they protect you, there's nothing quite like experiencing the same event in masses. It's why we enjoy crowded parties, go the movies in theaters and so on. We tend to be more at ease when embarking on the same incident. So when I watched as thousands marched towards the house of parliaments, all these feelings came back to me. It's a shame it had to end with a beautiful building exploding. Perhaps the V masked people should've continued marching into the building and taken over using foothold. After all, peaceful revolutions can be successful.