nampaknya bukan orang dewasa saja giat berpolitik, tetapi yang di bangku sekolah pon berjaya menang undi! pertama sekali gua nak ucapkan tahniah kepada adinda evans kerana berjaya membuka mata belia di malaysia bahawa budaya lucah semakin diterima pakai oleh adat melayu.keduanya, gua mengecam tindakan adinda evans yang membuka pekung sendiri dengan mengisytiharkan sudah tiada dara.
Tindakan demikian jelas bukan sahaja berlawanan dengan undang-undang akal manusia tetapi juga melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama dan bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu. Perbuatan adinda, yang mengakibatkan jatuhnya maruah diri adalah perbuatan faahisyah (perbuatan keji) yang amat ditegah oleh Islam.
hanya berasaskan perasaan dan emosi, adinda evans telah berjaya memalukan diri sendiri.mungkin ada yang mengatakan cerita ini tidak betol, atau entri 'tiada dara' dari blog adindaevans sengaja diadakan bagi menambah kesesakan traffic internet. atau merebut front row dalam keputusan carian topik terhangat di malaysia.mencari publisiti atau tidak, pokoknya Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengutuk umatnya dari membuka aib manusia.
1.musibah
timbul satu fitnah yang mana budak budak sekolah menengah sudah tidak boleh di'pakai', atau sistem pendidikan sekolah menengah sudah tidak selari dengan praktikal penuntutnya.maka dengan panduan emosi dan perasaan, remaja kalangan umur 13-17tahun cemerlang melakar dunia luar sekolah yang lebih memuaskan hati berbanding duduk dibangku sekolah, menjalani tarbiyah.
malaysia adalah negara yang mempunyai peratusan belia yang agak tinggi.maka kita boleh buat kesimpulan dimana pelanggan budaya hedonism(hiburan) juga tinggi.kalau dalam bidang ekonomi, rakyat yang ramai bererti punyai kuasa beli yang tinggi.maka ekonomi mudah untuk maju
jadi, kes terpencil seperti adindaevans ini berjaya meletakkan satu lukisan umum mengenai peribadi kaum remaja di malaysia. kuat main, kaki botol, bohsia sekolah dan bermacam lagi.
dalam masa 4jam, blog adindaevans berjaya mengumpul 400followers baru. menarik sangat ke? yang belom romen pon sama bodoh nak memburukkan keadaan?
ape jadi dengan student uitm beromen? melayu telanjang? melayu main?melayu fuck? melayu bohsia? melayu boleh? atau budak temerloh? pergi sahaja ke youtube atau carian google, taip perkataan "melayu" atau "awek". secara automatik, pasti carian itu akan disusuli dengan perkataan lain berunsur seks.
gua bukan nak promote industri lucah malaysia, tapi gua nak katakan represi seksual masyarakat melayu semakin berkembang dengan buruknya! ternyata barat berjaya dengan misinya.sehingga telah hilang dara perlu diberitahu keseluruh dunia.persis selebriti!
2.peluang!
insan kerdil seperti adindaevans ni layak dibantu.fardhu kifayah! orang pertama yang mengetahui berita adindaevans sudah tiada dara sepatutnya menghalang dia dari menghebahkannya.perlu ada satu action untuk menutup blog adindaevans atau membuang entri yang panas itu..dan seterusnya mentarbiah secara perlahan lahan sesuai dengan kondisi adindaevans.
kita sebok merancang program untuk menyedarkan para remaja.sebok buat program jauhi zina, jangan buang bayi, namun bila hadir insan yang sepatutnya menjadi peserta program jauhi zina, kita tolak dia jauh jauh.
sampai bila lah objektif dan misi mendidik masyarakat akan berjaya bila hadir golongan ketiga yang hanya berperanan sebagai batu api dalam usaha dakwah. dalam islam, hanya ada dai'e(pendakwah) dan mad'u(sasaran dakwah).tiada yang ketiga!
mungkin isu adindaevans boleh menjadi satu muhasabah buat mereka yang giat menjalankan program keremajaan.sejauh mana keberkesanan projek tarbiyah itu berjaya. post moterm yang paling bagos hadir dengan tindakan post program.tujuannya cuma satu, menjadi lebih baek.
tapi gua percaya, orang seperti adindaevans ni satu hari dia akan menjadi seorang individu yang hebat jika dia berjaya menemui simpang kedua.bererti jika hidayah Allah turun padanya, dia akan lebih resistant kepada ancaman 'bunga plastik' yang mana cantik dimata, namun harumnya tiada.
manusia terbaik tidak akan terbentuk jika tiada musibah.namun dengan musibah itulah hadirnya peluang untuk merubah.dari titik noktah kepada jalan menuju Jannah.buat adindaevans, percayalah!
notakaki: ini adalah pandangan peribadi penulis. perkataan yang agak lucah terpaksa digunakan bagi membuka mata golongan yang selesa dengan sopan santun budibahasa melayu. realiti masyarakat adalah satu cabaran buat kita tangani dengan bijaksana, bukan emosi.jika ada yang tidak suka, emelkan ke faiz022001@gmail.com. gua akan minta maaf secara peribadi.
No comments:
Post a Comment