Sunday, June 5, 2011

Arwah Yasir bin Mohd Yusop : kisah dua versi.

versi pertama: copy paste dari http://kaloimerah.blogspot.com/2010_03_01_archive.html . abg gua punya blog. Imran bin Mohd Yusop


Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak jumpa. Seseorang yang sudah lama meninggalkan aku. Meninggalkan kedua ibu bapa aku. Meninggalkan kami semua...

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas abang aku selamat bernikah. Lelaki pertama dalam adik-beradik aku berjaya jugak kahwin akhirnya. Satu lagi titik tolak yang akan membuka lebih banyak cerita kahwen lepas ni. Sebab lepas ni ada 5 orang lagi lelaki yang menunggu turn, ataupon tak menunggu, sapa cepat dia kahwen. Dan pada hari ahad majlis kenduri berjalan dengan baik. Alhamdulillah.


بارك الله لكم‏ وبارك عليكم وجمع بينكما في خير
May Allah bless you, surround you with blessings, 
and bring you both together in virtue and prosperity

Pagi ni aku bangkit tidoq, lepas solat subuh, aku dengar lagu-lagu lama. Lagu-lagu yang membuatkan aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Kira-kira sekitar 17 tahun yang lalu. Waktu tu rumah aku takda radio. Yang ada tv. Pernah sekali ayah aku beli radio. Tapi tak lama lepas tu jahanam. Pomen ramai sangat. Semua gatai nak repair radio. Nak tunjuk skill. Padahal radio tu tak rosak pon. Daripada elok terus tak boleh pakai..!!

Biasanya waktu tu, selain daripada tv, kami hanya dengar lagu bila naik kereta. Sebab kat situ ja yang ada radio. Ayah aku memang peminat nasyid. Aku ingat lagi waktu tu adalah zaman kegemilangan Nadamurni. Boleh kata semua album Nadamurni ayah aku ada. Selain Nadamurni ada The Zikr. Harga kaset waktu tu pon tak mahai. Sekitar lima ringget ja. Selalu aku ikut ayah aku beli kat PKNS shah alam. Satu-satunya shopping mall yang ada di shah alam waktu tu.




Hari-hari naik kereta, kami dengar lagu-lagu Nadamurni, The Zikr dan yang lain aku dah tak berapa ingat. Banyak lagu-lagu depa masih lagi aku ingat. Tajuk mungkin dah tak ingat. Tapi kalau aku terdengar kat mana-mana, pasti aku boleh cam lagu-lagu depa. Lagi-lagi lagu yang ada kenangan. Macam lagu yang aku dengar pagi ni. Yang membuatkan aku teringat pada seorang lagi abang aku. Yang pernah bermain dengan aku waktu kecik dulu. Yang pernah sama-sama dengar lagu-lagu ini dalam kereta. Yasir namanya...

Jarak umur aku dengan Yasir tak jauh. Hanya setahun. Aku darjah satu, Yasir darjah dua. Disebabkan begitu, waktu sekolah aku sama dengan Yasir, tahap satu. Kami sama-sama sekolah agama sesi pagi. Dan sekolah kebangsaan sesi petang. Waktu tu aku yang paling kecik yang bersekolah. Adik aku tadika lagi. Kami pi sekolah naik bas. Sebab sekolah jauh di seksyen 4 berbanding dengan rumah aku di seksyen 19. Walaupon ada sekolah di seksyen 19.

Kasut Sekolah Pertama

Kalau waktu darjah satu, kami 3 beradik jalan kaki pi sekolah. Sebab waktu tu rumah dekat seksyen 4. Aku masih ingat lagi kasut sekolah pertama aku. Ada zip..!! Punya canggih. La ni aku dah tak jumpa kasut sekolah ada zip. Yang adik aku pakai la ni yang berpelekat. Naik darjah dua, abang aku first, dah tak sama sesi. Dia la yang menikah baru ni. So tinggai aku dengan Yasir. Pi sekolah dengan dia. Balik sekolah dengan dia.

Tapi semua tu tak lama. Kira-kira setahun. Yasir kena cancer tulang. Penyakit yang membuatkan seorang budak kecil terhalang untuk bermain. Membuatkan dia berjalan menggunakan tongkat, pada peringkat awal. Tapi Yasir seorang yang ceria. Suka senyum. Setiap kali aku terkenangkan Yasir, semua wajahnya dengan senyuman. Tak ada kenangan dalam ingatan aku wajah sedih dia. Seorang budak kecil, yang suka menolong orang lain. Tak pernah pentingkan diri sendiri. Punya semangat yang tinggi. Walaupun bertongkat tapi tak pernah dia jadikan alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Malah dia selalu berkeras mahu ke sekolah, walaupun berkali-kali dipujuk oleh mak aku yang dia lebih elok duduk di rumah.

