Tuesday, March 29, 2011

selesaikah tanggungjawab kamu diatas muka bumi?

nampaknye gua kena slow kan sket aktiviti memblog ni.exam gua pon nak dekat dah.lagipon member member pon da sound tepek.asek blog je!
hehe.jeles ke xde blog?gua slow starter bro....kasi la gua suke suke dulu....nanti da kering idea, baru lah lu orang bole tengok blog ni berhabuk.hehe.ok?

tapi yang paling penting hadaf gua yang awal awal dulu.gua cakap ape? gua nak jadikan blog ni sebagai medium tarbiah buat diri gua dan masyarakat.tarbiah ni x dikecikkan pada skop agama sahaja. tengok la budak budak yang nak fly ke luar negara, sume kene pegi kursus BTN(Biro Tarbiah Negara).hehe.ape yang disajikan? sokonglah kerajaan! maka itu dikira tarbiah pada sudut patriotik.kan ade tuntutan dalam al-quran, mencintai negara itu perkara yang diaulakan.....

jika dikira 24jam masa yang kita ada diatas muka bumi, kita akan sedar sebenarnye kewajipan yang dipertanggungjawabkan keatas kita lebih banyak dari 24jam yang kita ada, juga lebih banyak daripada 60saat seminit yang kita lalui.

maka, agak agak ready kah kita bila sampai masa Allah bertanya, selesaikah tanggungjawab kamu diatas muka bumi?

cuba kita fikir, berapa masa yang kita turun kelapangan berjumpa dengan masyarakat? ade kita sembang pasal islam? tabligh datang rumah pun kite halau......dorang bukan nak datang raya.nak ajak pegi masjid je pon.

namun jika itulah sikap kita bila ada orang bertandang bercerita mengenai islam, maka kita menyumbang kepada apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai kehancuran umat akhir zaman....

maka, gua kira, kukuhlah alasan mengapa gua suke sangat update blog... gua mohon doa daripada rakan rakan supaya diri ini sentiasa diberi idea oleh Allah untuk menyumbang dalam tarbiah masyarakat.

gua x banyak.cume satu jasad je.namun satu batang tubuh ini lah yang akan menghadap Allah menjawab soalan selesaikah tanggungjawab kamu diatas muka bumi?


1 comment: