sekarang bukan isu nya lagi video seks itu betol atau salah.
isunya disini, politik lucah!
fitnah sana, fitnah sini, dosa sana, dosa sini.
nak tau apa gua pikir?
gua ingtkan, remaja sahaje ade gejala sosial.
rupa rupanya, orang tua juga ada gejala sosial. lagi teruk dari buang bayi.
mari kita tengok apa pandangan ulama' mengenai isu qazaf ini.
Di antara pandangan yang penting untuk diketahui umum ialah jawapan Prof. Dr. Yusof Ar-Qardhawi apabila ditanya tentang hukum adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri ? Bolehkah dia dicegah daripada melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlaku begitu sahaja?
Jawab Prof. Qardhawi : Hak seorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah : membela diri daripada tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya untuk menyatakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istemewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah (Surah An-Nisa’:Ayat 148) :
لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
Yang Bermaksud :
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk Yang dikatakan Dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang Yang dianiayakan. dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Tidak boleh sesiapa pun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukum syariah.
Allah S.W.T. telah memberikan peluang kepada iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan Seluruh Alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan “Saya lebih baik daripada Adam.” Bahkan pada Hari Kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.
nampak x sedara sedara? Allah juga amalkan demokrasi!
kalau nak dakwa Anwar sekalipun, gunalah saluran yang betul.yang Islam ajar.....
wahai orang muda, tidak salah mengikut perintah orang tua.
tapi,
pastikan tidak bertentangan dengan syarak!
No comments:
Post a Comment