Wednesday, April 6, 2011

surat tak rasmi kepada diri sendiri

bismillahirrohmanirrohim~

entri kali ini gua nak mangajar diri gua sendiri supaya mengamalkan kerja seharian menurut landasan syariah.
agak skema bukan? tapi cube google kat internet, ade tak tragedi keretapi terbabas dari landasan dan mengorbankan ramai orang?

itu lah umpama nya hidup manusia.Allah sudah tetapkan garis panduan syariah adalah yang terbaek dalam praktikal hidup hambanya. apa jadi kalau tergelincir?

maka mohd faiz bin mohd yusop, dengar sini.....

saat kau di alam rahim ibu, kau berjanji tiada tuhan selaen Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah.
sebagaimana Adam a.s dicampakkan ke dunia atas silapnya didalam syurga, begitu juga lah engkau akan diuji dengan keindahan dunia.

engkau lahir sebagai seorang Islam, tanpa memperjuangkannya.percuma.tidak macam muallaf yang bersusah payah mencari nur hidayah.maka ada kemungkinan kau akan cepat lupa diri.

kau punya segala gala.ibu ayah adik abang kakak.teman teman.dan segala keperluan hidup.
tapi ingat! Tuhan juga campakkan syaitan ke dunia kerana sumpahnya untuk menggoda anak Adam.



jika suatu hari hadir padamu fitnah dunia, jangan lah kau cepat terpedaya.

kalam Tuhan mengatakan anak anak, isteri isteri, perempuan dan harta harta mu sebagai fitnah.
bukan tidak boleh berseronok, tapi Adam dicipta untuk membimbing Hawa.maka itu fitrahnya, bukan engkau yang tunduk padanya!

jika engkau mahu syurga, buatlah sesuatu yang luar biasa.hari ini ramai orang yang semakin lari dari Islam, maka engkau jadilah golongan yang semakin dekat pada.ingat, beriman dan bertaqwa itu laen maksudnya....

gua rase, cara tulisan dalam blog sebegini lebih praktikal untuk santapan rohani diri berbanding gua tampal ayat ayat alquran pada dinding rumah.dimana ayat itu hanya perhiasan.hari hari tatap, tidak pula terpanggil untuk menghayati apa maknanya.nak halau syaitan? x keluar pun.....ade je...hehe;p


saat kejatuhan khalifah terakhir umat islam pada tahun 1949, ramai yang mencadangkan supaya melantik khalifah yang baru.

namun dengan tenang Hasan Al Banna menjawab,"mula lah dengan diri sendiri...."

maka kawan kawan mari lah muhasabah diri, tidak salah jika jadi poyo dengan tulisan begini.kerana di padang mahsyar nanti, hanya bogel sebatang tubuh yang menghadap ilahi.

-mohd faiz, cairo 13:47-             (penat, baru balik kuliah beb!)

No comments:

Post a Comment