Monday, March 28, 2011

penat.......

Dalam Musnad Imam Ahmad, diceritakan sebuah kisah bahawa sebelum Abu Zar meninggal dunia, isterinya telah menangis disebabkan kemiskinan dan tiadanya wang untuk mengkafankannya. Dalam keadaan isterinya yang menangis, Abu Zar telah berpesan supaya tidak menangis dan supaya bergembira sambil membacakan satu hadis daripada baginda Nabi; “Akan mati salah seorang di kalangan kamu di sebuah padang pasir, dan akan disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.”

Kata Abu Zar, kesemua sahabat yang berada di dalam majlis itu telah pun meninggal di kampung dan di hadapan jemaah kaum muslimin, melainkan hanya dia. Kata Abu Zar, “Sekarang aku di padang pasir berdepan dengan kematian. Aku ini tidak berbohong, dan tidak pula dibohongi.”

Itu kisah Abu Zar. Seorang yang setia menanti janji Rasul kepada Tuhannya. Bergembira pula dengan janji tersebut.

Ironinya, dalam masyarakat hari ini, mereka terlalu cepat penat dalam menanti janji Allah. Terlalu cepat lelah dalam mengikut Sunnah Rasul.

Kita cuba tanyakan kepada diri sendiri, kita berada di takuk yang mana, berada dalam bekas yang mana?

No comments:

Post a Comment