Monday, April 25, 2011

pahlawan dalam kandang yang kecil?

bila kerja dakwah disasarkan dalam kelompok melayu, maka pahala yang terangkat kepada Allah hanya terhad pada lingkungan itu sahaja.gua kira desakan dalam diri gua untuk berblog belom cukup menjadikan gua seorang pahlawan walau hanya dalam kandang yang kecil.

lihat sahaja blogger blogger yang hebat seperti ust hazrizal, atau ust zaharuddin.berapa ramai pembaca? berapa ramai dapat manfaat?berapa ramai yang like?

gua bukan nak menafikan usaha usaha insan yang berdakwah dengan cara laen seperti berjumpa sendiri dengan mad'u(orang yang didakwah).gua bukan juga menyatakan blog sahaja cara untuk berdakwah.

tapi gua praktikkan blog ini sesuai dengan kesibukkan gua sebagai student medik, selaen tanggungjwab laen yang gua perlu dedikasi yang menyebabkan gua sedikit lari dari tanggungjawab berdakwah.

kerana pada pandangan gua, dakwah itu terbahagi kepada beberapa cabang, antaranya:

1) dakwah bil hal
       -lebih kepada usaha usaha dakwah secara praktikal

2)dakwah bil lisan
       -macam pergi dengar kuliah maghrib di masjid.atau macam berblog ini.




contoh dakwah bil hal



tiap kali menulis entri baru, gua cuba sasarkan kelompok pembaca yang yang ramai.maka dengan poyonye gua akan promote entri entri baru di kolum meng'komen' dalam fesbuk. orang tengah sibuk sibuk komen dalam fesbuk, tiba tiba datang gua dengan attach link blog kedaikopiabahkau.tak kurang ajar gitu? ahahaha.

nak buat macam mane bro, gua hanya pahlawan kecil.yang kandang nya juga kecil.tapi dengan niat yang besar.mendidik masyarakat walau dengan jasa yang kecil.

gua bawakan sebuah kisah sebagai contoh:

sewaktu Nabi Ibrahim a.s. dibakar, sekalian makhluk hanya mampu melihat.namun hadir seekor burung membawa batu kecil lalu dicampakkan dalam unggun api yang besar itu.diulangnya perbuatan itu berkali kali dengan niat untuk memadam api yang membaakar Nabi Ibrahim a.s.

kehairanan dengan perbuatan burung itu, sahabat burung yang laen bertanya,"kenapa engkau lakukan sebegitu? tahukah engkau api yang marak sebesar itu tidak akan terpadam dengan batu kecil yang engkau lemparkan itu?"

si burung pembaling batu menjawab" walaupun usahaku sedikit, moga ini menjadi saksi jika Allah bertanya apa yang aku lakukan sewaktu menyaksikan Nabi Ibrahim a.s. dibakar"

konsepnya mudah bukan?

kita sedar kita hanya pahlawan kecil.lakukan lah apa yang kita mampu.jangan tidak lakukan apa apa langsung.

walaupun gua sudah berblog, namun gua belum kira gua sudah patut dinobat sebagai pahlawan. kalangan dakwah gua terhad kepada umat islam yang faham bahasa melayu.gua masih belum mampu menulis entri dalam bahasa inggeris.ataupun bahasa arab.walaupun gua mengaku pandai berbahasa arab dan omputih.hehe.

maka, kita belum lagi menyahut seruan Rasulullah s.a.w iaitu tuntutlah ilmu hingga kenegara China. kalau nak menuntut ilmu di China mesti kena tahu berbahasa China bukan? jarak antara negara arab ke negara China ada berapa negara?

jika difahamkan arahan diatas sewaktu zaman itu, perjalanan kenegara China adalah melalui jalan darat, maka pengembara berbangsa arab perlu memahami bahasa Urdu, bahasa India untuk melangsungkan perjalanan ke negara China.

faham x apa yang gua nak sampailan ni?

maksudnya, suruhan menuntut ilmu hingga ke negara China itu termasuk dengan tuntutan untuk mempelajari bahasa bahasa laen didunia.

baru lah kita mampu berdakwah kepada orang China, orang India, orang Eropah.

barulah Maher Zain mampu hasilkan lagu Insyaallah dalam bahasa melayu.

barulah kita mampu menjadi pahlawan di kandang yang besar!



4 comments:

  1. tak perlu mention "kecik" utk jd besar~

    ReplyDelete
  2. btol! itu satu yang negatif hehe

    ReplyDelete
  3. Terimakasih atas Gambar "Pahlawan Kebersihan"-nya. Sekolah saya telah berhasil mendapat nominasi sebagai perwakilan Kab. Majalengka, JaBar.

    SMPN 1 Kasokandel.
    Juara 1 Tingkat Kebersihan di Majalengka pada tahun 2011

    ReplyDelete