Saturday, May 7, 2011

medic got talent: TAJDID NIAT

salam semua, agak lama rasanya aku tak update blog.ku rasakan sibuk memandu jadual harian sehingga hampir terlepas pandang beberapa tanggungjawab laen.namun itu sedikit tidak menghalang aku untuk memikirkan entri ape aku nak tulis untuk kali ini.

mungkin entri kali ini agak sesuai dibaca oleh golongan pelajar yang menuntut di egypt sahaja.bagi yang diluar sana, ini sebagai satu maklumat umum yang harus dipandang dengan minda yang terbuka.

baru baru ini, telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Mansura University utntuk mencungkil bakat bakat terpendam dikalangan pelajar pelajar perubatan disana. program yang diberi nama Medic Got Talent. hampir sama konsepnya dengan One In A Millionaire(OIAM) atau program realiti tv yang laen. aku teringat OIAM sebab aku obses sikit dengan faizal tahir.hehe.....

jadi, apa yang kecohnya mengenai program ini?

ramai yang mengatakan program ini tidak memisahkan lelaki dan perempuan, tidak menuntut aurat, dan laen laen perkara yang dikatakan tidak mengikut syara'. betulkah?

bagi yang rajin sket, pergilah bukak youtube, dan search medic got talent.nilai sendiri.

ramai yang mendesak aku, selaku YDP ABIM cawangan mesir untuk memberi pendirian mengenai program ini.sejujurnya, aku sendiri tak tahu macam mana program itu berlangsung, siapa penganjurnya, dan apa pengisiannya.tak nak lah jadi macam ahli politik sekarang ni, carik media untuk fire opponent tanpa sebarang bukti.

maka, semalam gua berpeluang ke mansura untuk Mansura Invitational Rugby Tournament. maka, kesempatan ini gua gunakan untuk merisik apa sebenarnya yang terjadi.

tidak memisahkan lelaki dan perempuan? memang betol.

tidak menutup aurat? ada.....tapi dikalangan penonton.

maka aku tanya lah kepada member aku yang blaja kat sane.terus die bagi komen.

"alah, program ape yang tak memisahkan lelaki dan perempuan? buat haji pun jemaah lelaki dan perempuan maen sondol sondol"

"kalau program ni buat kat cairo, mesti xde sape nak bising, sebab student cairo sume suci dari dosa. student mansura ni kan ahli neraka. buat apa pun dipandang hina"

bagi aku, ade betolnye ape yang member aku cakap ni.dan atas penilaian aku sendiri, aku rase sedih kerana aku sebagai daie tidak mampu menceriakn mad'u aku yang sedih ini.

hakikatnya, bukan lah semua student di mansura itu buruk akhlaknya.boleh kira dengan jari kot budak budak yang nakal tu......

dan sekarang ni pon, program program usrah dan kerohanian yang laen sudah mula subur di bumi mansura. dipandu oleh jemaah seperti IKRAM, ISMA, PMRAM dan laen laen.

nampak? mereka juga mencari pengisian rohani, cume kita ini yang salah cara menilai.salah cara berdakwah. langsung tidak berhikmah.

hanya kerana sedikit kelompok pelajar di mansura itu yang agak lari sedikit akhlaknye, kita menilai semua pelajar mansura ahli neraka! jangan fokus pada titik hitam diatas sehelai kain putih, cuba sambung titik itu menjadi satu lukisan, yang indah, yang sedap mata memandang.

teringat zaman Rasulullah s.a.w. , baginda berdakwah hingga dibaling batu.berdarah darah.malah mungkin lebih teruk dari injured aku maen rugby. malaikat mangoffer baginda, " mahukah kau, aku lemparkan gunung keatas kaum yang ingkar itu?" terus baginda menjawab," tidak mengapa, biarkan".

berbalik kepada program medic got talent tadi, yang hampir sama konsepnya dengan Maharaja Lawak.

kita bising bising budak mansura buat program tidak ikut syarak, cuba kite pandang diri kita pulak.

apa hukumnya kita tengok Maharaja Lawak? atau So You Think YOu Can Dance?

yang jelas tidak memisahkan lelaki dan perempuan, yang jelas membuka aurat?

best kan tengok? taknak bising bising kat hati kita kenapa kita tengok program sebegitu?

pak ostad mane yang tak pernah tengok muvi? yang bukak aurat?

dan dari jumlah 2000 pelajar di mansura itu, semua ke yang tidak berakhlak? seat muvie dalam syurga cukup untuk semua makhluk Tuhan beb! beri mereka peluang!

pokoknya, kita perlu bimbing mereka ini, bukan mengkritik.itu bukan cara dakwah yang diajar Rasulullah. kalau mereka tidak tahu, kita beritahu. kalau mereka mahu belajar, itu tanggung jawab kita untuk mengajar.

biarkan mereka hendak berhibur.tapi kita berikan panduannya.caranya. mereka nak ikut atau tidak, itu terpulang.hidayah itu kan kerja Tuhan!


No comments:

Post a Comment