Saturday, May 14, 2011

semangat intifada!




:
:
:
:
:
:
:


dalam sibuk sibuk nak buat preparation ke final exam,
sibuk lagi kawan kawan gua nak pegi intifada ke-3 di medan tahrir.
maka, dengan semangat ingin tahu, bercampur perasaan tak tahu,
gua pandu hati ke medan tahrir.

cerita ke medan tahrir agam suram, muram sambutannya berbanding bermain boling di IBC( international bowling centre cairo), ataupon pergi menonton wayang bersama mati ijo di city star cairo.
bangun pagi dengan semangat, terus gua text zarep "jam berapa ke medan tahrir......?"

biasanya, zarep yang ku kenal x reti reply mesej.tapi gua cuba juga.semangat intifada.

zarep reply dengan call "kau nak pegi siap cepat, bas 926 x banyak arini, silap silap kena sekat odw ke tahrir nanti"

"kumpul dimana?" gua sahut.

trip kali ini gua rasa memang adventure gila.x naek motor habaq hang.macam nak pegi perang!
baru 2 minit tunggu bus, dah jenguk keluar kepala, "mana bus ni!"
almaklum, 8bulan x naek bus.layan rempit je.haha.



sampai di ramses(macam KL Sentral), kami decide untuk naek train ke stesen sadat, betul betul bawah medan tahrir.egypt ni bole tahan maju subway die, da siap bole buat buku pasal kehidupan di alam subway. x nampak dunia, hanya bising bising roda keretapi.

keluar pintu stesen, terus gua nampak mende ni....






semangat gila habaq hang! budak ni gua rase umur lingkungan 6-7tahun, sedang bagi ceramah umum mengenai kesedaran perjuangan palestin. kalau gua, ketaq lutut woo nak cakap macam tu!

pusing punya pusing, gua tekad nak tahu apa cerita sebenar perhimpunan hari ini.
sambil sambil  shoot gambar, dapat jugak gua sembang sikit dengan budak arab yang tiba tiba salam dengan gua.

katanya....

sebenarnye, hari ini adalah hari pertama perhimpunan intifada ke-3, dengan misi mengumpulkan seberapa ramai aktivis untuk memecahkan sekatan israel keatas penduduk palestin.
misi pengumpulan tiga hari ini akan berakhir dengan berpuluh puluh bus percuma yang akan membawa aktivis aktivis ke sempadan Rafah di palestin.

disitu, aktivis akan cuba memecahkan tembok penghalang ke palestin agar bantuan dapat disalurkan. bagi gua, cerita intifada kali ini sangat menarik minat gua untuk menyertainya.lebih efisien dari kempen kempen kesedaran perjuangan umat palestin yang dijalankan secara berseminar atau dalam bentuk yang laen. drastiknya kali ini, mereka berhimpun, dan terus ke sempadan Rafah. menunjukkan action speaks louder than words!


sepanjang kempen tiga hari ini juga, ada juga perkara luar biasa yang cuba dilakukan penganjur program ini.bayangkan, mereka cuba mengumpulkan sejuta orang untuk solat subuh berjemaah di Masjid Nur berhadapan dengan university Ainshams.salute beb! gua je x sempat nak pegi ;p haha

"jika mahu menilai kehebatan umat islam pada hari ini, lihat lah pada solat subuh berjamaah di masjid.berapa orang yang hadir melakukannya" ,kata seorang aktivis yang menjemput gua ke event itu.

selaen perhimpunan intifada, ada juga perhimpunan untuk menjelaskan kedudukan sebenar konflik antara islam dan kristian di mesir.

macam macam cerita klaka ade.

terjumpa reporter tv3 yang tersesat transit kat mesir.bapak menipu gile.

menarik tumpuan umum dengan bendera malaysia.serupa amareka. demo amarika boh! haha










bendera malaysia yang dikibar bersama disalah erti kepada bendera amerika.ada permintaan pak arab supaya ditulis nama Malaysia diatas bendera.apa kejadahnya, mana ada rakyat yang menconteng bendera sendiri beb!




 ikhlas, hazim, tg aiman.jauh datang dari kelantan, menyahut seruan jantan ke perhimpunan!



siap kena temuramah dengan tv3 beb! tunggu keluar berita ya? ;p
ntah macam mane bole ade tv3 kat mesir ntah.haha






rasanya, cerita palestin ini adalah agenda ummat.cuma isunya naek turun mengikut semangat umat melayu. bukan umat islam ya!
harapan gua, moga semangat intifada terus subur dalam hati gua, walau sesibuk mana pun gua!




p/s: credit to tg aiman, mamat, dan hazim sbg photographer.kalau berkenan, add fesbuk mereka ya?;p

3 comments:

  1. siyes best gile!. nape tak ajak? .. grr!

    ReplyDelete
  2. eleh bdk dentist, cuti pon ade exam ;p

    ReplyDelete
  3. erk hee~ tpi kiteorg cuti summer awal ;D

    perjumpaan nie hari ape?.. siyes nak g...~~~

    ReplyDelete