satu mase dulu, gua pernah bersembang dengan sifu fahmi.
"agak agak kalau aku buat blog, tema entri macam mane yang aku nak tulis ek?" gua cuit sifu.....
"ikot kau la.dapat yang catchy sikit pon ok."sifu reply.
"rasenye suda tibe masenye untuk penulisan yang matang" gua kasi ayat poyo sikit.
"masalahnya, entri yang macam tu lah x banyak readers!" sifu reply lagi.kali ni dalam nada yang agak menyentap.
agak down sikit disitu.namun tarbiah ini tuntutan dakwah.dimana kita bergerak, disitu pahala mengikut. persoalannya mahu atau tidak mahu.
kisah permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. banyak liku dan cabaran.malah, penerimaan wahyu kali pertama di gua hira juga sangat berat sehingga membuatkan Rasulullah menggigil.lalu ditenangkan khadijah.
Bacalah!
saat terima wahyu pertama hingga lafaz syahadah terakhirnya, baginda tidak lepas daripada mengingati umatnya.walau perjalanan dakwahnya sering dihujani batu.madu yang diberi, hempedu yang kau balas.
jelas, kerja dakwah itu sendiri sentiasa mendapat tolakan di hati masyarakat.lebih lagi dalam dunia sekarang yang cenderung dengan usrah laman sosial.di sekolah dulu, kita belajar negatif jumpa negatif pasti jadi positif.
masalahnya, dalam praktikal hidup kita, negatif jumpa negatif belum pasti positif!
semakin banyak cas cas positif dalam setiap jiwa rakyat dunia.
sentiasa mahu tolak perkara yang bertentang dengan norma praktikal hidup.
namun jika ditanya, mahu tolak syurga? mahu tolak pahala? tanya orang yang kantoi buat jahat pon, masih mahu pahala.maka ubahlah praktikalnya!
sejarah penyebaran dakwah rasulullah s.a.w. tidak pernah menipu.tidak macam teori charles darwin dalam buku teks sejarah kementerian pelajaran.manusia bermula dengan monyet.atau bermula dengan zaman paleolitik, mesolitik, mahupun neolitik.
maka, nabi adam itu dari golongan mana?
isunya disini, putaran hidup kita sentiasa akan kembali kepada sejarah.
"dulu, mak belajar di sekolah ini lah!"......
"abah dulu kayuh basikal je pegi sekolah, x macam anak anak abah.perginye dihantar....."
"dulu nasi lemak harge 20sen je....."
sejarah bukan?
hidupnya cerita cerita atau sejarah sejarah dahulu hingga ke hari ini.melalui kalam manusia.islam juga tersebar melalui kalam.sampai.sampai la ke saat anda membaca entri ini.
tidak terbitkah sedikit rasa syukur, masih punyai iman? tidak terbitkah rasa syukur, kad pengenalan masih islam?
kita hanya boleh mengucap syukur jika kita tahu nikmat syukur. sampai satu masa jika allah tarik nikmat syukur, sihat lepas demam pun kau rase ubat punye kerja.bukan allah yang sihatkan.
gua sendiri pon kadang kadang terlepas pandang untuk mengucap syukur saat nikmat berkunjung datang. tidak kata diri ini sempurna.
namun saat allah beri idea, gua tafsirkan dalam bentuk penulisan.untuk peringatan pada rakan rakan.
jom sama sama ucap syukur, ALHAMDULILLAH!
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati
Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
No comments:
Post a Comment