Beberapa bulan bertongkat, akhirnya Yasir tidak perlu bertongkat lagi. Kerana cancer tulang di pehanya semakin besar. Membuatkan dia tak mampu untuk berjalan. Hanya terbaring di rumah. Kadang-kadang di hospital. Tapi dia tetap Yasir. Selalu senyum. Waktu dia terlantar di hospital, dia tetap nak buat kerja sekolah. Sebab dia sangat suka pi sekolah. Waktu tu dia merupakan top student dalam kelas. Mak yang merupakan cikgu math selalu ajar dia buat kerja sekolah. Di atas katil di hospital. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Pergi Tak Kembali

Sejak Yasir tak boleh berjalan, aku pi sekolah sorang-sorang. Naik bas sendiri. Balik sekolah sendiri. Satu petang, sejurus naik bas sekolah untuk pulang, geng-geng bas sekolah aku waktu tu semua sebut pasal Yasir. Itulah di mana aku menerima berita pemergian Yasir. Sampai ja kat rumah. Tak ada lagi senyuman Yasir. Tak ada lagi kelibat dia yang sangat peramah dengan orang lain. Tak ada lagi budak kecil yang sangat suka tolong orang lain. Yasir sudah terbaring kaku atas katil. Ramai orang sudah mula ziarah petang tu. Yasir meninggalkan kami di pangkuan Mak. Selepas solat asar...pada 7 Januari 1995.







Aku masih ingat lagi waktu tu awal sekolah darjah 3. Yasir darjah 4. Baru beberapa minggu sekolah. tapi Yasir tak dapat pi sekolah. Sebab keadaan dia dah kritikal. Tapi ayah aku beli jugak buku sekolah dia. Sebab Yasir yang nak. Dia tak sabar-sabar nak masuk darjah 4. Walaupun dia tau keadaan tak membenarkan dia ke sekolah, dia sering meminta di bawa ke sekolah. Pada waktu tu kaki dia sangat sensitif. Jangan gerak sikit, pasti dia mengerang kesakitan. Yasir hanya mampu terbaring atas katil. Mak aku selalu cerita sepanjang dia jaga Yasir, bila masuk waktu, Yasir akan solat. Bukan sebab Mak yang suruh, tapi dia sendiri yang nak solat. Dia akan mintak dibawa untuk ambil wudhu walaupun dia tak boleh banyak bergerak.

Lepas Yasir pergi, naik darjah 4, ayah aku tukarkan aku ke sekolah ke seksyen 19. Yasir ada seorang kawan baik. Aku tak ingat nama dia. Tapi aku masih ingat dia datang menziarah jenazah Yasir di rumah. Berbaju melayu, duduk di hadapan jenazah. Sambil menangis dia baca fatihah. Dia pernah cerita Yasir suka tolong kawan-kawan. Pernah sekali dia tak ada duit nak makan waktu rehat, Yasir yang belanja dia. Bukan dia yang minta tapi Yasir yang nak belanja.

Kalau dulu aku ada 2 orang abang. La ni tinggal seorang. Aku pulak jadi abang kepada 6 lagi adik-adik aku. Walaupun kami ramai, kadang-kadang bila terkenangkan Yasir, aku rasa sepi. Barangkali kerana sudah lama aku tak berjumpa Yasir. Aku harap suatu masa nanti aku dapat bertemu lagi dengan Yasir...

Allahummaghfir lahu warhamhu, wa‘aafihi wa’fu ‘anhu… ameen.





versi kedua : cerita dari pak kadok.


kalau ikut bilangan asal adik beradik dalam family hj yusop hasan, aku anak nombor 7. aku sempat bersama arwah yasir hanya selama 5 tahun.ape pengalaman budak 5 tahun untuk diceritakan disini?


aku rase, memori pertama yang terlintas dalam fikiran sejak aku lahir ialah aku tengah maen cop cop tiang rumah dekat kampung mak aku di manong, kuala kangsar, perak.xde ape yang best pon tiang tu.just tiang tu sebijik je ade depan pintu rumah.aku pulak jenis yang nakal dan manja.sebab mase tu aku anak bongsu.ape pon yang aku pegang mesti jadi milik aku.haha. memang tradisi family aku tiap kali raya akan pulang ke kampong sebelah mak aku untuk gather family seramai mungkin.


disitulah memori pertama aku dengan Yasir. tengah syok aku maen cop cop tiang dengan abah, Yasir datang nak kacau tiang aku.punyelah aku marah. sebab aku sorang je ade kredibiliti nak jage tiang tu. terus yasir bagi idea, " jom kite lawan, sape paling laju lari, die dapat jage tiang tu sampai pagi besok"


haha, sengal gile bile ingat memori maen tiang rumah kampung.maklumlah, ape lah sangat hiburan yang ade mase tahun 1992.umur aku 3 tahun.


setelah siap kami tandakan garisan mula diatas pasir, aku dan yasir terus berlumba. mase tu aku ingat cerita arnab dan kura kura.aku nak jadi arnab, demi menyangkal cerita dongeng versi television.kura kura menang walaupon lambat.tapi kali ni arnab yang menang.maka aku sampai dulu ke tiang.yasir termengah mengah di belakang.


bila dah besar, aku teringat dan terfikir semula.kenapa yasir kalah dalam perlumbaan tu? bukan ke abang selalu menang?


kalau aku sendiri pon, sebagai abang, aku akan jadi orang pertama yang akan mengalah dalam semua perkara.dan, yasir telah mengajar aku, kedua belah pihak layak untuk mendapat tiang, dengan cara berlumba, akan memuaskan hati kedua belah pihak.siapa yang lebih laju, dia lebih layak bukan?


meniti hari hari selepas itu, hinggalah ke akhir hayat yasir, aku antara adik yang x berapa nak bergaul sembang dengan yasir.cuma ape yang aku ingat, yasir adalah abang yang paling rajin. ape yang mak suruh mesti die dulu yang nak buat.aku, sebagai adik bongsu, mestilah mendapat layanan sebagai raja bukan?


"sape nak tolong mak buatkan susu paet?" mak bertanya


"meh yasir buatkan" pantas yasir menjawab.


aku sengih sengih kat tepi.hihi.


masuk umur 4 tahun, keinginan aku untuk meneroka dunia luar semakin bergelora. abang abang aku semua dapat maen bola kat padang tepi masjid, tapi kawasan permainan aku hanya laman tepi rumah. keluar sikit pagar, nanti mak rotan.ketika itu yasir berumur 9tahun.


satu hari tu, yasir balik rumah terhencut hencut. baru lepas maen bola. 


"kenapa abang jalan macam tu?" tanyaku kehairanan.


"tadi abang jatuh maen bola.jangan bagitau mak tau, nanti abang belanje keropok durian" pinta yasir.


aku pon senyap jela.makin hari, makin teruk pulak cara yasir jalan aku tengok. aku x sampai hati nak bagitau mak sebab da janji dengan yasir.


dua minggu berlalu, yasir da x dapat nak sorok kesakitan yang dialami.kantoi dengan mak!


"yasir kenapa dengan kaki tu?" tanya mak sambil pegang kaki yasir.


"aritu jatuh maen bola....." yasir menjawab.


bengkak semakin besar, terus mak bawa pegi klinik.


mengikut cerita yang mak bagitau, kecederaan yang yasir alami sewaktu maen bola menyebabkan trauma pada tulang kaki.simpan pulak selama 2 minggu.menyebabkan darah x bergerak. punca utama berlakunya infection dari dalam.


bila di diagnose oleh pakar di hospital klang, yasir disahkan menghidap kanser tulang.sejak dari hari tu lah, kesana kemari mencari penawar. sampai ke pahang jauhnya.


yasir hanya terlantar di atas katil.bengkak di peha yasir meningkat dua kali ganda.sangat fragile.bila gerak sedikit terus berdarah.aku masih ingat sedikit gambaran kaki yasir masa tu. bengkak sampai nampak semua urat!


tiap bulan mesti tukar tilam.dek kerana tidak tahan bau hanyir darah yang keluar dari peha yasir tiap kali kakinya bergerak.tengah sakit begitu pun, solat tak tinggal.walaupun wudhuknya diambilkan orang.pernah sekali je aku tolong bawak mangkuk kecil berisi air untuk yasir berwudhuk.sekali lagi yasir menjadi guru.jangan tinggal solat walau dalam keadaan apa sekalipun.


7 januari 1995, yasir semakin nazak. terbaring diatas katil sambil dikelilingi mak, kakyong, kaknyah dan bibik. abah dan abang aku yang laen pegi pasaraya Giant untuk beli barang.kalau x silap waktu asar masa tu.


aku duduk di tepi pintu bilik sambil memerhati.semua orang menangis.aku pelik, tanpa perasaan.


"kenapa mak nangis......?" tanya aku.


"paet, yasir nak pergi dah...." mak menjawab dengan deraian airmata.


mak terus mendekati telinga yasir.mengajar yasir mengucap.4 kali syahadah.aku masih ingat.semuanya disahut yasir dengan sempurna.walaupun suara tersekat sekat.selepas syahadah yang terakhir, yasir terus pejam mata.....


husnul khatimah....


mak meminta aku menghubungi abah.masa tu aku da reti nak dial talipon.terus ke bimbit abah.


"abah cepat balik! yasir da mati......"


10 minit lepas tu, abah tiba dirumah, abah berlari sambil melepaskan semua plastik bag yang ada di tangan.handphone jatuh sekali.pecah berderai dilantai.


aku mengekor dari belakang.sampai dibilik, semuanya telah terlambat. abah tutupkan muka yasir dengan kain batik, sambil menahan sebak.


itulah memori terakhir aku dengan yasir.


selepas pemergian yasir, aku mendapat 4 orang adik baru. aku bukan lagi adik bongsu. sejak dari itu aku mula praktikkan apa yang diajar oleh yasir sepanjang hayatnya. 


kena pandai jaga adik adik, 


dan jangan tinggal solat.


bila kami sekeluarga ke kubur yasir di seksyen 21, shah alam, adik adik aku seakan tidak merasa pemergian yasir.mungkin kerana tidak hidup sekali dengan yasir.


sedang aku sibuk cabut rumput rumput liar yang tumbuh diatas kubur yasir, adik bongsu aku bertanya pada aku.


"paet, yasir ni hensem tak?"  tanya aqilah


"hensem......lagi hensem dari abang" sahut aku sambil tersenyum.


terima kasih abang Yasir!





No comments:

Post a Comment